ACARA sukan tahunan sekolah berlangsung dengan sangat meriah. Dari jauh lagi matanya sudah tercari-cari kelibat seseorang. Siapa lagi yang dicari kalau bukan lelaki pujaannya, Endra Haqimi? Memandangkan lelaki itu merupakan atlet harapan sekolah, jadi kebanyakan acara sukan khususnya acara balapan pasti akan dibolot olehnya pada hari sukan sekolah.
"Weh, kau tengoklah Endra tu. Hensemnya. Untung betullah siapa yang jadi girlfriend dia. Bukan setakat muka je hensem, aktif dalam sukan pula tu." Falia mencuri dengar perbualan seseorang yang berada tidak jauh daripadanya.
Dalam diam dia bersetuju dengan kata-kata manusia itu.
"Ra, kau tak cemburu ke tengok semua perempuan usya ex boyfriend kau tu?" Kali ini, perbualan dari arah kiri Falia pula mencuri perhatiannya. Dia mula memasang telinga bagi mendengar isi perbualan yang dirasakan menarik itu.
"Mestilah cemburu tapi aku boleh buat apa? Endra tu atlet favourite semua orang kot, memang sah-sahlah semua perempuan ambil kesempatan waktu macam ni," jawab seorang gadis kepada rakannya.
"Kau tak nak get back dengan Endra ke? Sayang betullah kau break up dengan dia. Endra tu hensem gila kot. Dahlah rupa ada, pandai pun pandai, atlet harapan sekolah pula tu. Memang full package lah, Ra." Kali ini, suara gadis lain pula yang menjawab.
Falia mencuri pandang tiga manusia itu dari jauh.
Apa yang lebih menarik perhatiannya ketika ini, dia dapat lihat dengan jelas gadis yang dianggap sebagai bekas teman wanita kepada Endra.
Dia cukup kenal gadis itu, malah satu sekolah turut mengenalinya. Maklumlah, anak kepada pengerusi PIBG sekolah. Siapa je tak kenal? Satu-satunya manusia yang paling berlagak di sekolah kerana merasakan dia mempunyai kuasa hanya disebabkan ibu bapanya merupakan penyumbang terbesar dalam persatuan antara ibu bapa dan guru itu.
Falia akui gadis itu sememangnya cantik, namun disebabkan sikapnya yang agak menjengkelkan membuatkan dia tidak suka dengan gadis itu.
"Entahlah, malaslah aku nak fikir. Lagipun, Endra yang minta putus. Aku ni tak cantik agaknya, sebab tulah dia tinggalkan aku." Aira sengaja berkata sedemikian untuk meraih simpati daripada rakan-rakannya.
Falia mencebikkan bibir dari jauh.
Sengaja nak minta orang puji lah tu.
"Ya Allah, kau cakap apa ni Aira? Gila ke tak cantik? Kalau tak cantik, tak ada maknanya semua lelaki tergila-gilakan kau. Hari-hari ada je orang nak mengurat kau. Endra tu je yang buta." Safa membalas semula kata-kata Aira. Sebagai kawan baik Aira, haruslah dia memuji gadis itu.
"Betul cakap Safa tu, Aira. Kau tu dah cukup cantik dah. Kau tunggu jelah nanti, mesti menyesal punya si Endra tu sebab dah tinggalkan kau." Kali ini giliran Qairina pula bersuara. Dia menyokong setiap kata-kata rakannya.
Falia yang hanya mendengar dari jauh perbualan mereka bertiga terus memusingkan semula kepalanya ke hadapan.
Walaupun dia turut sama menyukai Endra dalam diam, namun dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan. Cukuplah dia perhatikan lelaki itu dari jauh. Itu pun sudah membuatkan dia gembira.
Botol mineral yang masih lagi sejuk dipegamg dengan kedua-dua belah tangannya. Entah mengapa, dia belum buka pun lagi air mineral yang dibeli olehnya itu. Mungkin tekaknya belum berasa dahaga ketika ini.
Tiba-tiba suasana di sekelilingnya mula riuh. Falia hairan.
Ada apa-apa yang berlaku ke?
YOU ARE READING
𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘
РомантикаPrinsip wanita itu satu sahaja. Dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana dunia percintaan, berkahwin apatah lagi. Hidup ini sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika hidup tanpa pasangan. Kan lagi seronok hidup bebas tanpa perlu bergantung pada sesia...