Nurin Afyra seorang mahasiswa yang berumur 24 tahun sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Master. Hidup remajanya hanya dipenuhi memori yang sakit untuk diingatkan membuatkan dia menjadi seorang yang sangat menyayangi diri nya berbanding orang lain. Katakan dia selfish tapi dia buat semua itu untuk kebaikan dirinya sendiri. Tujuan utama adalah untuk melindungi diri dari tersakiti oleh manusia. Umur awal 20-an nya hanya dipenuhi dengan belajar dan belajar. Lelaki? Itu trauma buatnya. Hatinya telah tertutup rapat sejak dia ditipu oleh bekas kekasihnya di usia remaja. Mungkin nampak dia lemah kerana menjadi takut sebabkan cinta monyet. Tapi hanya Afyra yang tau betapa banyak kekuatan yang dia perlukan untuk bangkit semula selepas dia memberi sepenuh kasih sayang dan kepercayaan terhadap 'lelaki' itu. Semenjak itu, Afyra takut untuk membuka pintu hatinya untuk mana-mana lelaki kerana risau jika dia perlu mencari lagi kekuatan untuk bangkit lagi."Oi, termenung apa tu?!" terjah Faziera yang merupakan kawan baik Afyra dari semenjak zaman Degree hinggalah menyambung Master bersama-sama.
"Ish kau ni. Tak reti bagi salam ke? Naya aku kena heart attack, kau nak tanggung?" marah Afyra apabila lamunannya terganggu.
"Ala kau ni, relax la. Kena heart attack, aku call la ambulance. Hehe. Kenapa stress sangat? Exam lambat lagi" jawab Faziera sambil menyedut air di depannya.
"Entah la. Pening sangat kod baca research-research paper ni sampai aku dah tak faham apa aku baca" rungut Afyra.
Master sedikit berbeza dengan Degree bagi Afyra. Tak boleh banyak enjoy kalau tak nak apa yang diusahakannya itu sia-sia. Ini juga menyebabkan Afyra banyak menghabiskan masa hanya di universiti. Kalau cuti atau tiada kelas, Afyra terus membawa diri balik ke rumah mak ayah nya di Melaka. Begitu la rutin harian Afyra, kalau tak ke kelas, dia akan duduk di rumah sahaja meluangkan masa bersama keluarganya.
"Minggu ni kau balik ke fyra?" soal Faziera. Bukan dia tak tahu sikap kawannya. Semenjak Master lagi la pemalas untuk keluar enjoy.
"Tak kod. Hari Jumaat ni aku nak jumpa Dr.Aisyah. Ahad ada conference pula. Tak larat la nak balik. Next week kod baru balik" jawab Afyra sambil mengeluh. Packed sungguh jadualnya minggu itu.
"Ha bagus la tu. Sabtu keluar jom? Aku nak cari baju. Hariz ajak aku pergi wedding kawan dia next week."
"Yang kahwin kan kawan hariz, kenapa kau pula yang cari baju. Kau ke yang nak kahwin?" jawab Afyra sambil mata masih fokus terhadap bahan bacaannya.
"Eish kau ni. Nak pergi wedding orang. Kena la pakai lawa-lawa. Lagipun aku dah lama tak keluar dengan Hariz, so alang-alang menyeluk pekasam, ha dating la terus. Hehe"
Faziera dan Hariz sudah 3 tahun bercinta dan sudah mengikat tali pertunangan setahun yang lepas. Lama tak jumpa kerana Hariz bekerja offshore. Biasalah bila kerja offshore, 6 bulan di laut kemudian baru dapat cuti lama. Faziera sudah sangat memahami kerja tunang nya itu.
****
Afyra menutup pintu keretanya dan terus berlari untuk ke dewan conference. Dia sudah berjanji dengan supervisornya untuk sampai di dewan pukul 1 petang tapi disebabkan kesesakan lalu lintas, pukul 1.30 petang baru Afyra sampai di tempat parkir universitinya itu.
"Ah sudah lambat. Habis la kena bebel dengan Dr.Aisyah. Tapi takpe la lambat 30 minit je, paling paling sekarang tengah mukadimah." Afyra menyedapkan hati sambil mengerling ke arah jamnya.
Conference berlangsung selama 3 jam. Tamat sahaja conference, Afyra terus meminta izin dari supervisornya untuk pulang. Penat dia menadah telinga mendengar, tapi demi kejayaannya dia sanggup melakukan apa sahaja.
YOU ARE READING
Places to Your Heart
Romance"I hope we will meet again if destiny let us" Mampukah mereka mengekalkan kebahagiaan yang dibina?