Tamat sahaja cuti semester, Afyra terus berangkat ke rumah sewanya. Faziera sudah semestinya disana kerana dia balik awal-awal pagi."Afyra jaga diri elok-elok tau. Apa-apa call mak dengan ayah" tegas Puan Riani. Risau dia melihat anak perempuannya itu selalu kehulu-kehilir berseorangan.
"Baik mak ayah. Adik gerak dulu. Mak dengan ayah pun kalau ada apa-apa call adik terus tau!!" eh eh dia pula nasihatkan mak ayahnya. Tergelak kecil Encik Zahid dan Puan Riani melihat anak bongsunya itu.
Bukan mereka tidak tahu yang Afyra hanya ceria bila bersama keluarga dan kawan baiknya, Faziera itu sahaja. Bila berjumpa orang lain terus menjadi pendiam seperti tiada perasaan. Apa yang berlaku terhadap anaknya itu mungkin dipandang remeh oleh orang, tapi siapa sangka bila melibatkan hati dan perasaan, ia mampu mengubah manusia 360 darjah.
****
"Haih penatnya,isnin nak kena jumpa Dr.Fuad. Penatlah nak dengar dia bebel." keluh Faziera. Nasibnya mendapat supervisornya sangat cerewet.
"Alaa sikit je lagi, lagi beberapa bulan kita dah merdeka dah" ucap Afyra untuk menenangkan kawannya. Betullah, lagi beberapa bulan mereka akan menghabiskan master mereka jika mereka berjaya mempertahankan research mereka ketika viva.
"Kau takpe lah, ada Dr.Aisyah. Dr.Aisyah tu lembut je" bebel Farieza tanda tak puas hati.
Afyra cuma tergelak. Nak buat apa, dah nak habis dah pun. Hadap jelah Dr.Fuad tu sampai habis semester.
Keesokan paginya
*Call Notification*
"Assalamualaikum Miss Afyra, may i take you to the second place. Are you free?" again tiada mukadimah dari Tengku Aidan.
"Waalaikumsalam. Free tu free. Tapi tempat dekat-dekat jelah tau. Esok saya ada class" Risau Afyra jika Tengku Aidan membawanya ke luar negara lagi.
"One hour. I will pick you up!" arahan lalu dimatikan panggilan itu.
'Wahhh macam tu je!!.' Geram Afyra lalu terus bergerak ke arah almarinya. Tidak tahu ingin pakai baju apa. Dia malas bersiap hari itu jadi dia cuma mengenakan seluar baggy bersama sweatshirt berwarna kelabu. Tudung shawl dililit dan kasut sneaker disarung.
Turun sahaja di lobi, terus Afyra rasa ingin patah balik naik atas kerana Tengku Aidan memakai kemeja kelabu sama sepertinya.
Baru merancang untuk patah balik, Tengku Aidan laju menegur..
"Nak pergi mana?"
"Saya nak tukar baju jap. Sempat tak?" dijawab dengan senyuman kelat.
Tengku Aidan yang melihat bajunya dan baju Afyra terus tergelak.
"Does that matter princess? I'm sorry tapi tak sempat. Kita kena cepat" laju tangan Tengku Aidan membuka pintu untuk Afyra. Afyra terus pasrah dan masuk ke dalam kereta dengan muka masam.
'Haih kenapalah pakai baju sama. Kang orang ingat aku dengan dia pasangan pula" keluh Afyra sambil memandang ke luar tingkap.
"Biarlah apa orang nak cakap" tiba-tiba ya sangat tiba-tiba keluar dari mulut Tengku Aidan. Dia ni boleh baca fikiran orang ke apa.
****
Disebabkan geram pasal baju, Afyra terlupa untuk tanya kemana mereka ingin pergi untuk second place. Afyra sudah mula cuak bila dia nampak mereka sampai di KLIA.
'Ha mamat ni nak bawa aku pergi mana lagi. Aku ada class tau esok" bisik hati Afyra.
"Kita nak pergi mana Aidan? Esok saya ada class lah!" keras sahaja intonasi Afyra.
YOU ARE READING
Places to Your Heart
Romance"I hope we will meet again if destiny let us" Mampukah mereka mengekalkan kebahagiaan yang dibina?