TUALA kecil yang berada di sekeliling lehernya diambil lalu dia mengelap peluh yang mula menitik. Penat rasanya mahu mengejar buah hati yang dari tadi asyik melarikan diri daripadanya. Dia sudah menerangkan situasi yang berlaku namun buah hatinya tetap tidak percaya dengan kata-katanya. Perempuan ni memang kuat cemburu betul kan?
"You, dahlah tu. I penat tau kejar you," kata Aidan setelah berhenti di sesuatu tempat. Nasib baik buah hatinya juga turut berhenti sama. Kalau tidak, pasti dirinya pulang berseorangan nanti.
"Pergilah borak dengan akak baju hijau tadi tu! Buat apa cari I lagi?" Elyana menjeling Aidan.
"You ni, I kan dah explain tadi. Akak tu cuma tanya tandas dekat mana. Itu je. Takkan itu pun you nak cemburu?" Aidan menggelengkan kepalanya. Elyana masih tidak berpuas hati. Aidan ni kan bukannya nak pujuk! Menyampahnya!
"Punyalah ramai orang yang jogging, kenapa you juga yang dia nak tanya? Macamlah you sorang je yang ada dekat taman ni." Elyana menjawab. Bukannya dia tidak perasan cara pandangan yang ditunjukkan oleh wanita berbaju hijau yang cuba mengurat Aidan sebentar tadi.
"Manalah I tahu. Dah dia tegur I, takkan I tak nak tolong kan? Nanti orang ingat I sombong pula." Aidan tertawa kecil. Orang lain yang tegur, dirinya juga yang dipersalahkan? Haih, nasib baik dia sayang dengan buah hatinya ini.
"Yelah, orang lain punya perasaan you ambil kisah kan? I punya perasaan ni you tak kisah pun." Elyana masih berdegil. Dia tidak mahu mengalah. Aidan mengeluh. Jika dibiarkan berlanjutan, memang parah dibuatnya.
"Okey-okey, I minta maaf. Salah I, okey? Lepas ni kalau ada sesiapa tegur I, I ignore je semua. I layan you sorang je." Aidan tidak berputus asa memujuk Elyana. Buah hati punya pasal, kita layankan aje.
"Yelah tu. Bukannya boleh percaya sangat you ni. You cakap macam tu sebab nak sedapkan hati I je kan?"
"Mana ada. I seriuslah. Dahlah tu, tak payahlah merajuk lama-lama. Kalau you merajuk lagi, nampaknya tak bolehlah i belanja you aiskrim. Jimat duit I," gurau Aidan. Saja dia mahu mengusik Elyana.
Elyana terus mencubit lengan Aidan. Menjerit kecil Aidan dibuatnya.
"Aduh! Sakitlah sayang!" Aidan mengusap lengannya yang baru sahaja dicubit oleh Elyana.
"Padan muka! Siapa suruh ugut tak nak belanja I aiskrim tadi?" Pening kepala Aidan melayan kerenah Elyana ini.
'Ingatkan tengah merajuk tak nak makan apa-apa. Rupanya tak dapat aiskrim pun boleh merajuk?' bisik Aidan dalam hatinya.
"Okey-okey, you nak aiskrim apa pun I belikan. Yang penting, you dah tak marahkan I lagi." Elyana tersenyum mendengar kata-kata Aidan. Cara pujukan yang ni barulah berkesan! Setakat pujuk dengan mulut je buat apa?
"Tengok tu, lepas I dah offer aiskrim hilang terus muka masam you." Elyana tersengih. Sebenarnya dia bukan marah sangat pun dengan Aidan. Saja dia mahu pura-pura merajuk. Rasa seronok bila tengok Aidan gigih memujuk dirinya.
"Oh by the way kan sayang, Falia sekarang macam mana? Dah jumpa partner ke belum?" Aidan tiba-tiba menyoal tentang Falia. Agak-agaknya gadis itu sudah berpunya ke belum? Sudah beberapa minggu dia tidak berjumpa dengan Falia. Biasanya kalau dia keluar berdua dengan Elyana, pasti Falia akan ikut sama.
"Hmm, macam tulah dia. Masih lagi dengan keras kepala dia tu. Berbuih mulut I ni nasihatkan dia tapi you tahulah kan Fal tu macam mana? Abang Hud punya nasihat pun dia tak makan saman apatah lagi dengan I ni. I recommend dia pergi blind date pun dia tak nak," terang Elyana. Dia sudah penat menasihati rakannya itu.
"Tak apalah. Mungkin dia belum bersedia lagi nak bercinta. Lagipun, dia tak pernah ada pengalaman bercinta kan? Tak apa, kita bagi masa dekat dia. Lambat-laun mesti hati dia terbuka juga untuk terima seseorang dalam hidup dia," ujar Aidan. Dia tahu tidak mudah untuk Falia menerima seseorang, namun dia yakin rakannya itu pasti akan berkahwin juga suatu hari nanti.
YOU ARE READING
𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘
Roman d'amourPrinsip wanita itu satu sahaja. Dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana dunia percintaan, berkahwin apatah lagi. Hidup ini sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika hidup tanpa pasangan. Kan lagi seronok hidup bebas tanpa perlu bergantung pada sesia...