Part 5

571 29 0
                                    


3 minggu berlalu semenjak pertemuan Afyra dan Tengku Aidan. Pelik juga Afyra kenapa Tengku Aidan masih belum menuntut peluangnya itu. Mungkin busy mungkin juga dah jumpa calon lain. Fuh selamat tuan badan.

Cuti semester sudah bermula. Sehari selepas bertemu Tengku Aidan, Afyra terus gerak ke Melaka. Faziera juga balik ke rumahnya.

Namun di tengah-tengah cutinya itu, Faziera mengajak Afyra pulang ke rumah sewa mereka. Entah kenapa, tapi Afyra ikutkan sahaja. Kesian untuk membiarkan Faziera berseorangan.

*Phone Notification*

Afyra yang sedang leka menonton k-drama terganggu mendengar panggilan yang masuk. Rupanya panggilan dari Tengku Aidan. Afyra berkira-kira untuk mengangkatnya, tapi tangan lagi laju menekan tombol hijau di skrin telefon.

"Assalamualaikum. I want to claim my first place. Are you free?" Tiada mukadimah, terus straight to the point menyatakan niat. Mungkin dia sedar Afyra tidak suka mukadimah.

"Waalaikumsalam. Now? Free je kenapa?" tanya Afyra. Faziera tiada di rumah. Dari pagi sudah keluar. Nampak batang hidung pun tidak.

"Then get ready. I pick you up"

"Cuba la nak ajak dating tu bagitahu sehari awal. Saya ni pantang tau orang ajak last minute ni. Jangan pelik kalau saya takde mood nanti" marah Afyra. Afyra ini pelik sedikit. Dia perlu ambil masa untuk mencari mood untuk keluar.

Tergelak Tengku Aidan mendengar Afyra membebel.

"I give you one hour. Is that enough princess?"

Terkedu Afyra mendengar Tengku Aidan memanggilnya princess. Cepat-cepat dia menepuk pipi untuk tidak blushing.

"Yelah-yelah. Tapi awak tahu ke rumah saya kat mana?" Yelah ikutkan dia tak pernah memberitahu dimana rumah sewanya itu.

"I know. I know every single thing about you princess. Just get ready" Jawab Tengku Aidan sebelum mematikan panggilan.

Terkejut Afyra melihat panggilan dimatikan begitu sahaja.

"Wah mamat ni, macam tu je matikan." Afyra membebel sendiri sebelum bergerak ke biliknya untuk membersihkan diri.

****

Seusai mandi dan solat asar, Afyra mengenakan skirt floral dengan kemeja beige. Shawl dililit dengan kemas. Itu lah fashion Afyra selalunya. Dia jenis feminine jika nak dibandingkan Faziera yang selalu mengenakan outfit yang boyish.

Flat shoe berwarna beige disarung dan handbag kecil di letak rapi di atas bahu. Sesudah memastikan pintu dikunci, Afyra turun menggunakan lift dari apartment rumah sewanya itu. Keluar sahaja lift, dia sudah nampak Tengku Aidan yang memakai kemeja putih dengan kaca mata hitam sedang bersandar pada kereta Range Rover hitam miliknya itu.

Tengku Aidan yang menyedari Afyra sedang berjalan ke arahnya mula tergamam melihat gadis itu. Sangat cantik walaupun simple

"Dah habis tenung ke?" perli Afyra melihat Tengku Aidan yang tidak berhenti melihatnya.

"Kalau belum, boleh sambung tenung ke?"

"Pervert!" jawab Afyra sambil menghadiahkan jelingan tajam ke arah Tengku Aidan.

Tengku Aidan cuma senyum dan membuka pintu kereta buat Afyra.

****

"Kita nak pergi mana?" soal Afyra. Dia masih tidak tahu ke mana Tengku Aidan ingin membawanya.

Places to Your HeartWhere stories live. Discover now