Part 6

535 28 0
                                    




Tiba di bumi Paris, sebuah kereta Range Rover hitam menyambut mereka. Qaid memandu dengan sebelahnya Faziera. Faziera yang ingin menghormati Tengku Aidan, sukarela untuk duduk depan. Afyra pula yang rasa awkward duduk belakang dengan Tengku Aidan. Afyra fokus memandang ke luar tingkap. Inilah pertama kali dia berada di Paris.

Mereka tiba di hotel Saint James Paris. Hotel bertaraf 5 star itu sangat cantik. Reka bentuk seperti rumah agam zaman dahulu. Hiasan luar hotel dipenuhi dengan bunga-bunga yang cantik. Menaikkan seri hotel itu.

Afyra dan Faziera sudah sangat teruja melihat hotel itu. Selesai urusan mengambil kad bilik, Tengku Aidan dan Qaid menghantar dahulu Afyra dan Faziera ke bilik. Tiba di depan bilik mereka..

"Rest first. Tonight I will pick you up." Ringkas saja pesanan Tengku Aidan.

"Tapi saya takde baju nak keluar" ucap Afyra takut-takut. Kenyataannya dia datang sehelai sepinggang.

"Just get in. Everything is ready as i said Miss Afyra" Tengku Aidan terus mengatur langkah ke biliknya lepas memberitahu Afyra dia telah menyediakan semuanya.

Faziera yang teruja dengar apa yang diberitahu Tengku Aidan cepat-cepat masuk ke bilik walhal itu semua untuk Afyra.

Tercengang Afyra dan Faziera usai membuka almari yang terdapat dalam bilik itu. Almari itu penuh baju-baju berjenama yang cantik yang sudah tentu mahal. Di bawah terdapat beberapa pasang kasut berjenama. Beralih ke meja solek, lengkap skincare berjenama La Mer dan set make up dari pelbagai jenama mahal. Afyra sudah pening kepala. Terlampau banyak yang Tengku Aidan habiskan untuk dirinya.

"Aku rasa nak balik lah Fa" rungut Afyra. Mula rasa serba salah dan rasa tidak layak dilayan sebegitu.

"Eish kau ni. Kesian Tengku Aidan dah sediakan macam-macam, kau nak balik pula" marah Farieza

"Macam mana kalau sampai kesudah, hati aku tak terbuka untuk dia. Tak ke membazir semua ni. Dia patut spend on someone who loves him" Afyra cuma takut suatu hari Tengku Aidan akan menyesal dengan segala usahanya kalau Afyra masih tidak dapat membuka hati.

"Belum cuba belum tahu fyra. Doa la supaya Allah bukakan hati kau. Cuma Allah yang dapat menjentik hati kau. Aku rasa Tengku Aidan tu ikhlas. Tapi korang ada 2 places lagi kan, so chill la. Enjoy je" jawab Faziera sebelum melangkah pergi menyusun barang-barangnya.

'Macam mana nak chill, aku diselubungi rasa serba salah je ni" bicara hati Afyra.

****

Selepas selesai solat maghrib, Afyra dan Faziera sudah bersiap-siap untuk keluar. Afyra mengenakan dress putih cotton kembang dengan tudung shawl berwarna dark blue. Tengku Aidan seperti tahu-tahu taste nya.

"Kita nak pergi mana?" soal Faziera terhadap Qaid.

"Makan" Ringkas sahaja jawapan Qaid.

Afyra dan Tengku Aidan masih diam membisu.

Tiba di tempat makan, mereka mengambil tempat. Saja Tengku Aidan membiarkan malam itu mereka semua makan bersama. Dia tahu pasti saja Afyra awkward dengannya. Untuk malam itu, biarlah Afyra selesa dahulu.

Tersenyum Tengku Aidan melihat Afyra dan Faziera yang saling bertukar-tukar makanan. Bergurau senda yang kadang Qaid mencelah membuatkan suasana ketika itu sangat tidak canggung.

