PINTU butik dihempas kuat. Ihsan masuk ke dalam butik tunangnya bersama ibunya di sisi. Ihsan terus mencari kelibat tunangnya. Ketika ini, dia berasa benar-benar marah dengan tindakan Aira. Mengapa gadis itu sesuka hati sahaja membuat keputusan tanpa berbincang dengan dirinya?
"Aira! Aira!" Ihsan menjerit memanggil nama tunangnya. Puan Lily yang berada di belakang Ihsan mengusap perlahan belakang anaknya. Dia sebolehnya tidak mahu Ihsan membuat hal di tempat orang.
Aira terus keluar setelah namanya dipanggil berkali-kali. Dia mahu melihat siapa manusia yang sedang menjerit memanggil namanya.
"Sayang? You buat apa dekat sini? Terjerit-jerit panggil nama I. Malulah sikit dekat staf I." Aira mendekatkan dirinya ke tubuh Ihsan. Dia bercakap secara perlahan supaya staf lain tidak mengata yang bukan-bukan tentangnya.
"You tanya I buat apa? You tu buat apa! Kenapa you pandai-pandai pergi beli rumah tanpa pengetahuan I? Dahlah siap bagi nombor I dekat ejen hartanah. You tak discuss apa-apa pun dengan I!" marah Ihsan.
Dia benar-benar marah ketika mendapat panggilan daripada seseorang sewaktu dia sedang menjamu selera di luar bersama ibunya. Jadi, sebab itulah Puan Lily ada bersamanya.
"Oh, pasal hal tu je ke? Small matter je kan? Yang you sampai nak marah-marah dekat I dah kenapa. You kan bakal suami I. Apa salahnya I bagi nombor telefon you sekali? Mungkin I tak perasan ejen tu ada call I, sebab tulah dia call you." Selamba Aira menjawab. Langsung tidak rasa bersalah.
"Small matter you cakap? I tak ada plan langsung nak pindah rumah lepas kita kahwin! I dah cakapkan, I tak nak pindah rumah lain. I akan jadi ketua keluarga, jadi you kena ikut cakap I." Ihsan tetap dengan keputusannya. Dia tidak mahu meninggalkan ibu dan kakaknya.
"Kalau I tak nak? You tak boleh paksa I, Ihsan. I pun ada hak untuk pilih dekat mana I nak tinggal lepas kita dah kahwin." Aira terus menjawab. Dia tidak mahu duduk sebumbung dengan keluarga mertuanya. Langsung tiada privacy.
"Ihsan, tak apalah. Janganlah gaduh sebab ibu. Ibu tak pernah paksa Ihsan untuk tinggal dengan ibu lepas kamu dah kahwin nanti. Kakak kan ada? Dia boleh jaga ibu." Puan Lily bersuara setelah melihat ketegangan yang berlaku di hadapan matanya.
"Ibu, Ihsan takkan tinggalkan ibu. Ihsan takkan abaikan tanggungjawab Ihsan." Ihsan tetap tidak mahu mengalah, begitu juga dengan Aira. Masing-masing tetap berkeras kepala.
"Wah, tak tahu pula you ni anak mak. Entah-entah honeymoon kita nanti pun you nak bawa ibu you kan? Huh, macam budak-budak." Aira sempat mengejek Ihsan di hadapan Puan Lily.
"Aira!" Ihsan terus mengangkat tangannya. Puan Lily cepat-cepat menghalang tindakan Ihsan. Ya Allah, kenapa boleh jadi sampai macam ni?
"You jangan biadap dengan ibu I! I hormat sangat dengan ibu bapa you jadi I harap you boleh buat benda yang sama dengan ibu I." Dada Ihsan turun naik ketika ini. Dia benar-benar sedang menahan kemarahannya. Nasib baik ada Puan Lily di sisinya.
"Berani you angkat tangan dengan I? You tak pernah sekalipun tengking I macam ni Ihsan! Sebab perempuan tua ni je you sanggup tengking I depan semua orang? I hate you!" Aira terus mengambil beg tangannya dan memukul tubuh Ihsan sebelum dia meninggalkan butiknya.
"Ihsan.....kenapa Ihsan layan Aira macam tu?" Puan Lily sebenarnya tidak mahu masuk campur dengan masalah Ihsan bersama tunangnya namun dia perlu menasihati tindakan anaknya.
"Ibu, ibu dengar kan apa yang Aira cakap tadi? Dia dah pijak maruah Ihsan depan ibu tau. Takkan ibu nak biarkan je. Aira tu memang dah melampaulah! Dahlah pandai-pandai deal dengan ejen hartanah belakang Ihsan. Langsung tak tanya dengan Ihsan pun." Ihsan memandang pintu butik tersebut setelah Aira pergi. Dia langsung tiada niat untuk mengejar tunangnya.
YOU ARE READING
𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘
Storie d'amorePrinsip wanita itu satu sahaja. Dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana dunia percintaan, berkahwin apatah lagi. Hidup ini sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika hidup tanpa pasangan. Kan lagi seronok hidup bebas tanpa perlu bergantung pada sesia...