‧₊˚🖇️✩ : 08

537 68 2
                                    

BAS ronda-ronda KL yang dinaiki oleh Falia dan Elyana bergerak melintasi beberapa bangunan yang terletak di Kuala Lumpur. Ihsan yang berada di sebelah Falia hanya memerhati gelagat Falia. Dia tidaklah begitu teruja sebagaimana Falia dan Elyana rasa. Mungkin kerana dia sudah biasa melihat dan mengunjungi tempat-tempat yang didatangi oleh pelancong asing.

"Fal, seronoknya duduk atas bas ni. Boleh nampak semua view tau. Kenapa aku tak pernah tahu pun dekat KL ada bas macam ni?" Elyana menyoal rakan baiknya.

"Kau kan busy kerja je. Mana ada masa nak explore tempat-tempat menarik dekat KL ni," jawab Falia.

"Encik Ihsan, terima kasih tau sebab bawa kitaorang jalan-jalan KL. Lepas ni bolehlah jadi tour guide kitaorang lagi," ucap Elyana kepada Ihsan.

"Just call me Ihsan. Tak payahlah nak berencik-encik. Ini baru sikit tau I bawa. Ada banyak lagi tempat yang you guys belum pergi." Ihsan membalas.

Elyana terus mengeluarkan telefonnya kemudian membuka media sosialnya. Pemandangan cantik macam ni kenalah hantar dekat Instagram story!

Falia pula sedang ralit melihat pemandangan di sekelilingnya. Banyak betul bangunan pencakar langit yang dibina. Walaupun Kuala Lumpur ini sentiasa dibanjiri dengan kereta dan manusia, dia tetap tidak dapat menafikan bahawa tempat ini memang banyak keunikannya.

Falia meletakkan tangan di atas permukaan dahi untuk menutup sedikit wajahnya. Cuaca hari ini boleh tahan panas juga. Bahangnya terasa. Dia pula terlupa untuk membawa topi atau sunglasses bagi melindungi wajahnya daripada bahang matahari.

"Nah, pakailah shades I. You ada pakai sunscreen tak? Takut sunburn muka you nanti." Ihsan memberikan kaca mata hitam miliknya kepada Falia. Dia rasa kasihan pula melihat Falia yang sedang menahan kepanasan itu.

"It's okay. Tak payahlah susah-susah. I boleh tahan pakai tangan je." Falia menolak dengan cara yang baik. Dia tidak mahu menyusahkan orang lain.

"Mood I tengah baik tau. Baik you ambil sekarang. Bukan senang I nak offer dekat orang." Setelah Ihsan berkata sedemikian, Falia dengan berat hatinya terus memakai kaca mata hitam milik Ihsan. Dia tidak mahu merosakkan mood lelaki itu.

"Thanks," ringkas Falia berkata. Dalam diam dia sebenarnya terharu dengan tindakan Ihsan.

"So what did you do for a living?" Ihsan tiba-tiba menyoal.

"I have my own business. I ada butik baju dekat area Damansara."

"I see. Hebatlah juga you ni. Ingatkan kerja you stalk orang je. Yelah, you kan pagi petang siang malam asyik kacau I je. Apa motif you pun I tak tahulah." Ihsan memerli Falia di hadapannya.

"Ihsan please, don't start. Mulut you ni boleh tahan juga kan? Tak tahulah macam mana tunang you boleh pilih you. Dia tak tahu ke another side of you ni?" Falia hairan. Memang dengan semua perempuan ke Ihsan layan sebegini? Tapi rasanya dengan Elyana tadi Ihsan layan baik je.

"She loves me and I love her. Itu dah lebih daripada cukup. I tak rasa you akan faham sebab you pernah bercinta ke? I don't think so." Ihsan memerli lagi Falia. Falia menahan geramnya. Dahlah tengah panas terik tambah pula lagi dengan mulut lancang Ihsan ni.

"Jangan yakin sangat yang Aira tu betul-betul ikhlas cintakan you. Ya, memang I tak pernah bercinta. I lebih relalah membujang sampai ke tua daripada berjumpa dengan lelaki macam you ni." Falia membalas semula. Geramnya dia! Falia benar-benar rasa tertekan sekarang. Mengapa semua orang memandang rendah kepadanya? Tak mati pun lah kalau hidup bujang sampai tua!

𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘Where stories live. Discover now