‧₊˚🖇️✩ : 43

251 31 0
                                    

IKAN-ikan koi yang sedang galak berenang di dalam kolam itu diperhatikan dengan penuh minat. Sesekali tangannya mencapai bekas makanan ikan yang terletak tidak jauh daripadanya sebelum ditabur ke dalam kolam tersebut. Sementara menunggu seseorang, bolehlah dia membuang masa memerhatikan ikan-ikan di dalam kolam itu.

Hari ini, dia telah ditugaskan untuk menghantar seseorang ke pejabat. Mengikut waktu yang diberitahu, dia perlu menghantar individu tersebut ke pejabat pada jam 9 pagi. Namun, seawal 8.30 pagi lagi dia sudah terpacak di hadapan rumah manusia itu. Bukan apa, dia tidak mahu kehadirannya ditunggu-tunggu. Lagipun dia hanya pekerja, bukannya majikan yang boleh sewenang-wenangnya datang sesuka hati.

Hampir lima minit menunggu, tiba-tiba muncul satu figura yang sedang merenungnya dari tepi.

"Again, Endra? What are you doing in my house? You ni tak ada rumah ke? Asyik datang rumah I je," tanya Aira dengan rasa kurang senang. Jujur, dia tidak suka apabila lelaki itu kerap datang ke rumahnya. Rasa macam tiada privasi.

Endra pandang wajah Aira sekilas sebelum tumpuannya diberikan semula kepada ikan-ikan yang berada di dalam kolam. Rasanya tengok ikan berenang lagi tenang daripada terpaksa tatap wajah Aira.

Soalan Aira langsung tidak dipedulikan.

"You ni pekak ke? I tanya you kan, you buat apa dekat sini? Siapa izinkan you masuk rumah I ni?" Sekali lagi Aira memulangkan soalannya. Melihatkan Endra yang langsung tidak peduli dengan kehadirannya di situ membuatkan dia geram.

Rasa macam dirinya hanya sebuah patung pada pandangan Endra.

"I tak ada urusan dengan you. Jadi, I tak perlu pun jawab soalan you." Ringkas sahaja jawapan yang keluar dari mulut Endra. Malas mahu bertentang mata dengan Aira, jadi dia hanya batukan diri tanpa menoleh ke arah gadis itu.

"Wah, sejak-sejak dah balik Malaysia ni, makin berlagak eh you dengan I. You jangan lupa eh, kalau bukan sebab papa I yang tanggung kos you dekat sana, I tak rasa you akan hidup senang macam sekarang ni."

"One more thing, you jangan lupa tau jasa I dekat you dulu. Kalau bukan sebab I yang tolong you dulu, dah lama you hilang peluang keemasan tu kan?" Terjungkit sedikit bibir Aira, menayangkan senyuman sinisnya.

Kalau dia perlu ungkit sejuta kali pun, dia sanggup lakukannya agar lelaki itu tidak lupakan jasanya dahulu kala.

Endra menoleh kepalanya, memandang wajah gadis yang tidak habis-habis menyusahkan hidupnya dari dulu.

"Apa lagi yang you tak puas hati dengan I ni? I datang sini sebab ada urusan dengan Tuan Khalid. Dah. Puas hati?"

"Urusan apa?"

Endra tidak membalas sebaliknya kunci kereta yang berada di dalam poket ditayangkan di hadapan gadis itu. Sebaik sahaja Aira lihat kunci tersebut, terus berkerut dahi gadis itu. Rasanya dia sudah faham tujuan lelaki itu datang ke rumahnya.

"Sejak bila you jadi driver papa I ni? I tak tahu pun."

"Sejak dua hari yang lepas."

"You memang suka kikis harta papa I eh? You boleh je kerja part time dekat mana-mana kedai yang setaraf dengan kelayakan you, tapi you nak juga kerja dengan papa I kan? I tak sukalah tengok muka you dekat rumah I ni. Rimas tahu tak?"

"Oh lagi satu, boleh tak you jangan rapat sangat dengan papa I? I tak suka. Semua benda yang papa I borak, semuanya nak dikaitkan dengan you. Macam you pula anak kandung dia. Tolong sedar diri sikit eh?"

Aira pandang wajah Endra dengan rasa iri hati. Sejak Endra muncul kembali dalam kehidupan keluarganya, dia berasa seolah-olah dipinggirkan. Tuan Khalid sentiasa memuji kebaikan lelaki itu di hadapannya. Naik muak telinganya mendengar.

𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘Where stories live. Discover now