Part 60

930 31 1
                                    

Seperti yang dipersetujui, Afyra berpantang di rumah Tengku Rozita selepas Puan Riani berbincang dengan Tengku Rozita. Katanya ingin beri peluang pada Tengku Rozita untuk jaga Afyra dan Tengku Airis Nailah memandangkan ini cucu pertama mereka. Puan Riani pula sudah mempunyai pengalaman menjaga Angah berpantang dahulu.

"Fyra ada nak makan apa-apa tak? Tapi lauk pantang jelah boleh." tanya Tengku Rozita yang diselitkan gurauan.

"Takde Ma. Apa Mama dengan Mak Pah masak semua Fyra makan je" jawab Afyra. Tidak mahu dia menyusahkan ibu mertuanya yang sudah menjaganya sepanjang tempoh berpantang.

"Betul ke ni? Kalau Sayang nak apa-apa, bagitau je. Abang carikan" Tengku Aidan pula menyoal.

Afyra mengangguk laju. Jujur dia tak rasa ingin makan apa-apa.

Malam itu selepas makan malam dan memastikan Tengku Airis Nailah tidur, Tengku Aidan membawa diri baring di sebelah isterinya. Masa untuk mereka berborak sebelum tidur. Itulah masa untuk mereka cakap dari hati ke hati.

"Sayang, thank you" Tengku Aidan mengusap lembut tangan Afyra yang bersandar padanya.

"Untuk?" saja Afyra menyoal walaupun dia tahu jawapannya.

"For everything. Sebab percayakan Abang masa Abang ajak kahwin, sanggup tunggu Abang walaupun takde jaminan Abang akan pulang and paling penting sekali sebab dah sanggup lahirkan zuriat comel untuk Abang."

Afyra terus menatap wajah suaminya. Yang dia rasakan kini ialah ketenangan mendengar luahan lelaki itu.

"Cantikkan takdir yang Allah susun untuk kita." hanya itu yang mampu diucapkan Afyra memikirkan betapa indah jalan cerita hidupnya sejak bertemu Tengku Aidan walaupun ada sedikit kesedihan di tengahnya.

Tengku Aidan hanya mengangguk lalu menghadiahkan ciuman lembut pada dahi isterinya.

****

Selepas 5 bulan mereka akhirnya melakukan majlis Aqiqah untuk Tengku Airis Nailah. Masa yang tepat setelah Afyra betul-betul sihat. Majlis diadakan di rumah Encik Zahid memandangkan Afyra sudah menghabiskan pantang di rumah Tengku Elias. Majlis diadakan kecil-kecilan namun cukup meriah dengan ahli keluarga dan orang kampung.

"Hi my baby Airis" Tengku Aleena mengangkat Tengku Airis Nailah yang sedang bermain di atas sofa. Beberapa kucupan diberikan di pipi comel Tengku Airis Nailah.

Tengku Airis Nailah comel berpakaian dress kembang berwarna putih dan dikenakan dengan headband yang terdapat reben.

"Nak dukung Airis pula" Tengku Afreen meminta pada kakaknya. Dari tadi dia tunggu untuk mendukung anak buahnya itu.

Tengku Aleena saja mengelak dengan memalingkan badan untuk menyorokkan Tengku Airis Nailah.

"Baklah kak. Dari tadi kau je. Bagilah aku pegang pula" marah Tengku Afreen.

"Tak boleh werkk."

"Alaa kau kan dah nak kahwin. Nanti kau buatlah anak sendiri. Bagi aku main dengan Airis kejap" sambung Tengku Afreen.

Lagi 5 bulan Tengku Aleena bakal mendirikan rumah tangga. Akhirnya Tengku Aleena membuka hatinya untuk jejaka berdarah kacukan Melayu Thailand yang dia jumpa ketika membuat lawatan perniagaan di Thailand. Tak sangka lelaki itu berjaya mencuri hatinya.

"Hish sibuk je"

Terpaksalah Tengku Aleena akur lalu menyerahkan Tengku Airis Nailah kepada Tengku Afreen. Tengku Aidan dan Afyra pula sudah tergelak melihat mereka berdua yang bergaduh untuk mendukung anak mereka.

Tak lama kemudian Megat Dhafir, Faziera, Megat Daris dan Mika tiba.

"Comelnya Airis" seperti yang lain, Mika tidak menyembunyikan rasa terujanya melihat bayi comel itu. Seperti Megat Daris, Tengku Airis Nailah juga pemurah dengan senyuman.

Places to Your HeartWhere stories live. Discover now