30

527 15 0
                                    

Krisis antara aku dan Adrian semakin menyepi. Kami jalankan rutin seperti biasa. Walaupun tak semesra sebelum ni, tapi tak adalah sampai hari hari bergaduh. Cuma tu lah agak hambar daripada biasa.

Disebabkan aku cuti harini, makanya aku mengambil keputusan untuk mencari barang dapur. Tidak dinafikan skill memasak aku sudah semakin baik setelah belajar beberapa resepi daripada Adrian. Sebabtu lah aku agak bersemangat hendak memasak sekarang. Nak ambil semula hati kena ikat perut dulu.

Aku pun malas nak bising bising. Yang aku nak sekarang, hubungan kami yang dulu. Sewaktu kami ambil keputusan untuk cuba berkawan dahulu. Waktu itu semuanya indah. Walaupun hanya sementara, tapi cukup untuk membuat hati aku bergetar apabila dia ada dan mula merindu apabila berjauhan.

Tapi sekarang? Entah lah. Sejak bila Adrian jadi cemburu buta pun aku tak tahu. Paling parah dia cemburu dengan kawan baik sendiri. Tak percaya ke Adrian pada persahabatan mereka?

Selesai membeli semua barang yang aku nak, aku terus menuju kearah kereta myvi yang dihadiahkan oleh Adrian buat aku dua bulan lepas. Katanya senang nak kemana-mana. Risau jadi apa apa apabila jalan jauh kalau naik motor je. Ahmad pula aku hanya bawa bila hendak berjalan sekitar rumah.

Baru sahaja ingin membuka pintu kereta, kedengaran suara orang seakan mengerang kesakitan. Aku kerut dahi. Memandang sekeliling. Tidak dinafikan, hanya dua tiga orang sahaja yang lalu lalang di sini. Aku telan liur.

Tanpa sedar kaki aku melangkah mencari dari mana arah suara tersebut setelah meletakkan barang di dalam kereta. Dari mana aku dapat kekuatan tu pun aku tak tahu. Yang aku tahu kaki aku sendiri yang mula melangkah. Kalau orang lain pasti sudah tidak sabar-sabar untuk pergi daripada sini.

Di balik sebuah kereta kelihatan seorang lelaki sedang berusaha menahan sakit. Kesan lebam dan luka di sana sini cukup menggambarkan yang lelaki itu mungkin bergelut dengan seseorang. Darah yang menitis di bahagian pinggang menambahkan ketakutan buat aku.

Patut ke aku tolong atau terus pergi?

Namun sebelum akal membuat keputusan, lelaki itu sudah berpaling kearah aku. Aku menutup mulut menggunakan tangan. Terkejut dengan apa yang aku lihat di hadapan mata.

"Ya Allah Iman!" Aku terus berlari kearah Iman yang sedang berusaha menahan kesakitan. Riak wajah Iman juga sama seperti aku. Mungkin tidak sangka akan berjumpa di sini dan dalam keadaan yang tidak disangka.

"Ara." Iman

"Apa dah jadi dekat kau ni? Macam mana boleh jadi macam ni?" Laju aku bertanya sambil setelah menyamakan kedudukan kami.

Iman hanya diam membisu sebelum berusaha untuk bangun. Setelah beberapa minit, akhirnya dia berjaya untuk berdiri. Aku hanya melihat dengan riak wajah yang risau. Macam mana aku tak risau, Iman yang aku kenal tiba tiba jadi macam ni? Iman yang terlalu menjaga muka, biarkan muka dia ditumbuk macam ni?

"Iman kau nak pergi mana? Biar aku bawak pergi hospital. Kau luka teruk tu." Cadang aku apabila melihat Iman seakan ingin berlalu.

"Sorry aku tak dapat nak tunaikan permintaan kau." Iman senyum paksa.

"Tapi kau luka teruk." Aku menunduk. Rasa sayu melihat kawan sendiri dalam keadaan begitu.

"Tak ada apa lah. Luka sikit je ni. Nanti elok. Kau balik lah. Tak elok kalau ada yang nampak."

