19

502 26 0
                                    

"Eh eh kenapa berhenti ni?" Aku terus berhenti di tepi jalan. Kelihatan minyak motor sudah menjijis ke jalan.

"Ya Allah bocor ke?" Aku mengeluh perlahan. Sekeliling aku pandang. Walaupun masih lagi siang, tetapi keadaan sekeliling membuatkan aku kecut perut.

Kereta pun tak ada yang lalu lalang. Betul ke aku dekat kawasan bandaraya ni?

Nombor telefon Iman aku dial. Nasib baik Iman cuti harini. Harapnya dia tak sibuk lah.

"Hello Man kau kat mana?"

"Mana salam oii." Sergah Iman. Aku gelak kecil.

"Assalamualaikum wahai sahabatku. Kau sibuk ke?"

"Waalaikumsalam, Haa kenapa?"

"Tolong aku man. Motor aku rosak ni. Kat tepi jalan. Aku dah bagi location tu."

"Lah kejap aku datang."

"Jangan lambat tau. Aku tak sedap hati la."

"Ish kau ni jangan buat aku risau! Kejap tau."

"Okay Iman. Terima kasih tau." 

"Tak ada hal lah." Talian dimatikan. Skuter comel aku pandang semula.

"Kau ni Ahmad, kenapa suka rosak dekat tempat yang salah?" Aku geleng lemah.

Tanpa sedar tangan aku ditarik daripada belakang. Sekejap sahaja badan aku sudah di cempung seseorang.

"Lepas lah! Kau siapa ha!" Jerit aku kuat sambil memukul badan lelaki itu. Tapi apalah sahaja kudrat seorang wanita. Pukulan aku tidak sedikit pun memberi kesan kepada si pelaku.

Badan aku dicampak ke tanah. Sakit punggung dibuatnya. Tapi tu tak penting. Yang penting sekarang keadaan aku sekarang.

Sekeliling aku pandang. Hanya ada pokok yang rendang dan sedikit semak samun. Lelaki yang mencempung aku tadi aku pandang.

Hampir terkeluar biji mata aku melihat lelaki itu. Sampai macam ni sekali dia buat dekat aku?

"Apa kau buat ni ha? Kenapa kau buat aku macam ni?" Sergah aku dengan pandangan tajam. Tak sangka Haziq akan bertindak sejauh ini.

"Aku nak kau! Tapi kau pilih Ryan. Tu sebabnya kau ada kat sini." Haziq gelak jahat membuatkan bulu roma aku meremang.

Ya Allah ujian apa ni. Rasa nak menangis je. Iman, Jauh lagi ke?

Telefon di kocek seluar aku ambil. Baru sahaja ingin membuka skrin, telefon aku dibaling ke tepi.

"Kau nak call siapa? Ryan? Ryan tak ada kat sini. Kau panggil banyak kali pun dia tak akan angkat. Sebab apa? Sebab dia tengah bercinta dengan perempuan lain. Macam tu kau nak buat suami? Ha?!"

Telefonnya disua kearah aku. Kelihatan foto Adrian dan Nisha bersama. Tangan yang disilangkan pada Adrian, aku pandang lama.

Cemburu? Oh tidak! Sekarang ni aku rasa lebih baik aku cari cara untuk lepaskan diri daripada sini. Itu lebih tepat.

"Kau tengok? Lelaki macam ni ke yang kau pilih ha?" Dagu aku dipegang kuat Haziq.

"Habistu kau nak cakap yang aku kena pilih kau? Kalau diberi pilihan antara kau dengan Adrian, aku tetap akan pilih Adrian. Sejahat-jahat dia, dia tak sejahat kau, letak maruah aku dekat kaki. Jantan tak guna!"

Aku jeling tajam. Haziq nak takutkan aku, jadi aku juga harus cuba untuk kuatkan diri. Walaupun tidak tahu sampai bila kekuatan itu akan bertahan.

"Kau ni kan memang mencabar aku. Kau nak sangat jantan tak guna tu kan? Boleh. Tapi aku akan pastikan dia akan dapat bekas aku!"

My Sweet Husband Where stories live. Discover now