Part 58

476 23 1
                                    


"Arghh!"

Afyra yang masih memejamkan mata terus membuka mata selepas mendengar suara seorang lelaki yang menjerit kesakitan.

Bukan dia yang kena tikam, namun orang lain. Dirinya masih selamat. Begitu juga anaknya. Langsung tiada tikaman di badannya. Membuatkan nafas Afyra semakin sesak walaupun dia telah terselamat.

Yang berada didepannya sekarang ialah Luth.

Luth yang mulai jatuh ke atas jalan dengan perut yang telah ditikam dengan pisau. Dina pula sudah mulai rasa takut seakan baru tersedar akan tindakannya. Tangannya penuh dengan darah yang terkeluar dari perut Luth.

"Luth!!!" Afyra terus tunduk ke arah Luth yang mulai longlai.

"Luth! Awak kena bertahan. Kita pergi hospital ya" Afyra menutup luka di perut Luth untuk menghentikan pendarahan. Air matanya semakin tak tertahan apabila melihat Luth yang semakin lemah dan darah mula terkeluar dari mulut Luth.

Tengku Aidan yang tadi berlari mendapatkan Afyra terus duduk di sampingnya.

"Abang.. Abang call ambulance abang. Kita kena selamatkan Luth" gesa Afyra. Luth tidak boleh tinggalkan dia. Bukan sekarang. Dia perlu selamatkan Luth.

Tengku Aidan terus menarik keluar telefonnya. Mika dan Megat Dhafir pula cepat menangkap Dina yang cuba melarikan diri.

"Aku tak bersalah. Bukan aku yang buat. Bukan aku. Bukan aku!!!" Dina menjerit-jerit seperti orang gila. Dia seakan-akan tidak sedar apa yang dia lakukan tadi. Tangannya tidak habis mencengkam rambutnya.

Bila melihat Dina yang semakin agresif, terpaksa Mika dan Megat Dhafir memegang Dina dan membawanya ke tempat lain sementara menunggu polis sampai.

"Luth.. awak bertahan sekejap je lagi. Awak jangan tidur" Afyra merayu-rayu pada Luth yang semakin pucat.

"Nu.. Nurin.. Terima kasih. Terima kasih sebab dah pernah hadir dalam hidup saya walau sekejap" belum sempat Luth menyambung cakap, tersembur lagi darah dari mulutnya.

"Shushhh.. Awak jangan cakap apa-apa Luth nanti awak makin lemah" Air mata Afyra sudah berjurai-jurai melihat Luth. Luluh hatinya melihat Luth yang berlumuran darah di sisinya itu.

"I'm so sorry for everything. Sampaikan maaf saya pada anak awak sebab tak sempat nak bagi hadiah pada dia sendiri ya Nurin" ucapan Luth seakan inilah kali terakhir mereka akan bersua.

Afyra menggeleng-geleng seperti tidak dapat menerima apa yang diucapkan Luth. Dia tak boleh kehilangan kawan sebaik Luth. Tengku Aidan pula dari tadi membuat panggilan. Lambat sungguh ambulance untuk sampai.

"Awak janganlah cakap macam ni. Awak kena jumpa anak saya"

Luth hanya tersenyum nipis dengan bibir yang dipenuhi darah.

"Abangg..tolong Luth. Tolong Luth!" Afyra menggesa suaminya pula. Dia semakin risau melihat mata Luth yang semakin lama semakin terpejam.

"Luth! Kau kena kuat. Sekejap je. Sabar sikit. Ambulance dah nak sampai" Tengku Aidan cuba untuk menahan Luth. Dia pasti tak lama lagi ambulance pasti tiba.

"Tolong jaga Nurin baik-baik." lagi sekali darah terkeluar dari mulut Luth.

Afyra pula sudah menangis teresak-esak.

Tengku Aidan seperti dapat merasakan apa yang Luth rasa apabila melihat Luth mengangguk ke arahnya.

Tengku Aidan mengucapkan dua kalimah syahadah di telinga Luth dan perlahan-lahan Luth mengikutinya walau tersekat-sekat. Tidak sempat Luth menghabiskan bacaannya, dia terus memejamkan mata buat selamanya.

Places to Your HeartWhere stories live. Discover now