‧₊˚🖇️✩ : 33

817 87 5
                                    

"TUAN, rasanya kalau kita guna idea yang Encik Hadi bentangkan tadi pun okey. Lagipun saya yakin, mesti ramai pengunjung resort yang suka bila ada tarikan yang istimewa dekat resort ni," cadang salah seorang pekerja di dalam bilik mesyuarat itu.

"Okey, kalau semua setuju dengan idea Encik Hadi, kita guna idea tu tapi tolong inform dekat saya dulu aktiviti-aktiviti yang nak dijalankan. Saya tak nak aktiviti yang pelik-pelik ya? Nanti apa pula orang luar cakap.

"Lagi satu saya nak tanya ni, siapa yang jaga bahagian media sosial ya? Kenapa posting dekat Facebook dengan Instagram makin berkurang? Ada apa-apa masalah ke?" tanya Ihsan sambil memandang setiap wajah yang berada di dalam bilik mesyuarat tersebut.

Baru sahaja dia selesai menghadiri mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah pada sebelah pagi, kini dia terpaksa pula menghadiri mesyuarat bersama para pekerja di salah sebuah resort miliknya yang terletak di cawangan Melaka.

Ini pun short notice meeting.

Ikutkan hati dia hanya mahu melawat kawasan resort tanpa mengadakan sebarang mesyuarat, namun rasa rugi pula jika kedatangannya tidak membawa apa-apa makna.

Dah alang-alang dia di Melaka, sekali harung jelah.

"Maaf, tuan. Nanti saya semak semula dengan team saya."

"Lepas ni, tolong take note ya? Kalau boleh, banyakkan lagi posting dekat Facebook dengan Instagram sebab kita nak tarik audience daripada dua platform ni juga. Saya tahu ramai pengguna lebih aktif dekat TikTok, tapi jangan abaikan dua platform tu. Biar balance semua.

"Nanti bincang sama-sama dengan team marketing. Apa-apa promosi, jangan lupa update dekat website juga. Kalau perlukan apa-apa bantuan dari segi idea atau infografik, bincang dengan team marketing atau graphic designer sekali," beritahu Ihsan kepada pekerjanya.

"Baik, tuan."

"Muaz, setakat ni ada apa-apa problem ke dekat resort? Any complain from guest?" Kali ini, Ihsan beralih arah pula ke bahagian kanannya menghadap Pengurus Besar di resort tersebut.

"So far so good. Rata-rata pengunjung semua bagi feedback yang okey cuma kadang-kadang kita ada juga terima complaint yang makanan dekat kafe tak berapa menarik. Selain tu, ada juga guest pernah complaint pasal attitude staff," jawab Muaz kepada bosnya.

Ihsan mengangguk tanda mengerti.

"Tak apa, apa-apa complaint daripada pengunjung, kita kena terima dengan hati yang terbuka. Kalau menu yang dihidangkan kurang menarik, inform dekat cef yang bertugas. Make sure main dish yang dimasak tak berulang setiap hari. Paling penting, sentiasa utamakan kebersihan. Faham?

"Soal attitude staff tu, I'm sure you can handle this, right? Kalau masih lagi berdegil dan tak nak ubah sikap, bagi je warning letter. Saya amanahkan awak untuk pantau segala keadaan dekat resort ni. Apa-apa masalah yang berlaku, cuba selesaikan dulu secara baik." Panjang lebar pesanan yang disampaikan oleh Ihsan.

Muaz mengangguk sambil mencatat beberapa perkara yang disebut untuk diberi perhatian.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, sampai sini jelah mesyuarat kita hari ni. Terima kasih semua yang sudi hadirkan diri."

Kemudian, masing-masing bersurai setelah mesyuarat selesai dijalankan.

"Bos nak stay sini ke atau balik terus? Kalau nak stay, nanti saya suruh staf siapkan bilik untuk bos," tanya Muaz apabila majikannya sudah berura-ura untuk keluar dari bilik tersebut.

𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘Where stories live. Discover now