‧₊˚🖇️✩ : 35

446 55 3
                                    

SUDAH masuk hari ketiga Ihsan menetap di rumah Hajah Rahayu dan hari ini merupakan hari yang terakhir Ihsan berada di rumah wanita itu sebelum berangkat pulang. Ketika ini, dia sedang sibuk menolong Hajah Rahayu membersihkan daun-daun kering yang berselerakan di halaman rumah.

"Ihsan, tak payahlah susah-susah sapu daun-daun tu semua. Kamu tu tetamu opah. Pergilah naik atas berehat. Nanti kamu nak kena drive pula." Hajah Rahayu naik segan pula apabila lelaki itu sentiasa rajin tangan untuk menolongnya membuat kerja-kerja di rumah.

Ada sahaja benda yang ingin ditolongnya.

"Ala, tak apalah, opah. Sikit je ni. Lagipun jasa opah dekat Ihsan sepanjang Ihsan tinggal dekat sini lagi besar nilainya. Biarlah Ihsan tolong apa yang mampu," balas Ihsan sambil tangannya lincah menyapu serta mengalihkan daun-daun kering ke satu tempat.

Hajah Rahayu menggeleng kepalanya. Apa yang dilarangnya langsung tak diendahkan oleh Ihsan. Dalam diam, dia sebenarnya terharu melihat apa yang dilakukan oleh lelaki itu. Walaupun Ihsan itu merupakan lelaki yang berpangkat besar dan berharta, namun lelaki itu langsung tidak kekok untuk membuat kerja-kerja yang biasa dilakukan oleh orang kampung.

Langsung tiada riak geli atau jijik di wajahnya, seperti sudah terbiasa dengan kerja-kerja di kampung. Syukurlah masih ada golongan bangsawan yang mempunyai sikap rendah diri seperti lelaki muda itu. Dia yakin didikan yang diberikan oleh kedua ibu bapa Ihsan juga pasti tidak kurang hebatnya sehingga mampu melahirkan anak yang baik perilakunya terhadap orang tua.

"Haah, opah. Lina pun ada. Lina boleh tolong abang Ihsan sapu daun-daun ni semua." Halina mencelah perbualan dua manusia itu.

"Lina ni, tak pernah-pernah rajin nak tolong opah. Tiba-tiba je hari ni rajin nak tolong sapu sampah. Ada apa-apalah tu," teka Hajah Rahayu.

Setahu Hajah Rahayu, Halina sudah berusia 20 tahun. Memandangkan kedua ibu bapanya baru sahaja beberapa hari berangkat ke tanah suci Mekah, jadi rumahnya sentiasa menjadi tempat Halina berkunjung untuk mencari makanan.

Lagipun, mereka sudah berpuluh tahun hidup sebagai jiran. Jadi, dibiarkan sahaja gadis itu keluar masuk rumahnya.

"Opah ni, Lina ikhlas tau nak tolong sapu sampah. Sampai hati opah cakap macam tu." Halina memuncungkan bibirnya. Walaupun begitu, tangannya tetap bergerak menyapu sampah.

Hajah Rahayu hanya perhatikan sahaja gerak geri gadis itu. Bukannya dia tidak tahu niat sebenar Halina datang membantunya. Apa-apa sahajalah Halina, yang penting gadis itu tidak membuat kacau di rumahnya.

"Abang Ihsan ni hensemlah. Mesti ramai awek nak try abang kan? Yelah, dahlah hensem, kaya, baik, rajin pula tu. Ish, untung betul siapa yang dapat abang ni." Halina mendekati tubuh Ihsan, cuba untuk berborak dengan lelaki itu.

Namun, Ihsan tidak membalas sebaliknya hanya tersengih sambil menggaru belakang kepalanya.

"Kalau Lina nak jadi girlfriend abang boleh tak? Biar terbeliak mata kawan-kawan Lina bila tengok Lina ada boyfriend yang berjaya macam abang ni." Bagai hilang rasa malu dalam diri, selamba Halina berkata sedemikian.

Falia yang sedari tadi memerhati perbualan dua manusia dari tingkap rumah itu terus mencemikkan muka melihat kegedikan Halina.

'Dasar ulat bulu, pantang nampak lelaki terus menggeletis,' kutuk Falia dalam hatinya. Kemudian, dia menyambung semula memerhatikan gelagat dua manusia itu.

"Lina, Lina tu muda lagi. Jauh lagi perjalanan Lina. Habiskan belajar dulu lepas tu baru fikir pasal boyfriend. Nanti bila Lina dah besar sikit, mesti Lina akan jumpa lelaki yang lagi baik daripada abang." Ihsan cuba menolak permintaan gadis itu tanpa mengguris perasaannya.

𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘Where stories live. Discover now