‧₊˚🖇️✩ : 14

493 70 0
                                    

JAM tangan berjenama Cerruti 1881 yang dipakai oleh Gibran dipandang sekilas sebelum matanya meliar mencari kelibat seseorang. Sudah 15 minit dia menunggu kehadiran sahabatnya itu, namun bayangnya masih belum kelihatan. Sementara menunggu kehadiran seseorang, dia sempat menyedut air yang telah dipesan olehnya menggunakan penyedut minuman.

"Gib, kita tunggu siapa sebenarnya ni?" Ihsan menyoal. Sahabatnya itu langsung tidak mahu menceritakan apa-apa kepadanya. Katanya, dia sudah mengajak seseorang untuk lepak sekali bersama mereka. Namun, apabila ditanya siapa gerangan manusia itu Gibran terus membisu.

"Ala, kau tunggu jelah. Nanti dia sampailah tu. Kalau aku bagitahu sekarang, tak surprise dahlah." Gibran sebenarnya sengaja mahu membuat Ihsan tertanya-tanya. Ihsan pula sudah menayangkan wajah cemberutnya. Dia tidak suka dengan kejutan sebenarnya. Namun, apakan daya dia terpaksa juga melayan kerenah sahabatnya itu.

"Gib, sorry sangat-sangat aku lambat. Aku ada masalah sikit tadi." Manusia yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Gibran terus tersenyum apabila sahabat yang dinanti-nantikan telah memunculkan dirinya. Ihsan pula masih tertanya-tanya kerana suara manusia tersebut muncul dari belakangnya. Kemudian, dia segera menoleh memandang tetamu istimewa itu.

"Tak apalah, Aidan. Tak lambat mana pun. Kitaorang pun baru pesan air je ni. Eh, duduklah." Gibran terus mengajak Aidan supaya duduk di sebelahnnya. Ihsan pula masih lagi tertanya siapa manusia yang berada di hadapannya itu.

"Hai, bro. Mesti otak kau tengah proses siapa aku kan?" Aidan menghulurkan tangannya kepada Ihsan. Lihat sahaja riak wajah Ihsan, dia sudah tahu pasti lelaki itu sedang berusaha untuk meneka siapa dirinya.

Walaupun Ihsan masih belum mengingati lelaki itu, namun dia tetap menyambut huluran tangan daripada lelaki tersebut.

"San, kau ingat tak budak lelaki yang pernah ajak kau ponteng latihan rumah sukan sampai kau kena marah teruk dengan Cikgu Linda? Lepas tu, budak lelaki tu pula pernah kena panggil dengan cikgu disiplin sebab kantoi pancitkan tayar sorang cikgu ni. Ingat tak?" Gibran menyoal Ihsan.

Ihsan cuba mengingati semula kenangan di alam persekolahannya. Setelah itu, dia terus memandang wajah Aidan lama.

"Kau ni Aidan yang paling nakal dalam kelas 4 Alpha tu ke? Aidan Riyadh?" Ihsan seolah-olah tidak percaya dengan manusia yang baru sahaja berjabat tangan dengannya sebentar tadi. Biar betul?

"Ya, akulah ni. Kenapa? Kau ada kenal Aidan Riyadh yang lain ke? Tapi yang nakal tu dulu je, sekarang aku tak nakal dah." Aidan tertawa kecil apabila melihat reaksi sahabat lamanya sewaktu di zaman sekolah. Nampak betul Ihsan terkejut setelah melihat dirinya ketika ini.

"Ya Allah, lain gila kau sekarang. Aku ingatkan mamat mana yang datang tadi. Dahlah si Gibran ni langsung tak bagitahu aku siapa yang nak datang." Ihsan terus bangkit dari duduknya lalu memeluk bahu sahabatnya. Ya Allah, rindunya dia dengan sahabatnya itu.

"Sebab tulah aku tak nak bagitahu kau, San. Kalau aku bagitahu awal-awal, tak dapatlah aku tengok reaksi kau tadi." Gibran gembira apabila persahabatan mereka bertiga kini dapat disambung semula setelah sekian lama terpisah.

"Kau pergi mana, Aidan? Habis SPM je terus menghilang. Puas aku dengan Gib cari kau dekat media sosial tapi kau langsung tak aktif. Kau bawa diri ke apa? Kau ada terasa dengan kitaorang ke?" Ihsan menyoal. Benar, dia dan Gibran sama-sama terkejut apabila Aidan tiba-tiba sahaja menghilang.

"Mana ada aku terasa dengan korang. Aku saja nak menyepi dari media sosial. Keluarga aku kena pindah ke Johor masa tu, sebab tulah aku menghilangkan diri kejap. Aku ada cuba cari balik media sosial korang tapi kau tahulah aku ni kan? Manalah aku nak ingat username korang.

𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘Where stories live. Discover now