Part 42

426 26 5
                                    




"Aaa.. Abang.." tangannya masih menghulur flyers tapi matanya tidak berkelip. Seperti mimpi, Tengku Aidan berada di depannya memakai coat panjang berwarna hitam dan rambut masih berwarna coklat cuma terdapat sedikit highlight berwarna light brown.

"Excuse me, miss?" lelaki itu seperti tercengang melihat reaksi Afyra.

"Aidan??" Afyra bertanya. Tangannya laju menarik lengan baju lelaki itu. Entah kenapa dia bertanya seolah-olah berharap lelaki didepannya ini suaminya. Suami yang dah tinggalkan dia setahun yang lalu.

"I'm sorry Miss. I think you mistook me for someone else." takut-takut lelaki itu bercakap. Jelas terpampang di muka lelaki itu dia langsung tidak mengenali Afyra.

"Carl, let's go!" ada suara asing memanggil lelaki misteri itu.

"Sorry Miss. I gotta go" terus lelaki itu menarik flyers dari tangan Afyra, tangan Afyra yang masih memegang lengan bajunya diturunkan perlahan dan berlalu pergi.

Afyra masih cuba untuk mencerna apa yang telah terjadi. Hidupnya seperti terberhenti seketika.

Afyra masih berdiri, melihat bayang-bayang lelaki itu meninggalkannya. Hilang saja lelaki itu dari pandangannya terus dia seperti tersedar. Itu bukan suaminya. Suaminya sudah tiada setahun yang lepas.

Afyra jatuh tertunduk apabila ditampar oleh kenyataan. Kenyataan yang sudah setahun tapi masih lagi menyakitkannya. Dia tekup mulutnya dengan tangan menahan diri dari menangis.

"Abangg.. Fyra rindu.." tersedu-sedu Afyra di tengah-tengah alam. Orang yang lalu lalang diabaikan saja.

10 minit. Masa yang Afyra ambil untuk menguatkan kembali dirinya. Dia layankan saja perasaan sedih dan rindunya untuk selama 10 minit. Selepas itu, dia terus bangun, air mata yang membasahi pipi dilap. Nafasnya yang tidak teratur dibetulkan. Afyra menarik nafas dalam-dalam. Dia kena teruskan hidup. Dia perlu kuat.

Selepas rasa dirinya sudah tenang, Afyra keluar dari The Lourve. Sempat dia mencari makan tengahari sebelum terus balik ke hotel. Dia sudah hilang mood untuk berjalan.

"Carl.." nama itu meniti di mulut Afyra.

Afyra merenung ke luar tingkap yang menghadap bandar sibuk Paris. Entah jauh mana lamunannya pergi. Sampailah dia sendiri tersedar..

"Haish Afyra. Enough. Tu bukan Aidan" Afyra menepuk-nepuk lembut pipinya. Dia kena kembali ke realiti. Dia mungkin hanya jumpa pelanduk dua serupa yang mirip muka suaminya saja. Tak mustahil. Kat dunia ini ada 7 orang yang berupa sama.

Hatinya yang mula berharap ditepis jauh-jauh.

***

Hari kedua Afyra banyak berjalan-jalan di sekitar bandar Paris. Dia menangkap gambar semua tempat yang kelihatan cantik. Saja ingin jadikan kenangan dan inspirasi jika dia ingin mula melukis semula. Macam-macam tempat juga dia pergi. Sampai sakit kakinya.

Afyra pergi ke kafe kesukaan Tengku Aidan di Paris. Dia memesan cappucino sambil tangan ralit melihat balik gambar-gambar yang ditangkap tadi. Tak langsung, dapatlah dia rehatkan sekejap kakinya yang sudah penat berjalan.

"Miss, your coffee" pelayan kedai itu menghantar minumannya. Afyra mengangkat kepala lalu mengucapkan 'thanks' dengan senyuman manis.

Kamera diletakkan di atas meja.

Kini mata Afyra fokus melihat orang-orang yang berada di kafe itu. Melihat telatah orang yang sudah tentu asing baginya. Orang gelak dia pun tergelak. Sunyi sungguh hidupnya ketika itu. Sampailah matanya tertancap pada satu figura yang tidak berapa jauh darinya.

Carl

Mata Afyra fokus melihat lelaki itu yang sedang berborak. Ada beberapa kali lelaki itu tergelak. Membuatkan Afyra tersenyum. Indah sungguh senyuman lelaki itu. Sama seperti suaminya. Suami yang sudah tiada di dunia ini. Afyra hanya melihat dengan mata yang berkaca. Sungguh dia rindu suaminya tapi dia juga sedar lelaki itu bukan Tengku Aidan. Tapi bagilah dia lepaskan rindu dengan lihat lelaki itu dari jauh.

Places to Your HeartWhere stories live. Discover now