PERCIKAN air dari sungai yang deras mengalir membuatkan Falia menjerit kecil. Gibran pula langsung tidak mahu melepaskan peluang untuk memercikkan semula air kepada Falia. Mereka berdua kini saling berbalas percikan.
"Gibran, dahlah tu. Stop, please..." rayu Falia. Habis basah bajunya dikerjakan oleh Gibran.
"Eh, you yang mula dulu kan? Takkan dah give up kot?" soal Gibran. Dia masih belum puas bermain air bersama Falia.
"I buat sikit je tau tapi tengoklah you buat dekat I. Habis basah semua baju I." Falia mula merungut di hadapan Gibran. Sebenarnya, dia tidak kisah pun. Lagipun, dia sudah bawa pakaian lain di dalam begnya. Saja dia mahu menguji lelaki itu.
"Ala, yeke. Sorry sorry. I tak sengaja." Gibran cepat-cepat meminta maaf. Dia tidak mahu Falia marah kepadanya.
Falia masih lagi mendiamkan dirinya. Walhal dalam hatinya sudah ketawa mengekek apabila melihat wajah panik Gibran.
"Falia, you...marahkan I ke?" Gibran benar-benar dihimpit rasa bersalah. Mungkin perbuatannya telah membuatkan gadis itu marah padanya.
"Okey, you percik je banyak mana air dekat badan I. Basah satu badan pun tak apa." Gibran cuba memujuk Falia dengan memberikan cadangannya.
"Betul ni?" soal Falia, inginkan kepastian.
Gibran pantas mengangguk.
"Gib, aku nak pinjam powerbank kau boleh tak?" Suara Ihsan tiba-tiba kedengaran di belakang Falia. Falia terkaku buat seketika. Sehingga kini, dia masih belum berkomunikasi dengan Ihsan. Apatah lagi bila Elyana menceritakan kejadian yang berlaku di dalam kereta itu, lagilah membuatkan dia malu untuk berhadapan dengan Ihsan.
'Ish, dia ni kan. Potong mood betullah! Tak sempat aku nak balas dekat Gibran,' gumam Falia. Geramnya dia rasa!
Baru nak seronok-seronok, dah ada orang ketiga.
"Eh, apa pula tak boleh? Kau carilah dalam beg aku tu. Dekat zip bahagian depan rasanya," jawab Gibran yang kini mula menumpukan perhatian kepada sahabatnya.
Falia yang berasa janggal dengan situasi tersebut terus menoleh ke belakang.
Semasa Falia memusingkan tubuhnya, secara tidak sengaja dia terlanggar bahu Ihsan yang sedang berdiri betul-betul di belakangnya. Namun, Falia hanya mengabaikannya lalu terus bergerak meninggalkan Ihsan dan Gibran.
'Dia ni pun satu! Punya luas kawasan ni, nak juga berdiri belakang aku,' rungut Falia dalam hatinya.
Kemudian, Falia terus menghampiri Elyana yang duduk tidak jauh daripadanya.
"Eh, awalnya kau naik? Dah tak nak mandi sungai ke?" soal Elyana dengan penuh hairan. Rasanya baru sahaja sekejap tadi dia lihat Falia sedang seronok bermain air bersama Gibran.
"Malaslah aku. Nampak je mamat tu, terus hilang mood aku." Elyana menggelengkan kepalanya apabila mendengar jawapan Falia.
"Kau ni tak habis-habis nak mengelak daripada Ihsan. Dari rumah Aidan sampai sekarang, kau langsung tak nak bercakap dengan dia kan? Korang ni bergaduh pasal apa sebenarnya? Cuba cerita dekat aku." Elyana penat melihat drama yang sedang dilakonkan oleh dua manusia itu.
"Hari tu masa aku jumpa dia dekat hotel, dia ada pulangkan gelang aku yang tercicir tu. Lepas tu, aku cakaplah yang tunang dia tu tak sebaik yang dia sangkakan. Nampak je Aira tu macam malaikat, padahal tak pun. Aku cakap lagi dekat Ihsan, sempat je kalau dia nak putuskan pertunangan dia." Falia mula menerangkan hal yang sebenar kepada Elyana.
"Kau cakap macam tu dekat Ihsan? Kau ni biar betul Falia?" Elyana tidak menyangka bahawa Falia sanggup berkata sedemikian.
"Ya, betullah. Kenapa? Salah ke? Aku cuma bagitahu perkara yang sebenar," jawab Falia tanpa rasa bersalah.
YOU ARE READING
𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘
RomancePrinsip wanita itu satu sahaja. Dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana dunia percintaan, berkahwin apatah lagi. Hidup ini sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika hidup tanpa pasangan. Kan lagi seronok hidup bebas tanpa perlu bergantung pada sesia...