"Tengku Aidan dah lama ke suka fyra?" soal Faziera melihat Tengku Aidan hanya diam memerhati mereka semua bergelak tawa.

Afyra sudah tersedak mendengar soalan Faziera. Cepat-cepat dia menyiku kawannya itu. Apa pula tanya soalan macam tu.

"Not so long. Well, I can say love at first sight" Jawab Tengku Aidan sambil memandang Afyra.

Afyra yang sudah malu cepat-cepat meneguk air. Faziera dan Qaid sudah tersenyum-senyum melihat pasangan itu.

****

Selepas makan malam, mereka berjalan-jalan di bandar Paris itu. Afyra dan Faziera bergilir-gilir menangkap gambar buat kenangan. Yelah, bila masa lagi mereka akan mendapat peluang ke luar negara. Baik mereka manfaatkan.

"Fa, kau ada tukar duit? Aku baru teringat aku takde tukar duit" soal Afyra

"Kenapa? Kau nak beli apa?"

"Ice Cream. Kedai tu rasa nya muslim friendly. Nampak sedap pula" jawab Afyra sambil buat muka kesian teringinkan icecream.

"Jom!" Tiba-tiba lengan baju Afyra ditarik lembut oleh Tengku Aidan. Terkejut Afyra dengan tindakan lelaki itu.

"Nak flavour apa?" soal Tengku Aidan.

"Strawberry. Tapi nak 2 boleh ke? Dengan chocolate" Jawab Afyra sambil menyengih. Hanya mereka berdua di situ. Faziera dan Qaid masih sibuk menangkap gambar.

Tengku Aidan hanya melihat Afyra yang menikmati ice creamnya itu.

"Datang jauh-jauh. Ice cream juga yang diminta" perli Tengku Aidan sambil memerhati.

"Alaa, dah perut saya terasa nak makan ice cream. Nak buat macam mana."

Tengku Aidan hanya senyum memerhati Afyra menikmati aiskrim.

"Tengku Aidan, kat sini kat money changer? Saya tak tukar duit lagi." sambung Afyra. Dia risau kerana langsung tiada duit Euro di dalam dompetnya. In case dia nak beli apa-apa souvenir buat keluarganya, senanglah kalau dah tukar duit.

"Call me Aidan and if you have anything to buy just tell me" terang Tengku Aidan. Dia tidak mahu Afyra mengeluarkan walau sesen sepanjang usaha dia merebut hati gadis itu.

"Tak boleh la macam tu. Nanti serba salah saya menggunung. Okay la nanti saya list apa yang saya beli guna duit awak, balik Malaysia saya bayar balik. Boleh?" cadang Afyra. Betapa dia tak ingin menyusahkan lelaki itu.

Tengku Aidan hanya tersenyum melihat Afyra yang sedaya upaya tidak ingin menyusahkannya. Apa lah sangat duit baginya. Harta keluarga Tengku Aidan 7 keturunan tidak akan habis.

"Tak payah bayar balik pun saya tak kisah Afyra"

"Tapi saya kisah"

"Then bayarlah guna hati instead of bagi saya duit" saja Tengku Aidan mencuba nasib.

Afyra terus terkaku mendengarnya. Nak jawab apa ni..

"Faaa, kau panggil aku eh?" Afyra terus bangun dan pergi ke arah Faziera membuatkan Tengku Aidan tergelak. Nak tukar topik letew!

****

Penat berjalan-jalan, balik sahaja Afyra dan Faziera membersihkan diri dan terus masuk tidur. Terasa penatnya perjalanan jauh dari Malaysia ke Paris.

Sambung pula mereka berjalan-jalan tadi. Makin bergandalah penatnya.

'Aidan. Aidan. Aidan' nama itu meniti di hati Afyra. Dia mula merasakan keikhlasan Tengku Aidan. Namun bila teringatkan traumanya, terus dia tepis segala perasaan suka itu. Terus dia lelapkan mata sebelum dibuai mimpi.

Places to Your HeartWhere stories live. Discover now