25

564 16 1
                                    

Setelah setengah jam Nisha menunggu akhirnya orang yang dicari muncul juga. Lelaki berkemeja biru dan berseluar slack hitam kini sedang menuju kearah sebuah kereta range rover bewarna hitam sambil memakai rayban.

Belum sempat lelaki itu masuk ke dalam kereta, Nisha laju menahannya membuatkan lelaki itu agak terkejut.

Rayban yang baru sahaja dipakai, dibuka semula.

"Sorry?" Iman mengerutkan dahi tanda pelik.

"Oh I Nisha. You?"

"Sorry, I tak bercakap dengan stranger." Nisha buat muka. Walaupun dia memang tak ada niat langsung nak berkenalan dengan lelaki ni, tapi apabila di reject depan-depan sangatlah memalukan.

Aku cantik kot!

"Sombong!" Iman angkat ke dua dua belah bahu tanda malas hendak melayan sambil tangannya membuka pintu kereta untuk berlalu.

"Eh stop!" Halang Nisha laju. Suka atau tak, yang penting kena cuba. Tak ada lagi orang yang sesuai selain Iman. Hayrul? Belum cuba dah kena sembur dulu.

"Why? Anything else miss?"

"Okay I straight to the point jelah."

"Go." Iman bersandar pada keretanya sambil berpeluk tubuh. Bersedia untuk mendengar.

"I nak kita, you dengan I sama sama musnahkan rumahtangga Adrian dengan wife dia."

"Apa you cakap tadi? You ajak i untuk hancurkan rumahtangga Adrian dengan Ara?"

Nisha mengangguk yakin.

Iman tiba tiba gelak besar setelah mendengar mukadimah Nisha sebentar tadi.

"I think your brain is not function well. Gila." Perkataan gila diperlahankan. Tapi masih jelas di pendengaran Nisha. Senyuman sinis sempat dihadiahkan kepada Nisha sebelum tangannya membuka pintu kereta.

"I tahu you suka wife Adrian kan?"

Pintu yang separuh terbuka dibiarkan. Kini Iman sudah fokus memandang kearah Nisha dengan pandangan tajam. Mesti pelik macam mana dia boleh tahu.

Nisha senyum kemenangan.

"So?" Senyuman Nisha mati setelah mendapat balasan hambar daripada Iman. Tu je?!

"Jadi tak salah kalau kita bekerjasama. I dapat Adrian. You dapat wife dia. It's win win situastion right?" Nisha tetap meneruskan apa yang telah dirancang semalam walaupun jawapan yang diberikan sangat tidak menyenangkan.

Iman diam sebentar sebelum tawanya meletus lagi.

"I tak bodoh lagi tikam belakang kawan. Kalau you nak buat, just go with your stupid plan. Tapi jangan sampai I dapat tahu. Once I tahu, you're surely death." Iman senyum sinis.

Nisha telan liur. Walaupun sedikit gementar dengan amaran Iman, tetapi seboleh mungkin cuba mengawal riak.

'Apa je yang dia boleh buat dekat aku. Cakap je ni.' Gumam Nisha dalam hati.

"You ugut i ke?" Nisha gelak kecil. Menutup rasa di gementar di hati.

"Well it's up to what you think." Iman mengangkat ke dua dua bahunya sekali lagi.

"Jadi you memang tak nak lah?"

"Of course."

"You tak menyesal ke lepaskan orang yang you sayang macam tu je?"

"She's got the best one before me."

"As you know, letting go someone you love is also called love. Just to see her happy, i will too."

My Sweet Husband Where stories live. Discover now