ELYANA tersenyum lebar melihat gelagat pasangannya yang nampak begitu gembira ketika ini. Dari tadi lagi dia lihat wajah Aidan yang tak lekang dari senyuman di bibir. Mereka berdua kini berada di pusat membeli-belah untuk membeli barang-barang hantaran yang akan digunakan selepas berkahwin nanti.
Walaupun tempoh persiapan perkahwinan mereka hanya singkat sahaja, namun Elyana tidak kisah. Memandangkan dia dan Aidan sudah bersetuju untuk meminimumkan sebanyak mungkin bajet majlis perkahwinan mereka, jadi tidak perlulah mereka terlalu fokus untuk berbelanja besar.
"Thank you sayang sebab belikan I PS5 ni. Dahlah ni latest model. Cantik betul," ucap Aidan kepada buah hatinya.
Benar, gadis itu telah memilih untuk menghadiahkan set konsol permainan video PlayStation 5 sebagai salah satu barang hantaran yang akan diberikan kepada pihak pengantin lelaki.
Memandangkan lelaki itu gemar menghabiskan masa dengan permainan video, jadi tak salah kan jika dia mengeluarkan sedikit duit untuk menggembirakan Aidan?
"Sama-sama. I tahu you dah lama nak beli PS5 tu kan? Cuma you sayang sangat dengan PS4 you tu."
Aidan sengih.
"Mestilah I sayang PS4 tu, dah berapa tahun I pakai tau. Walaupun kadang-kadang suka buat hal tapi still boleh guna lagi." Aidan membalas kata-kata Elyana.
Elyana mencebik.
"I dengan PS4 you tu, mana lagi you sayang?" Sengaja dia memerangkap Aidan dengan soalan itu.
"Mestilah dua-dua I sayang, sayang," jawab Aidan, lebih kepada mengambil langkah selamat.
"Satu je," desak Elyana. Matanya sudah mencerlung tajam ke arah Aidan. Beranilah lelaki itu memilih PS4 daripada dirinya? Memang dia ambil balik PS5 yang baru dia beli tu!
"Mestilah you, sayang. You kan satu je dalam dunia ni."
Baru sahaja Elyana mahu mengucapkan rasa bahagianya dek kerana kata-kata manis yang keluar dari mulut lelaki itu, Aidan terus menyambung bicaranya.
"Hmm...tapi PS4 I tu pun limited edition juga. Yelah, tu kan model lama. Mana ada dah orang jual sama macam model I tu," sambung Aidan sambil memerhatikan reaksi Elyana.
Wajah Elyana terus berubah masam. Cis, tak sangka dia kalah dengan permainan video! Memang nak kena ambil balik ni PS5 yang dia belikan tu!
Aidan ketawa besar melihat reaksi buah hatinya. Dia bukannya benar-benar maksudkan pun apa yang dia kata tentang PS4 tu, saja nak mengusik buah hati.
"I bergurau jelah. Kalau I kena pilih antara you dengan semua game-game I dekat rumah tu, of course lah I pilih you. You lagi special tau!" Aidan cuba mengambil semula hati gadis itu. Dah buat orang merajuk, kenalah pandai pujuk kan?
Elyana memukul perlahan bahu Aidan.
"Dahlah, malas nak layan you. Sekarang ni, lebih baik kita fikirkan apa lagi yang nak dibeli ni. Memandangkan belah you nak hantar lima, I kena balas tujuhlah kan? Jom kita masuk Parkson, I nak tengok barang apa lagi yang boleh dibeli," ajak Elyana sambil matanya masih lagi khusyuk melihat paparan Google untuk mendapatkan idea yang lebih menarik.
"Oh by the way, you jangan lupa tau lusa kita kena pergi Pejabat Agama Islam. Make sure you double check balik semua borang-borang yang nak dihantar tu," pesan Elyana.
"Ya, sayang. I ingat. Berapa kali dah you remind I ni? I dah prepare siap-siap dah dokumen tu semua. You jangan risaulah," balas Aidan.
YOU ARE READING
𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘
RomancePrinsip wanita itu satu sahaja. Dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana dunia percintaan, berkahwin apatah lagi. Hidup ini sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika hidup tanpa pasangan. Kan lagi seronok hidup bebas tanpa perlu bergantung pada sesia...