PINTU kereta Ihsan dibuka dari luar. Aira tersenyum apabila melihat tangan Ihsan dipenuhi dengan makanan yang dipesan olehnya. Ihsan pula sudah mengambil tempatnya lalu makanan-makanan tersebut diberikan kepada tunangnya. Aira teruja apabila keinginannya dituruti oleh Ihsan.
"Yeay! Thank you sayang. You memang terbaiklah." Aira memuji Ihsan sebaik sahaja lelaki itu mengunci pintu keretanya. Ihsan pula hanya tersenyum memandang wajah bahagia Aira. Melayankan kerenah tunangnya memang memeningkan kepala namun dia turut gembira apabila melihat Aira gembira.
"Mestilah I terbaik. Kalau tak terbaik, tak ada maknanya I sanggup beratur panjang-panjang demi nak beli McDonald's you ni." Ihsan membalas. Dia sanggup melakukan apa sahaja buat bakal isterinya.
"Sebab tulah I sayang you lebih." Aira mencubit manja pipi Ihsan. Ihsan terus mengaduh kesakitan. Orang dah belikan makanan, dicubit-cubit pula kita! Nasib baiklah sayang.
"By the way Aira, hal rumah tu kan...I dah bincang dengan ibu. I dah buat keputusan yang I akan terima cadangan you. Ibu pun dah setuju." Ihsan memberitahu tunangnya.
"Wow, great then." Aira tersenyum puas apabila akhirnya dia yang memenangi pertengkaran membabitkan hal rumah itu. Aira tahu Ihsan pasti akan berlembut hati dengannya.
"Tapi I harap sangat you takkan halang I balik jenguk ibu. You tahu kan, I yang jadi ketua keluarga lepas arwah ayah meninggal. I tak boleh abaikan kakak dengan ibu I. I harap you faham." Ihsan tidak mahu perkahwinannya menjadi asbab dia memutuskan hubungannya dengan keluarganya.
"Ya, sayang. I takkan halang you jumpa ibu dengan kakak you. Berapa kali you nak cakap? You ingat I ni kejam sangat ke?" Aira mengeluh kecil. Dia perlu berpura-pura di hadapan Ihsan demi mengambil hati Ihsan. Walhal itulah hasratnya setelah dia berkahwin dengan Ihsan kelak. Dia tidak mahu Ihsan terlalu menumpukan perhatiannya kepada keluarganya. Ihsan perlu mengutamakan dirinya melebihi apa pun.
"Thank you, sayang. I tahu you akan jadi isteri yang baik untuk I." Ihsan mengusap kepala Aira dengan lembut. Dia tahu pilihannya tidak salah. Dia yakin Aira memang wanita yang telah tertulis di luh mahfuz buat dirinya.
Aira pula hanya tersengih.
"Sayang, you ada wet tissue tak? Tangan I comotlah," soal Aira apabila tangannya terkena sos cili yang baru sahaja dibuka olehnya. Ihsan tertawa kecil.
"You ni kan, makan macam budak kecil. Sajalah tu nak I lapkan." Ihsan sengaja mengusik tunangnya. Aira terus menjeling Ihsan. Mengada betul Ihsan ni.
"Ish, I serius tau. You main-main pula." Aira memarahi tunangnya. Tangannya sudah melekit namun Ihsan sempat lagi mengusik dirinya. Ihsan menahan tawanya. Marah pun comel!
"Yelah-yelah, I minta maaf. Wet tissue ada dalam dashbox tu." Aira terus membuka dashbox yang berada di hadapannya. Kemudian, dia menggeledah dashbox tersebut bagi mencari barang yang diinginkan olehnya.
Setelah menjumpai tisu basah, Aira terus menarik laju tisu tersebut. Namun, dalam masa yang sama seutas gelang tangan telah terjatuh di bahagian tempat duduknya. Aira yang sedar akan hal itu cepat-cepat mengambil gelang tersebut.
"Ihsan...gelang tangan siapa ni?" Aira terus menyoal Ihsan. Musykil dia apabila dia menemukan seutas gelang tangan di dalam kereta tunangnya.
"Oh, gelang tu ke? I rasa tu gelang kak Izra. Haritu dia ada naik kereta I," bohong Ihsan. Sebenarnya, itu gelang kepunyaan Falia yang tercicir di hadapannya tempoh hari.
"You biar betul? Takkan kakak you boleh tertinggal gelang dia dalam kereta you? Kenapa you tak pulangkan dekat dia? You dengan dia kan satu rumah?" soal Aira bertubi-tubi. Dia tidak yakin dengan jawapan yang diberikan oleh Ihsan.
![](https://img.wattpad.com/cover/287754670-288-k432973.jpg)
YOU ARE READING
𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘
RomancePrinsip wanita itu satu sahaja. Dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana dunia percintaan, berkahwin apatah lagi. Hidup ini sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika hidup tanpa pasangan. Kan lagi seronok hidup bebas tanpa perlu bergantung pada sesia...