ACARA pada malam itu berlangsung dengan sangat meriah. Falia menepuk tangannya berkali-kali apabila kagum melihat fashion show yang sedang diadakan di hadapan matanya. Model-model yang sedang berjalan di hadapannya sangat cekap semasa melakukan catwalk. Mungkin mereka semua terdiri daripada barisan model profesional yang sudah lama bekerja dalam bidang permodelan.
Falia turut meminati bidang fesyen maka sebab itulah dia membuka butik pakaian miliknya. Hasil daripada duit peninggalan arwah ibu bapanya, dapatlah dia mengeluarkan serba sedikit modal yang diperlukan untuk membuka butik tersebut.
Namun, dia hanyalah bussinesswoman secara kecil-kecilan sahaja. Cukuplah untuk menampung dirinya dan juga abangnya. Falia datang ke acara pada malam ini juga atas undangan rakan baiknya. Jika Elyana tidak menjemputnya, pasti dia tidak dapat menyaksikan semua ini.
"Ly, cantiknya baju-baju yang model ni pakai. Mesti hebatkan designer yang buat baju-baju ni semua." Falia memuji rekaan baju yang memukau matanya. Dia benar-benar teruja melihat koleksi pakaian yang digayakan oleh model-model tersebut.
"Mestilah hebat, anak jutawan kot! Kalau kau nak tahu, designer dia bukan calang-calang orang tau! Dahlah cantik, bergaya lepas tu berbakat pula tu! Aku dengar cerita, dia dah nak kahwin. Helok gila muka bakal suami dia, Fal. Nasib baik bakal suami orang, kalau tak aku dah rembat dulu." Elyana berbisik di tepi telinga Falia. Suasana yang agak bising dengan muzik yang kuat menyebabkan dia sukar untuk berbual bersama rakannya.
"Ish, kau ni Ly. Lupa diri ke apa? Kau tu dah ada boyfriend. Aku bagitahu Aidan nanti, baru kau tahu." Falia mengugut rakannya. Panik Elyana apabila mendengar nama buah hatinya disebut. Terus dia memukul lengan Falia.
"Fal, apa ni? Main ugut-ugut pula. Aku gurau jelah. Janganlah bagitahu Aidan. Kau tahu kan dia tu kuat cemburu? Nanti kang perang besar pula." Falia tertawa kecil apabila melihat Elyana yang kelam-kabut itu. Tahu pun takut. Tadi miang tak ingat dunia pula.
"Kau tu pun dua kali lima je! Dua-dua kuat cemburu. Elok sangatlah korang berdua bercinta." Falia membalas semula. Dia sudah kenal dengan Aidan dan Falia bersyukur kerana Elyana dipertemukan dengan lelaki sebaik Aidan. Apa yang membuatkan mereka dapat bertahan lama adalah kerana kedua-duanya masuk air! Perangai gila-gila mereka memang membuatkan Falia tak kering gusi setiap kali menjadi thirdwheeler kepada pasangan tersebut.
Dia bersyukur sekurang-kurangnya masih ada lelaki baik yang wujud dalam dunia ini. Dia bahagia buat Elyana.
"Eh, borak dengan kau ni sampai aku tak perasan majlis dah habis rupanya. Jomlah kita pergi ambil air dekat sana. Kalau nasib kau baik, boleh kita jumpa dengan designer yang aku sebut tadi. Harap-harap dia belum balik lagilah." Elyana menegur rakannya. Kemudian, mereka berdua bangkit dari tempat duduk dan bergerak ke arah bahagian minuman.
Falia mengambil air dan beberapa kuih yang disediakan. Elyana pula cuba untuk mencari kelibat pereka fesyen yang dinanti-nantikan olehnya. Setelah meneguk beberapa kali air minuman yang diambil olehnya, Falia terus leka bermain dengan telefon bimbitnya.
Dia langsung tidak menumpukan perhatiannya kepada orang yang lalu-lalang di hadapannya. Lagipun, dia tidak mengenali sesiapa pun di majlis tersebut. Maklumlah, orang-orang yang menghadiri majlis tersebut pasti orang-orang ternama. Dia berasa sungguh kecil apabila melihat orang di sekelilingnya.
Falia terasa diganggu apabila lengannya tiba-tiba dicuit oleh Elyana. Dia sedang leka melihat story di Instagram namun tumpuannya terganggu apabila Elyana berkali-kali mencuit lengannya. Falia terus memandang wajah rakannya dengan perasaan geram.
"Ish, apa kau ni. Kacau betullah. Aku nak main phone pun tak senang," marah Falia.
"Tu! Tengoklah! Itulah designer yang aku cakap tadi!" Elyana menujukkan orang yang disebut-sebut olehnya sebentar tadi kepada rakan baiknya. Falia terus memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Elyana.
YOU ARE READING
𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘
RomancePrinsip wanita itu satu sahaja. Dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana dunia percintaan, berkahwin apatah lagi. Hidup ini sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika hidup tanpa pasangan. Kan lagi seronok hidup bebas tanpa perlu bergantung pada sesia...