AYAM-ayam segar yang baru sahaja selesai disusun oleh penjual di pasar raya itu diperhatikan secara dekat. Hari ini, dia diajak oleh majikannya untuk membeli bahan-bahan yang sudah kehabisan di dapur. Apabila sudah berpuas hati dengan saiz ayam yang dipilih, dia mengerling ke arah majikannya untuk meminta pendapat.
"Gib, cuba tengok ayam ni. Okey tak? Ke kecil sangat? Nak ambil berapa ekor?" tanya Zil sambil membelek ayam-ayam lain yang tersusun elok di hadapannya. Makanan laut lain yang turut disusun berdekatan dengan ayam tersebut juga diperhati dengan perasaan teruja. Segar-segar belaka semuanya.
"Gib?" Zil pusing ke belakang apabila lelaki itu tidak menyahut.
Rupa-rupanya, Gibran sudah bergerak jauh daripadanya.
Dari pandangan matanya, lelaki itu nampak seperti sedang menyimpan seribu satu masalah. Dari dalam kereta lagi Gibran hanya diam sahaja. Tak banyak bercakap seperti selalu.
Tengoklah sekarang, dia tanya pun langsung Gibran tak menyahut. Hanya termenung memandang telefon. Sampai nak tembus dah telefon tu dia tengok.
Dia tahu kalau dia tanya Gibran sekarang pun sia-sia je. Sudahnya, Zil terus mengambil beberapa bungkusan ayam mentah mengikut citarasanya sendiri lalu diletakkan ke dalam troli. Tangannya yang sedikit kotor dibasuh dengan segera sebelum troli ditolak mengikut langkah Gibran yang sudah meninggalkan dirinya.
"Kau ni kenapa, Gib? Tadi bukan main lagi suruh aku teman kau beli barang-barang ni semua. Bila dah sampai sini, kau diam macam ni pula. Kau ada masalah ke?" tanya Zil, cuba mengambil berat tentang majikannya merangkap sahabatnya.
Gibran masih lagi diam.
"Aduh, kau janganlah bagi silent treatment dekat aku. Aku ada buat salah ke sampai kau tak nak bercakap dengan aku ni? Kalau kau stres pasal restoran, tak apa. Aku dengan staf lain kan ada? Demi kau aku sanggup OT," sambung Zil lagi. Dia tak pernah berkira kalau melibatkan Gibran.
Zil buntu. Gibran ni ada masalah apa sebenarnya? Sampai nak buka mulut pun payah sangat.
"Rupa kau sekarang ni dah macam orang lepas putus cinta tahu tak? Kau broken sebab perempuan ke apa ni?" teka Zil secara tiba-tiba.
Kini, Gibran mengangkat wajahnya memandang Zil.
"So betullah kau broken sebab perempuan? Perempuan yang selalu datang restoran tu ke?" tanya Zil mahu mendapatkan kepastian. Tapi rasanya kalau Gibran tak jawab pun, dia memang sudah boleh agak.
"Aku dah hilang dia, Zil."
"Hilang? Dia pergi mana?" Dengan polos Zil menyoal.
"Rupa-rupanya dalam diam dia dah ada boyfriend," jawab Gibran. Entah mengapa, hatinya masih berat lagi mahu menerima kenyataan yang perit itu.
Zil terkejut.
Damn. Sakitnya.
"Kau kenal ke boyfriend dia?"
"Kenal. Kau pun kenal, Zil."
Zil angkat kening.
"Siapa?"
"Ihsan."
Allah. Terdiam Zil mendengar jawapan itu.
Dia langsung tak jangka jawapan itu yang akan keluar dari mulut Gibran.
Allahuakbar. Patutlah beberapa hari ni dia tengok Gibran senyap je. Tak ceria seperti selalu. Rupa-rupanya memang Gibran tengah berada dalam fasa broken. Dahlah ini kali pertama lelaki itu menyukai seorang wanita. Aduh, kesian pula dia dengan Gibran.
YOU ARE READING
𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘
Roman d'amourPrinsip wanita itu satu sahaja. Dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana dunia percintaan, berkahwin apatah lagi. Hidup ini sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika hidup tanpa pasangan. Kan lagi seronok hidup bebas tanpa perlu bergantung pada sesia...