WAJAH wanita yang dicintainya ditatap dengan hati yang kosong. Kedua-dua belah tangannya digenggam dengan erat. Dia tidak tahu bagaimana untuk menyusun ayat dan meluahkan isi hatinya kepada wanita itu. Ihsan menarik nafas seketika sebelum dihembuskan kembali. Perasaan gugup yang dirasainya ketika ini cuba dikawal sebaik mungkin.
"Ada apa you nak jumpa I ni? I sibuklah sekarang. Banyak benda yang I nak kena uruskan untuk event bulan depan." Aira memulakan percakapan setelah melihat tunangnya hanya membisukan diri.
"I ada sesuatu nak bagitahu you."
"Bagitahu apa? You nak bagitahu yang you menyesal sebab tengking I hari tu? Ke you datang ni sebab nak pujuk I untuk minta maaf dekat perempuan tu?" sindir Aira. Keputusannya masih lagi sama, dia tidak akan sesekali merendahkan maruahnya.
"Aira, I ajak you jumpa ni bukan sebab I nak cari gaduh." Ihsan membidas kata-kata Aira. Walaupun hatinya masih sakit mengenangkan kata-kata Aira tempoh hari, namun dia abaikan sahaja rasa itu buat seketika.
"Yelah, cepatlah cakap. Apa yang penting sangat you nak cakap tu sampai beria ajak I jumpa." Aira sudah mula hilang sabar. Dari tadi lagi lelaki itu mahu mengatakan sesuatu namun tidak terluah juga kata-katanya.
"Malam ni I akan datang rumah you dengan ibu. I nak jumpa papa dengan mama you. Ada perkara yang I nak bincang." Mendengarkan kata-kata Ihsan, Aira terus menyentuh perlahan lengan lelaki itu.
"You nak datang rumah I? Kenapa? You nak cepatkan tarikh perkahwinan kita eh? Mesti you dah tak sabar nak kahwin dengan I kan?" Aira masih lagi tidak sedar dengan makna di sebalik kata-kata Ihsan. Fikirnya, lelaki itu sudah tidak sabar mahu menikahinya.
Ihsan perlahan-lahan menolak kembali tangan Aira yang berada di lengannya. Dia tidak selesa apabila wanita itu menyentuhnya ketika ini. Apatah lagi selepas dia terdengar perbualan Aira bersama rakannya di butik wanita itu.
Mungkin dia yang selama ini buta, terlalu dibutakan dengan cinta sehingga dia tidak sedar kata-kata dan tanggapan orang-orang di sekelilingnya mengenai tunangnya.
Selama ini dia sering pertahankan Aira setiap kali orang di sekelilingnya berkata buruk tentang gadis itu. Bahkan, dia sanggup memarahi sesiapa sahaja yang menghina dan memburukkan Aira di hadapannya.
Semuanya disebabkan kasih sayangnya terhadap Aira. Dia fikirkan Aira benar-benar ikhlas menerima dirinya, tetapi dalam diam Aira merancang sesuatu.
"You tunggu je I datang malam ni. Apa-apa pun, I nak minta maaf kalau I pernah buat salah dekat you. I minta maaf juga kalau I banyak buat you terasa hati sepanjang kita bertunang."
"You ni kenapa, Ihsan? Tiba-tiba je minta maaf. Apa lagi yang you tipu I kali ni?" Fikiran Aira sudah mula menerawang jauh. Mungkin lelaki itu ada melakukan kesalahan yang lain jadi sebab itulah Ihsan meminta maaf secara tiba-tiba.
Ihsan hanya mengunci bibirnya. Malas dia mahu bertekak dengan gadis itu. Apa sahaja kata-kata yang keluar dari mulutnya, pasti ada sahaja balasan daripada Aira. Lihatlah sekarang, niatnya ikhlas mahu meminta maaf andai dia pernah melakukan kesalahan terhadap gadis itu.
Namun, kata-kata maafnya langsung tidak dihiraukan oleh Aira. Sebaliknya, gadis itu sempat lagi menuduh dirinya.
---
KAKINYA melangkah masuk ke dalam banglo yang dipenuhi dengan kereta di bahagian garaj. Wajah wanita tua yang berada di sisinya juga turut dipandang lama. Walaupun dia sudah memaklumkan niatnya kepada si ibu, namun hatinya tetap tidak tenang ketika ini.
YOU ARE READING
𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘
RomantikPrinsip wanita itu satu sahaja. Dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana dunia percintaan, berkahwin apatah lagi. Hidup ini sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika hidup tanpa pasangan. Kan lagi seronok hidup bebas tanpa perlu bergantung pada sesia...