‧₊˚🖇️✩ : 29

569 68 6
                                    

PEJAM celik, pejam celik sudah tinggal kurang lagi seminggu sahaja lagi sebelum dua hati yang saling mencintai itu disatukan dalam sebuah majlis. Berbulan-bulan persiapan yang dilakukan untuk memastikan majlis itu berjalan dengan lancar. Semakin hampir tarikh perkahwinan, semakin berdebar yang dirasakan.

"Fal, nanti biskut ni semua kau masukkan dalam plastik lepas tu kau stapler eh. Dah siap nanti susun je dekat tepi, nanti aku letak dalam kotak," arah Elyana kepada sahabatnya.

Falia mengangguk. Arahan yang mudah itu akan disiapkan olehnya dengan kadar segera.

Sebagai sahabat yang paling rapat, sudah tentu dia juga akan sibuk dalam tempoh yang terdekat ini. Mana tak sibuk, kawan baik sendiri yang nak kahwin. Sudah tentulah dia perlu datang menghulurkan bantuan bagi pihak pengantian perempuan.

Kebiasaannya, kalau hari sudah lewat malam, Falia akan memilih untuk bermalam sahaja di rumah keluarga Elyana memandangkan keluarga gadis itu pun sudah menganggap dirinya seperti anak mereka.

Inilah nasib yang perlu Falia tanggung setelah kehilangan kedua ibu bapanya. Mana-mana ibu bapa yang sudi menerima kehadirannya, pasti dia tidak akan melepaskan peluang untuk menumpang kasih.

"Gibran, nanti lepas dah siap cucuk brownies tu guna stick, you tolong Falia packing biskut pula eh. Boleh?" Arahan daripada Elyana itu dibalas dengan anggukan kepala daripada Gibran.

Dia juga turut sama datang menghulurkan bantuan memandangkan hari ini dia tidak sesibuk hari yang lain. Lagipun urusan di restorannya sudah diserahkan kepada Zil dan beberapa staf yang lain. Namun jika ada masa terluang, dia juga akan datang untuk memeriksa keadaan di restoran.

"Okey, no problem." Ringkas sahaja jawapan yang diberikan Gibran sambil tangannya ligat menyusun kek brownies yang telah siap dicucuk ke dalam sebuah dulang.

Menarik juga barang-barang doorgift yang dipilih oleh gadis itu, fikirnya. Rasanya lebih mudah kalau diberi hadiah makanan berbanding barang-barang yang belum tentu dipakai. Buat membazir duit je kalau kita penat-penat pilih barang lepas tu si penerima tak guna dan simpan buat jadi habuk. Kalau bagi makanan, sekurang-kurangnya tak adalah membazir. Betul tak?

Sambil sibuk memasukkan biskut ke dalam plastik, mata Falia dari jauh memerhati setiap perbuatan lelaki itu.

'Boleh tahan kemas juga hasil kerja Gibran,' gumamnya dalam diam.

Setelah puas memandang Gibran dari jauh, pandangannya dialihkan dan kini matanya mula melilau mencari tubuh yang dinanti-nantikan sejak dia sampai di rumah Elyana tadi.

Pandangannya turut diluaskan ke sekeliling rumah. Kemudian, kepalanya dijengah sedikit ke arah tingkap melihat jikalau ada kereta yang baru tiba di rumah sahabatnya itu.

Tanpa sedar, perbuatan Falia itu mencuri tumpuan Gibran.

"Cari siapa tu?" tanya Gibran.

"Ha?" Falia tersentak apabila perbuatannya diperhatikan oleh seseorang.

"You cari siapa?" Gibran mengulang semula soalannya.

Falia menggeleng.

"M—mana ada cari sesiapa. I saja tengok-tengok orang dalam rumah ni. Kot-kot ada saudara-mara Ly yang baru sampai ke." Cepat-cepat Falia memberikan alasan.

Aduh, macam mana Gibran boleh perasan pula ni? Rasanya baru sahaja sekejap tadi dia perhati lelaki itu sedang khusyuk menyusun potongan kek brownies.

"Dia tak datang pun. Dia hantar anak buah dia pergi klinik, demam katanya," beritahu Gibran kepada Falia. Rasanya dia tahu siapa manusia yang dicari-cari oleh gadis itu.

𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘Where stories live. Discover now