‧₊˚🖇️✩ : 19

519 65 1
                                    

HADIAH hamper yang dimenangi oleh Atiya dipandang seketika sebelum dipeluk erat. Dia benar-benar gembira ketika ini kerana dia telah memenangi salah satu acara sukaneka yang melibatkan penyertaan ibu bapanya. Kalau boleh, dia mahu buka hadiah itu sekarang juga.

Alif yang sedang memandu di hadapan memandang sekilas anak perempuannya menggunakan cermin hadapan.

"Amboi Tiya, seronok sangat tu sampai peluk tak nak lepas," tegur Alif.

"Mestilah seronok, papa. Tiya tak pernah menang hadiah besar macam ni. Nasib baik kita laju kan papa? Kalau tak, mesti tak menang dah," jawab Atiya kepada papanya.

"Tiya, seronok-seronok juga. Balik nanti terus mandi tau. Badan tu dah kotor dah," pesan Izra yang juga duduk di bahagian hadapan.

"Eeee, badan Tiya dah busuk. Tak naklah duduk dekat dengan dia." Aafi sempat menyakat adiknya.

"Mana ada! Badan abang pun sama. Tiya lagi wangi." Atiya terus memukul perlahan lengan abangnya. Dia tidak suka apabila disakat oleh abangnya yang nakal.

"Tak, badan Tiya busuk. Tiya memanglah tak bau badan sendiri, tapi abang boleh bau. Eeee, busuk." Aafi terus mengepitkan hidung menggunakan jarinya. Kemudian, dia membalas semula perbuatan adiknya dengan menyentuh lengan Atiya.

"Mana ada. Tiya wangilah! Abang tu yang busuk." Atiya menyentuh semula lengan abangnya.

"Tiya budak busuk." Aafi masih lagi belum menyerah kalah. Dia kembali menepuk lengan adiknya.

Atiya tidak berpuas hati apabila abangnya asyik membalas semula perbuatannya.

"Mana ada busuk. Mama, tengok abang ni! Suka kacau Tiya!" adu Atiya kepada mamanya. Izra yang dari tadi berdiam diri terus bersuara setelah mendengar pergaduhan kecil yang berlaku antara dua orang anaknya.

"Tiya, Aafi janganlah gaduh-gaduh. Tak penat ke asyik bergaduh je?" soal Izra, kepalanya ditoleh sedikit ke belakang.

"Abang yang mula dulu, bukan Tiya. Dia kacau Tiya," balas Atiya dengan wajah cemberut. Dia terus menjeling wajah Aafi yang berada di sebelahnya. Tak suka betul dia bila kena kacau.

"Tiya pun sama. Tiya pukul abang dulu kan? Abang tak pukul Tiya pun." Aafi turut membalas. Mana boleh dia mengaku kalah dan membiarkan adiknya menang.

"Dah-dah, stop. Dua-dua salah. Papa tak nak tengok dah Tiya dengan Aafi gaduh dekat belakang." Alif mencelah apabila pergaduhan anak-anaknya masih belum berakhir.

Setelah itu, Atiya dan Aafi terus senyap sebelum masing-masing memandang ke luar cermin tingkap kereta. Apabila papa mereka sudah bersuara, tiada siapa berani untuk melawan.

"Iz, kita singgah rumah saya dulu boleh tak? Saya tertinggal dompet," pinta Alif kepada Izra.

"Eh, tak apalah. Awak hantar je saya balik rumah ibu dulu. Lepas tu awak boleh balik terus dengan anak-anak kan?"

"Kejap je, Iz. Saya nak ambil dompet je lepas tu saya hantarlah awak balik. Lesen memandu saya ni tak ada tau, apa-apa jadi nanti macam mana?" Alif masih lagi memujuk.

"Itulah, asyik fikir kerja je 24 jam. Habis semua benda lupa." Izra menyindir secara perlahan. Bukan dia tidak kenal dengan perangai bekas suaminya itu.

"Iz, please. Bukan depan anak-anak." Alif tidak suka apabila pertengkaran mereka berdua disaksikan oleh anak-anaknya. Walaupun Izra memerlinya dalam nada yang perlahan, telinganya tetap dapat menangkap kata-kata yang diucapkan oleh wanita itu.

"Lama lagi ke nak sampai ni? Saya nak baliklah. Kalau saya tahu jadi macam ni, baik saya gerak sendiri. Ni semua awak punya pasal lah, tak habis-habis paksa saya naik kereta awak."

𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘Where stories live. Discover now