GIBRAN menopang dagunya sambil memandang wajah seseorang dari jauh. Tindakannya itu mula diperhatikan oleh salah seorang pekerjanya yang sedang memotong bawang di bahagian dapur. Kemudian, perlahan-lahan dia bergerak mendekati bosnya yang masih lagi ralit termenung.
"Bos pandang siapa tu?" Zil menegur dari tepi.
Dek kerana terkejut apabila disergah dari tepi, Gibran terus memukul bahu lelaki itu.
"Ish kau ni, Zil! Terkejut aku tahu tak?" marah Gibran kepada pekerjanya. Baru sahaja dia mahu menikmati pemandangan indah yang berada di hadapan mata, tiba-tiba seseorang telah menyergahnya. Potong mood betul!
"Yelah, mana tak terkejut kalau tenung orang sampai boleh tembus dinding kedai ni?" Zil menggelengkan kepalanya. Sejak bila Gibran kuat berangan? Hairan betul.
"Mana ada aku tenung orang. Pandai-pandai je kau ni. Aku tengah tengok semua customer dekat luar tu. Salah ke?" soal Gibran. Naik segan pula dia apabila perbuatannya itu dilihat oleh Zil.
"Kau tak payah nak tipu aku lah, Gib. Kau pandang perempuan yang pakai baju warna coklat tu kan? Siapa dia? Kau kenal ke? Girlfriend eh?" usik Zil. Saja dia mahu menyakat bos merangkap rakannya itu.
"Merepeklah kau ni. Dia tu kawan kepada kawan aku. Itu je. Aku pandang sebab aku kenal dia. Kenapa? Tak boleh ke?" soal Gibran sambil tangannya mencapai sarung tangan plastik yang berada tidak jauh daripadanya.
"Maksudnya dia bukan kawan kau lah?"
"Belum lagi, coming soon," jawab Gibran dengan yakin.
"Habis tu kenapa tak tegur je dia? Yang kau tenung dia lama-lama dari dapur dah kenapa? Kau suka dia eh? Tak sangka kau ni rupanya ada perasaan juga. Ingatkan serius je sepanjang masa." Zil makin seronok mengusik bosnya. Bukan selalu dia dapat lihat moment sebegini berlaku di hadapan mata.
"Tak payah nak merepeklah, Zil. Dia tu kan customer kita. Dahlah, lebih baik kau sambung kerja sebelum aku potong gaji kau." Zil terus mencebik. Mentang-mentang dia bos, nak ugut kita pula!
"Ceh, cakap sikit nak potong gaji. Yelah bos kesayangan, aku sambung kerja ya? Kau tu pun sama. Nak tenung orang lain kali cover-cover sikit." Sempat Zil mengusik Gibran sebelum berlari ke dalam bilik yang menempatkan makanan sejuk beku.
Belum sempat Gibran mahu membalas, bayangan lelaki itu sudah pun hilang. Nasib dialah kerana mempunyai pekerja yang nakal dan kuat menyakat. Mata Gibran terus menumpukan semula ke arah satu sudut meja pelanggan.
'Cantiknya dia,' bisik Gibran dalam hati. Mahu tegur tapi dia segan pula. Lagipun dia perlu menyiapkan hidangannya di dapur. Setelah itu, Gibran cepat-cepat menggelengkan kepalanya. Dia harus fokus memasak. Bahaya kalau berangan lama-lama ni. Nanti lain pula rasa masakannya itu.
---
TEKO yang diisi dengan air teh diletakkan dengan berhati-hati di atas meja. Kini, rumah ibunya telah diziarahi oleh tetamu istimewa maka sebab itulah dia perlu menghidangkan menu minum petang tersebut kepada tetamu yang berada di hadapannya. Setelah menyediakan segala yang diperlukan, dia terus mengambil tempat di sisi adik lelakinya.
"Minumlah, sayang. Teh yang kakak I buat ni sedap tau. Kek pisang favourite you pun ada." Ihsan terus mempelawa kekasih hatinya untuk menjamah makanan dan minuman petang yang dihidangkan oleh kakaknya.
"Thank you, sayang. Ingat lagi you dekat kek favourite I kan?" Aira tersenyum manja memandang buah hatinya. Dia langsung tidak peduli dengan keberadaan mereka berdua ketika ini. Apa yang penting, dia dapat perhatian daripada Ihsan.
YOU ARE READING
𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘
RomancePrinsip wanita itu satu sahaja. Dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana dunia percintaan, berkahwin apatah lagi. Hidup ini sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika hidup tanpa pasangan. Kan lagi seronok hidup bebas tanpa perlu bergantung pada sesia...