"Lagi satu, jangan ikut aku. Aku tahu kau ada banyak benda nak tanya aku. Aku akan bagitau kau semuanya. Tapi yang penting bukan sekarang. Harap kau faham." Iman sambung kata.

Aku berdiri kaku di situ. Memandang kearah bayang Iman yang semakin menghilang.

Apa sebenarnya yang dah jadi? Kenapa Iman nampak lain daripada selalu? Logik ke manusia boleh berubah begitu drastik dalam masa tiga bulan?

Ke aku tengah mimpi? Dicubitnya pipi kanan dan kiri berkali-kali.

"Adoi. Okay tak mimpi." Aku mengeluh tiba tiba.

******************************
"Kenapa pandang aku tak puas hati macam tu?" Hayrul

"Kenapa kau tak terus terang je dengan aku sebelum ni?" Aku memandang lama Hayrul. Kalau bukan sebab dia tahu daripada mulut Nisha minggu lepas, dia takkan tahu sampai ke sudah.

"Ha? Maksud kau?"

"Kau ada hati dengan Ara kan? Perempuan yang kau pernah cerita dulu Ara kan?"

Hayrul diam sebelum gelak besar.

"Bro cerita tu dah lama. Kenapa kau nak bangkitkan balik? Kau pun dah jadi suami dia kan?" Selar Hayrul.

"Tapi kau masih lagi ada hati dekat Ara sampai sekarang kan? Sebabtu kau sekarang cuba rapat dengan isteri aku."

Sekali lagi tawa Hayrul terhambur

"Syaitan mana yang dah rasuk kau ni? Sejak bila kau jadi cemburu buta tak bertempat ni Ryan? Aku cuba rapat dengan isteri kau? Come on bro, aku takkan ambil hak orang. Kau macam baru kenal aku semalam kan?"

Hayrul cuba untuk menyakinkan Adrian yang dia memang tak ada apa apa dengan Ara. Lagipun perasaannya pada Ara sudah disimpan kemas di sudut hatinya yang paling dalam sejak Adrian sah menjadi suami Ara. Tak ada sebab untuk dia rampas hak Adrian.

Kalau dia nak, sebelum Ara kahwin dengan Adrian lagi dia dah ambil. Tak payah tunggu jadi isteri orang. Cukuplah dapat melihat sahabatnya dan Ara bahagia.

"Entah lah. Sejak ni aku insecure betul dengan Ara." Aku mengeluh.

"Kenapa? Ara ada buat apa dekat kau? Aku rasa Ara yang patut insecure dengan kau."

"Kenapa pula? Aku tak buat apa kot."

"Kawan kau tu. Yang datang masa kenduri. Bukan main rapat lagi kau dengan dia. Kau tau tak Ara perhati je dari jauh?"

Aku diam dengan statement yang dibuat Hayrul. Patutlah Ara tiba tiba angin masa tu. Tapi mereka cuma berkawan je. Tak lebih pun.

"Dia kawan aku je bro, Ara je yang cemburu. Padahal tak ada apa pun."

"Lepastu kenapa kau tak boleh nak fikir benda yang sama dengan apa yang jadi pada aku dengan Ara? Aku dah anggap dia kawan. Jadi kenapa kau nak risau?"

"Sebab kau pernah ada hati dengan dia."

"Ingatkan bila dah kahwin makin matang kawan aku ni, rupanya makin budak-budak."

"Apa maksud kau?"

"Tak ada apalah bro, cuma nak pesan sikit. Jangan sampai cemburu buta kau tu makan diri sendiri. Cuba kawal. Fikir mana yang baik mana yang buruk. Aku gerak dulu. Ada meeting."

Aku diam setelah Hayrul berlalu. Cuba mencerna semula apa yang dikatakan Hayrul. Tidak dinafikan dia agak sensetif sejak akhir akhir ini. Perasaan cemburunya seakan sukar untuk dikawal.

Dia menarik nafas perlahan-lahan.

Ting ting

Nombor yang tidak dikenali. Laju sahaja tangan membuka pesanan bergambar itu. Perasaannya bergolak tiba-tiba sebelum mengeluh. Dugaan apa lagi yang datang sekarang ni.

My Sweet Husband Where stories live. Discover now