‧₊˚🖇️✩ : 22

524 63 6
                                    

TIKAR berbentuk empat segi tepat yang dibawa dihamparkan di atas rumput hijau. Gibran terus meletakkan beg dan peralatan yang dibawa di tepi tikar tersebut. Kemudian, dia mempelawa gadis yang datang bersamanya untuk duduk di atas tikar yang telah dibentang itu.

"You nak buat apa sebenarnya ni? Kenapa you ajak I datang sini? Dahlah sunyi semacam je tempat ni. You jangan macam-macam eh Gibran. I kalau jerit, pekak telinga you nanti tau." Falia memberi amaran kepada lelaki yang sedang membetulkan topinya.

Risau jika lelaki itu mempunyai niat yang bukan-bukan terhadapnya.

Gibran tidak menjawab, sebaliknya dia hanya menyusun barang-barang peralatan yang dibawa olehnya dari rumah.

Falia pula dalam diam memerhati setiap gerak geri lelaki itu. Dia masih tidak tahu apa tujuan lelaki itu membawanya ke tempat ini, atau lebih spesifiknya — di atas bukit.

Setelah selesai menyusun satu per satu barang-barang yang dibawa, Gibran kembali duduk di sebelah Falia.

"Lebih baik you jawab soalan I, kalau tak I balik sekarang juga." Falia masih tidak berpuas hati apabila Gibran mengabaikan pertanyaannya sebentar tadi. Penat-penat dia bercakap dengan lelaki itu, boleh Gibran mengabaikannya?

Gibran tersenyum lebar apabila mendengar ugutan gadis itu. Nak balik macam mana? Dahlah mereka berdua datang ke sini pun guna kereta Gibran.

"You nampak tak barang-barang yang I bawa ni?" soal Gibran.

"Mestilah nampak. Soalan apa you tanya ni?" balas Falia, sedikit melenting. Di hadapannya kini penuh dengan barang-barang berkaitan seni. Ada kanvas, cat akrilik, berus, kertas lukisan dan beberapa alatan lain.

Persoalannya sekarang ni, untuk apa Gibran bawa semua tu?

"Sekarang, I nak you kosongkan otak you. Lepas tu, you ambil kanvas ni. You lukislah apa yang you rasa dalam hati sekarang ni. Anggap kanvas ni, tempat you luah perasaan suka, sedih atau marah you." Dengan panjang lebar Gibran menerangkan kepada gadis itu.

Falia terdiam. Mengapa Gibran beria mahu melakukan semua perkara ini? Dia sendiri pun tidak pernah terlintas untuk meluahkan perasaannya di atas kanvas putih itu.

"I tak pandai lukislah. Tak naklah. Buat malu I je." Falia menolak arahan Gibran. Dia bukannya pelukis profesional. Kalau Gibran tengok hasil lukisannya, mesti lelaki itu akan mentertawakannya.

"Siapa cakap you perlukan bakat melukis untuk buat semua ni? I bukannya suruh you lukis muka manusia pun. You boleh lukis apa-apa je, Falia. Conteng saja-saja pun dah dikira seni tau." Gibran terus mengulurkan berus lukisan kepada Falia.

"Kenapa you tiba-tiba ajak I datang sini? Siap suruh I melukis segala bagai." Falia menyoal Gibran sambil tangannya mengambil berus yang dihulurkan kepadanya. Dalam diam, dia memuji tindakan lelaki itu. Menarik juga idea Gibran ini.

"Saja. Dari raut wajah you, I boleh nampak you pendam macam-macam perkara. I tak tahu macam mana nak buat you lepaskan stres you, jadi I bawalah you datang sini. Sambil-sambil tu, boleh tengok pemandangan dari atas bukit. Ini port lepak kegemaran I tau. Kira untunglah I bawa you tengok keindahan dari atas bukit ni."

Falia terkaku seketika. Mengapa lelaki itu bersungguh-sungguh mahu mengambil hatinya? Untuk apa?

"Lagipun, I nak buat you lupakan sekejap peristiwa hari tu. You marahkan Aira kan? Jadi, you lepaskan kemarahan you tu dekat atas kanvas ni." Gibran sendiri tidak tahu mengapa dia perlu bersusah-payah sebegini demi gadis bernama Falia itu. Walhal mereka baru sahaja bertemu beberapa kali.

"Terima kasih, Gibran. I appreciate apa yang you buat ni tapi rasanya tak perlu kot you susahkan diri macam ni. I tak minta pun semua ni. I tak nak terhutang apa-apa budi dengan you," balas Falia jujur.

𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘Where stories live. Discover now