Hari ini Afyra ke Reliant Sdn Bhd kerana ada hal yang perlu dibincangkan dengan Tengku Elias. Selesai berbincang, dia membawa diri ke pejabat milik Tengku Afreen. Pintu pejabat Tengku Afreen diketuk. Kata pembantunya, Tengku Afreen ada saja di pejabat.
"Come in" mata masih ralit membaca dokumen di depannya.
"Wow busynya Tengku Afreen" Afyra bersuara lalu pintu pejabat ditutup perlahan. Kaki melangkah ke arah meja kerja Tengku Afreen.
"Eh Fyra. Tak cakap pun nak datang" Muka Tengku Afreen terus bercahaya melihat Afyra. Sudah semestinya dia suka. Tak sangka Afyra sanggup mencemar duli untuk singgah ke pejabatnya.
"Saya jumpa Papa tadi ada hal nak bincang. Tu singgah sini sekejap. Saya nak ajak awak lunch. Kacau ke?"
"Eh taklah. Awak duduk dulu. Saya siapkan kerja kejap. Sikit je lagi"
Afyra terus mengambil tempat di sofa yang tersedia dalam bilik Tengku Afreen itu. Tengku Afreen pula sudah berbunga-bunga diajak makan bersama. Selalunya dia saja yang mengajak Afyra. Adakah cintanya mula terbalas?
****
"Kenapa awak tiba-tiba ajak saya lunch hari ni?" tanya Tengku Afreen. Muka Afyra yang sedang makan itu ditenung sekejap.
"Saja. Alang-alang saya kat sini. Kenapa? Dah tak sudi nak lunch dengan saya ke?" Afyra membuat muka.
"Terlebih dari sudi. Any time, I will make myself free for you" Tengku Afreen cuba memujuk semula. Afyra hanya tersenyum. Tak tahu nak jawab apa. Memang Tengku Afreen sentiasa ada di sisinya sebagai kawan. Sebab itu dia selesa dengan Tengku Afreen.
Sepanjang makan, mereka berdua banyak berborak tentang FitIn memandangkan Tengku Afreen juga kadang-kadang datang menguruskan syarikat itu jadi sedikit sebanyak dia tahu tentang segala perkembangan dan masalah syarikat milik Afyra itu.
"Hari tu best tak awak pergi Paris? Ada orang kacau awak?" Sejak balik dari Paris, Tengku Afreen belum sempat lagi bertanya tentang aktiviti Afyra di sana sebab dia sendiri sibuk menguruskan Reliant Sdn Bhd. Sekejap ke selatan sekejap ke timur.
"Best. Saya pergi balik semua tempat yang saya pergi dengan Aidan dulu" Afyra tersenyum ketika bercerita.
Automatik Tengku Afreen juga tersenyum. Dia sedar Afyra masih merindukan abangnya.
Afyra menceritakan semua yang dia lakukan sepanjang di Paris. Beriya-iya dia bercerita, Tengku Afreen pula teruja mendengarnya. Semua tempat dan makanan yang dia cuba, dia ceritakan.
Mereka menghabiskan makanan yang dipesan selepas habis berborak. Hanya bunyi laga sudu dan pinggan yang menghiasi suasana.
Sampailah Afyra memecah suara untuk menanyakan soalan.
"Afreen.."
"Ya?"
"Aidan betul-betul dah takde kan?" Afyra menyoal sambil tangan meletakkan sudu garfu di tepi. Dia memandang tepat ke arah Tengku Afreen seperti mengharapkan sesuatu.
Tengku Afreen pula sudah kerut dahi mendengar soalan Afyra. Sudah setahun lebih sejak pemergian Tengku Aidan, Afyra juga sudah terima hakikat tapi kenapa tiba-tiba dia tanya begitu
"Kenapa awak tanya macam tu?"
Muka Tengku Afreen seolah-olah memberi jawapan 'ya Aidan dah takde' membuatkan Afyra mengangkat semula sudu dan garfu untuk meneruskan makan. Apalah yang dia harapkan ketika bertanya begitu.
Afyra cuma menggeleng.
"Afyra, tell me. I know you're hiding something" Tengku Afreen bertegas.
"Masa kat Paris saya jumpa orang serupa macam Aidan. Tapi dia bukan Aidan. Dia tak kenal saya pun" jawab Afyra lemah. Tipu kalau dia kata dia tak pernah berharap orang itu ialah Tengku Aidan tapi dia tak mahu berharap. Dia takut dia sendiri akan kecewa.
YOU ARE READING
Places to Your Heart
Romance"I hope we will meet again if destiny let us" Mampukah mereka mengekalkan kebahagiaan yang dibina?