‧₊˚🖇️✩ : 27

584 64 11
                                    

PENSEL mekanikal berwarna biru cair yang berada di tangan kanannya dipusingkan berkali-kali di atas meja. Memandangkan dia sudah siapkan kerja yang diberi, jadi dia berasa sangat bosan ketika ini. Sebenarnya jauh di sudut hatinya, dia masih teringatkan peristiwa di padang sekolah tempoh hari.

Apa yang lebih mengejutkannya, hari ini dia terpaksa pula bersemuka dengan Aira di dalam sebuah bilik serbaguna memandangkan kelasnya dan juga kelas Aira terpaksa bergabung atas faktor tertentu.

"Fal, kau dah siap ke kerja yang cikgu bagi tu?" Salah seorang rakan sekelas yang duduk berhadapan dengannya mula memecahkan kesunyian.

"Dah, kenapa?"

"Cam biasalah weh, bagilah aku tengok jawapan kau. Susah gila soalan nombor 4 dengan 5 tu. Aku tak retilah nak buat." Gadis itu memandang wajah Falia dengan penuh harapan, berharap agar Falia mengasihani dirinya.

"Weh, aku nak juga. Aku nak tengok soalan nombor 5 je. Kau kan pandai subjek ni Falia, sharelah jawapan dengan kitaorang. Tak baik tau kedekut ilmu." Kali ini suara daripada gadis lain pula mencelah.

Pensel mekanikalnya diletakkan sekejap di atas meja.

Puih, tak baik kedekut ilmu konon. Nak tiru tu cakap jelah. Banyak pula alasan.

Pun begitu, Falia tetap menghulurkan buku latihannya kepada dua manusia yang berada di hadapannya. Lagipun, bukan kali pertama rakan-rakan sekelasnya meminta jawapan daripadanya. Dia sudah lali dengan sikap manusia di dalam kelasnya. Mereka hanya akan mencari dirinya apabila mahu meminta jawapan.

Mentang-mentanglah dia selalu skor dalam beberapa subjek, semudah itu sahaja dirinya dipergunakan. Namun disebabkan sudah terbiasa, dia hanya biarkan sahaja. Malaslah mahu membesarkan hal itu, bukannya dia rugi apa pun kalau berkongsi jawapan. Janji kerjanya siap.

"Yeay, thank you Falia. Kau memang terbaiklah." Setelah itu, keadaan kembali senyap apabila masing-masing khusyuk menghadam jawapan yang ditulis di buku latihan Falia.

Tiba-tiba bahu Falia dicuit dari belakang, pantas dia menolehkan kepalanya menghadap si pelaku yang mencuit bahunya.

"Fal, aku dengar cerita hari tu Endra tegur kau dekat padang. Betul ke weh? Aduh, ruginya aku tak ada masa tu. Ni semua Cikgu Lina punya pasal lah, tiba-tiba panggil aku suruh tengokkan budak-budak kawad tu. Macamlah diaorang tak boleh jaga diri sendiri."

Walaupun pemilik suara bercakap dengan nada perlahan, namun tetap kedengaran di telinga Falia. Nasib baik suaranya perlahan, kalau tidak pasti heboh satu kelas apabila peristiwa itu dibangkitkan semula. 

Amni Raudhah, satu-satunya rakan sekelas yang rapat dan sudi berkawan dengannya. Walaupun gadis itu mempunyai ramai lagi sahabat yang lain, namun apabila di dalam kelas mereka berdua sentiasa melekat.

"Mesti heboh kan cerita ni sampai kau sendiri boleh dengar dari mulut orang lain. Haih, Endra ni memang sengaja nak malukan aku betullah," rungut Falia. Tubuhnya juga dipusing sedikit ke belakang apabila topik itu menarik perhatiannya.

"Ala, tak ada pun Fal. Biasalah, benda-benda macam ni memang laju je jadi bahan gosip orang. Kau buat tak tahu jelah dengan mulut orang. Lagipun Endra tegur je bukannya dia buat apa pun. Apalah yang orang lain pelik sangat tengok kau bercakap dengan Endra." Amni cuba membela rakannya.

"Aku sebenarnya tak kisah sangat pasal hal tu, apa yang aku kisahkan sekarang ni...Aira tu. Kau tahu tak, masa Endra tegur aku tu, Aira dengan kawan-kawan dia ada je dekat sebelah aku. Mahu tak panas dia tengok ex boyfriend dia tegur aku?" Terbeliak mata Amni mendengar cerita gadis itu. Fuh, betul-betul drama ni.

𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘Where stories live. Discover now