‧₊˚🖇️✩ : 38

410 57 7
                                    

p/s: bab kali ni panjang sikit, over 4k. so, mana yang kena tolong mak tu pergi tolong dulu nanti baru sambung baca tau hahaha enjoy!

SESEKALI wajahnya menekur memandang ke arah lantai jubin porselin yang dirasakan lebih menarik perhatiannya ketika ini. Bibir bawahnya digigit sedikit, cuba menghilangkan rasa gemuruh yang bertandang dalam hatinya. Tidak lupa juga, sebaris senyuman turut dihadiahkan kepada beberapa manusia yang sedang memandangnya saat ini.

Bukan apa, first impression itu kan penting? Sekurang-kurangnya dia tidak dianggap sombong.

"Nama apa?" soal Puan Hasmah ringkas.

"Falia Inara, mak cik. Panggil Falia je," jawab Falia kepada Puan Hasmah. Walaupun riak wajahnya nampak tenang, namun dalam hatinya Tuhan sahajalah yang tahu betapa gugupnya dia rasa ketika ini. Rasa nak lari je sekarang.

"Oh, sedap nama Falia. Gibran ni tak pernah bagitahu pak cik pun yang dia ada kawan perempuan. Selama ni bila pak cik tanya, tak pernah pula dia buka cerita. Dah lama ke kawan dengan Gibran?" Kali ini, giliran bapa Gibran, Encik Razak pula menyoal dengan ramah.

Falia hanya tersenyum janggal mendengarkan jawapan Encik Razak.

Mengapalah dia bersetuju untuk berjumpa dengan kedua ibu bapa Gibran? Bukannya dia ada hubungan istimewa dengan Gibran pun. Tengok, tak pasal-pasal dia kena interview dengan ibu bapa Gibran pula.

"Tak adalah lama mana, pak cik. Baru tahun ni je saya kenal Gibran," balas Falia semula.

"Falia pandai masak? Pandai kemas rumah?" Tiba-tiba soalan tersebut terpacul keluar dari mulut Puan Hasmah. Malas dia mahu membuang masa, lebih baik ditanya secara depan-depan. Bukan apa, terkejut juga dia mula-mula apabila anak lelakinya membawa gadis yang bernama Falia itu ke rumahnya.

Melihatkan penampilan gadis itu yang dianggap kurang sopan pun sudah membuatkan dia hilang minat dengan pilihan anaknya. Walaupun baju yang dipakai tidaklah begitu mencolok mata, namun dia tetap kurang suka. Lebih-lebih lagi gadis itu tidak bertudung.

Langsung tiada dalam ciri-ciri pilihan menantu yang dicari buat anak lelakinya. Namun, itu hanyalah penilaian dari mata kasarnya. Masih terlalu awal untuk dia menghakimi dan menilai gadis itu.

Falia dan Gibran kini berbalas pandangan.

Aduh, belum apa-apa lagi dia sudah dihentam dengan soalan sebegitu.

"Errr... pandai tu taklah sangat, mak cik tapi setakat sikit-sikit tu bolehlah," jawab Falia sambil cuba menghantar isyarat mata kepada Gibran supaya menolongnya berhadapan dengan Puan Hasmah.

"Umi, apa tanya macam tu? Segan Falia dibuatnya," tutur Gibran seraya memandang wajah uminya. Tak sangka pula dia bahawa uminya akan menyoal siasat gadis itu secara terang-terangan. Kesian pula dia lihat wajah Falia yang sudah mula pucat akibat disoal sebegitu.

"Apa? Umi tanya je kan? Takkan itu pun salah? Umi kenalah kenal-kenal dengan gadis pilihan anak umi ni." Puan Hasmah membela dirinya. Rasanya apa yang disoal sebentar tadi bukanlah soalan luar biasa pun. Dia tanya soalan mudah sahaja.

Lagipun setelah mendengar jawapan yang keluar dari mulut gadis itu sebentar tadi, rasanya dia sudah boleh agak jenis perempuan yang dibawa oleh anak lelakinya itu.

"Tak apalah, Falia. Biasalah tu. Umi Gibran ni pun, masa mula-mula kahwin dengan pak cik dulu pun tak pandai masak juga. Sekarang ni, sebut je nak makan apa. Semuanya dia boleh masakkan."

"Lagipun, Gibran kan ada? Lepas kahwin nanti, suruh je si Gibran ni masakkan apa-apa untuk Falia. Apa guna dapat suami yang kerja sebagai cef kalau tak boleh masakkan untuk isteri. Betul tak?" balas Encik Razak, cuba mempertahankan gadis yang merupakan teman istimewa anaknya itu.

𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘Where stories live. Discover now