Kepala aku berpusing sejak bangun daripada tidur. Walaupun sudah makan panadol, tetapi masih lagi terasa sakitnya. Nak cuti secara tiba-tiba tak boleh pula. Takkan nak suruh staff double shift. Aku tak kejam lagi nak buat macam tu.
"Sayang okay tak ni? Macam tak sihat je?" Adrian bertanya risau.
"Pening kepala. Tak tahu kenapa." Jawab aku lemah.
"Kalau tak sihat cuti la. Ambil mc." Cadang Adrian sambil menayangkan wajah risaunya.
"Tak boleh. Kalau esok boleh la."
"Habistu kalau dah sakit macam ni, macam mana nak kerja sayang? Abang tak boleh nak hantar sayang kat tempat kerja. Ada meeting penting harini."
"Eh tak apa. Ara boleh pergi sendiri. Tadi dah makan ubat dah. Nanti elok la tu." Aku senyum meleret. Cuba menyakinkan Adrian yang aku betul-betul okay. Pening kepala sikit je ni.
"Lagipun harini ada Mila. Tak kerja sorang." Sambung aku.
"Iyelah. Kalau ada apa-apa nanti terus telefon abang okay. Jangan senyap je." Pesan Adrian.
Aku mengangguk lemah. Dia bukan setakat penat, dengan badan-badan sekali letih. Tapi aku hanya diamkan saja. Kalau Adrian tahu sah tak bagi pergi kerja. Siapa yang nak buat kerja aku nanti?
"Abang nak pergi kerja dulu ni."
Aku mendekati Adrian. Entah kenapa ada bau yang tidak menyenangkan membuatkan aku berhenti melangkah.
"Kenapa? Tak nak peluk abang ke?" Adrian buat muka. Berjauh hati.
"Abang pakai minyak wangi apa ni? Busuklah!" Aku menutup hidung. Tidak tahan dengan bau minyak wangi yang dipakai Adrian.
"Lah minyak wangi biasalah sayang. Mana ada busuk. Ke sayang buat alasan tak nak peluk abang? Hmm."
"Mana ada. Betul-betul busuklah." Tekan aku.
"Tak apalah kalau orang dah tak sudi." Adrian terus berlalu. Aku mengeluh. Dengan terpaksanya aku menghampiri Adrian dan memeluknya daripada belakang. Tahan nafas!
"Semoga urusan abang harini dipermudahkan semuanya. Jangan lupa buat duit banyak-banyak. Ara sayang abang."
Adrian senyum lebar. Berpaling kearah aku semula.
"Abang pun sayang Ara tau. Jangan nakal-nakal kat tempat kerja. Ada apa-apa terus bagitau. Ingat tu!"
"Baik bos!" Aku sengih lebar.
"Abang, hati-hati bawak kereta tu." Sempat aku menitipkan pesan sebelum Adrian masuk ke dalam perut keretanya. Entah kenapa hati aku harini agak tidak menyenangkan. Mungkin lepas terjumpa Haziq secara tiba-tiba haritu aku agak terkejut hingga jadi begini.
*************************************
Pulang sahaja daripada tempat kerja, aku mengambil keputusan untuk pergi ke klinik. Disebabkan badan aku semakin letih, semua benda tak kena. Nasib baiklah harini kerja berdua. Jadi kerja aku dapat diselesaikan dengan cepat.
Klinik yang berada selang dua buah daripada tempat kerja menjadi tujuan. Malas pula nak memandu jauh-jauh. Yang dekat ada, kenapa perlu pergi ke tempat yang jauh kan.
Selepas melakukan beberapa ujian seperti yang diminta doktor, aku diminta untuk menunggu di luar buat sementara. Daripada ujian yang diminta, aku dapat agak apa yang jadi pada aku. Jantung berdebar secara tiba-tiba. Berharap jawapannya tidak mengecewakan.
"Pn Arahalia Dafisya?" Aku terus bangun masuk ke dalam bilik yang dipanggil. Apabila sudah selesa, aku memandang semula wajah Doktor perempuan yang aku jumpa tadi.
ANDA SEDANG MEMBACA
My Sweet Husband
Short Story[MY FIRST SHORT STORY - COMPLETE ✅️🌼] Kalau dah jodoh tidak kemana! Kalau dahulu Arahalia Dafisyah yang terkejar-kejarkan Faiq Adrian tetapi kalini Adrian pula yang terkejar-kejarkan Ara. Hati yang sememangnya masih mempunyai perasaan sayang, kemba...
