‧₊˚🖇️✩ : 32

1K 75 5
                                    

BAGASI yang sudah siap diisi dengan pakaian diletakkan di hadapan pintu rumah. Barang-barang keperluan yang perlu dibawa juga diperiksa sekali lagi supaya tiada apa-apa yang tertinggal sewaktu dalam perjalanan nanti. Setelah memastikan semuanya selesai, Falia terus mendapatkan abangnya yang kini sedang sibuk menyusun barang-barang di dalam kereta.

"Kau ni nak tinggal sana terus ke apa?" sindir Hud seraya menyusun beberapa beg di bahagian but kereta.

"Diamlah. Abang tu lelaki, mana boleh samakan barang yang abang bawa dengan barang yang Fal bawa." Selamba Falia membalas. Orang lelaki senanglah, bawa baju dengan seluar je pun dah kira selesai.

"Yelah, suka hati kaulah. Ada barang lain yang nak letak lagi ke?" tanya Hud kepada adiknya.

Falia menggeleng. Rasanya semua barang yang ingin dibawa sudah disimpan rapi di dalam bagasinya.

"Abang dah bagitahu opah ke yang kita nak bertolak malam ni?" soal Falia sambil menyandarkan tubuh ke kereta abangnya.

"Dah. Harapnya sempatlah sampai sebelum pukul 12. Opah tu bukannya Fal tak tahu, dengar je kita nak balik kampung, terujalah dia. Tak silap abang, pak lang dengan mak su pun rasanya ada sekali.

Falia mula teruja setelah mendengar kata-kata abangnya. Tak sabar rasanya dia mahu pulang ke kampung halaman arwah ibunya.

Kalau keluarga pak lang pun ada sekali, lagilah dia teruja. Bukan apa, seronok dia apabila dapat berjumpa dengan anak-anak pak lang. Lebih-lebih lagi si gadis bongsu. Tak sabar dia mahu menyakat anak kecil itu.

"Mak su pun balik juga ke?" Falia mengeluh dalam diam.

"Kenapa? Tak suka jumpa mak su ke?"

"Bukan Fal tak suka, cuma abang tahu jelah mulut mak su tu. Asal nampak muka Fal je tanya benda yang sama. Bosanlah Fal nak jawab," rungut Falia di sebelah abangnya.

Hud ketawa perlahan.

"Biasalah mak su tu. Fal buat tak tahu jelah," balas Hud ringkas. Dia faham sangat dengan rungutan adiknya. Namun, apa yang boleh dia lakukan? Takkanlah dia mahu bersikap kurang ajar dengan ibu saudaranya pula? Tadah jelah telinga dengar bebelan wanita itu.

Belum sempat Falia ingin membalas semula, tiba-tiba satu cahaya mula datang dari lampu kereta yang sudah terletak elok di hadapan pagar rumahnya.

Siapa pula yang datang ni?

"Abang ada panggil sesiapa datang rumah ke? Kita kan nak balik kampung."

Soalan Falia itu dibiar sepi.

Mulut Hud kini seolah-olah sedang menahan senyum. Rasanya tak perlulah dia bagitahu siapa. Biarlah adiknya lihat sendiri wajah manusia yang datang ke rumahnya.

"Assalamualaikum."

Membuntang mata Falia apabila terkejut dengan kehadiran manusia yang datang ke rumahnya ketika itu.

"Waalaikumussalam. Gibran? You buat apa dekat sini?" tanya Falia hairan. Dah kenapa pula Gibran tiba-tiba datang ke rumahnya malam ini?

"I datang nak hantar makanan untuk you dengan abang Hud. Abang Hud cakap you nak balik kampung kan? I ada masakkan kuey teow goreng. Nanti sebelum bertolak you makanlah dulu." Gibran terus menyerahkan bungkusan plastik merah kepada Falia.

Sebelum Falia mengambil bungkusan plastik yang dihulur kepadanya, tajam matanya menikam wajah abangnya yang kini sedang melarikan pandangan dari memandangnya.

Ooo, pandai eh berkomplot?

"Tak payahlah susah-susah. I dengan abang I boleh je makan dekat mana-mana restoran nanti," balas Falia, serba salah mahu mengambil makanan yang dibawa oleh Gibran.

𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘Where stories live. Discover now