‧₊˚🖇️✩ : 20

601 70 3
                                    

BALANG kaca yang berisi lilin diambil oleh Gibran sebelum dia mendekatkan hidungnya pada balang tersebut. Dia mahu menghidu terlebih dahulu bau lilin yang berada di dalam kedai tersebut sebelum membuat keputusan untuk membeli salah satu pilihan kegemarannya.

Sedang dia khusyuk menghidu aroma lilin, bahunya tiba-tiba dicuit dari belakang. Gibran terus menoleh walaupun dia sudah tahu siapa tuan badan yang mencuit bahunya.

"You dah pilih ke?" soal manusia itu. Dalam masa yang sama, tangannya turut sama naik memegang balang kaca lilin yang dipegang oleh Gibran.

"Belum lagi. I tak tahulah nak pilih bau apa, Falia. Kalau I salah pilih macam mana?" soal Gibran, sedikit kusut. Memanglah dia sudah biasa membeli lilin di kedai itu, namun kali ini situasinya sedikit berbeza.

"Tak payah risaulah, Gibran. You beli je bau apa pun mesti penerima hadiah ni akan suka."

Gibran senyum dalam diam. Gembira rasanya hati ini apabila Falia sudi menemani dirinya membeli hadiah untuk sesi secret santa yang diadakan olehnya bersama semua pekerja restorannya. Dia sememangnya suka melakukan aktiviti sebegini bersama stafnya supaya hubungan mereka menjadi lebih rapat.

Gibran faham perasaan pekerjanya. Pasti seronok bukan jika dapat majikan yang sentiasa memahami, santai dan bersikap baik pada semua pekerja.

Jadi, inilah salah satu caranya untuk merapatkan ukhuwah antara dia dan pekerjanya.

"How about you? You suka bau yang macam mana?" tanya Gibran sambil memandang wajah Falia. Sengaja dia menanyakan soalan tersebut. Alang-alang tengah pilih lilin, boleh dia tahu sekali bau kegemaran wanita itu.

"Kalau untuk perfume, I suka bau vanilla dan bau-bau yang manis. Untuk lilin pula, I suka bau yang menenangkan macam Midnight Blue Citrus. Rasa tenang je bau, stres pun hilang." Sambil menjawab soalan Gibran, Falia mula ke bahagian lilin yang lain.

Langkahnya turut diekori oleh Gibran.

"You suka bau manis? Wow, that is beyond my expectation." Falia mula mengangkat kening lalu dia tertawa kecil.

"Kenapa? You ingat I suka bau-bau yang mahal ke? Bau macam wanita bekerjaya? Atau bau wanita yang garang?" Falia mula menumpukan perhatian pada lelaki itu. Walaupun baru beberapa kali pertemuan mereka, namun dia sudah selesa dengan cara layanan Gibran.

Berbeza sungguh dengan layanan Ihsan padanya sewaktu kali pertama mereka bertentang mata. Bagai langit dan bumi.

Kejap, kenapa dia perlu bandingkan dengan Ihsan?

Dengan teragak-agak, Gibran mengangguk perlahan.

"Surprisingly, yes. I ingatkan you suka bau yang strong, sexy and seductive. Macam bau-bau expensive gitu," teka Gibran. Nampaknya dia belajar satu perkara baharu tentang gadis itu hari ini. Tak sia-sia dia ajak Falia teman!

Dia pun tak sangka Falia akan bersetuju. Fikirnya, wanita itu tidak mahu menemani dirinya memandangkan mereka baru sahaja berkenalan.

"Eh, dahlah. You cakap nak beli lilin untuk staf you kan? Kenapa cakap pasal I pula?" Falia senyum kekok bagi menghilangkan rasa janggalnya. Topik tersebut terus ditutup laju, tidak mahu membahas mengenainya lagi.

Faham dengan maksud wanita itu, Gibran terus mengambil lilin yang sudah dia perhatikan sejak tadi. Tanpa membuang masa, laju sahaja langkahnya diatur ke kaunter bagi membayar barangan tersebut. Kad debitnya turut dikeluarkan memandangkan nilai wang kertas tidak mencukupi dalam dompetnya.

Selesai membayar semua, Gibran melangkah keluar bersama Falia. Dia berjalan seiring dengan wanita itu supaya Falia tidak berasa ketinggalan di belakang.

𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘Where stories live. Discover now