"Abang, pergi drive thru McD jom!" Afyra menggoncang-goncang lengan sasa suaminya. Jam menunjukkan pukul 12 malam, mereka masih belum tidur kerana Tengku Aidan sudah janji ingin temankan Afyra marathon K-Drama.
"Dah pukul 12 dah sayang" buang tebiat ke bini dia ni malam-malam ajak makan McD.
"Alaa, McD kan 24 hours. Jomlah Abang, kita drive thru je" Afyra mengelip-gelip mata ingin memujuk.
"Esoklah kita pergi. Ni dah malamlah sayang"
"Hm.. yelah" panjang muncung Afyra bila pujukan dia tak berjaya. Terus dia pusing badan menghadap tv semula. Merajuk.
"Sayang.."
Diam.
"Sayang..."
Jeda. Masih tiada sahutan.
"Sayangku Nurin Afyra..."
Diam juga. Sah merajuk.
"Alahai merajuk pula baby besar ni. Yelah-yelah jom pergi beli. Kang tak lena tidur pula baby besar Abang ni tak dapat makan McD" pujuk Tengku Aidan. Kan dah cakap mana mungkin Tengku Aidan mengabaikan permintaan isteri kesayangannya itu.
"Yeay jom. Jap Fyra pakai tudung" laju Afyra buka langkah ke biliknya untuk pakai tudung. Hilang terus merajuk
****
"Kenapa tak nak makan kat rumah je?" soal Tengku Aidan. Lepas drive thru tadi, Afyra ajak makan dalam kereta saja. Terus Tengku Aidan memarkir kereta di kawasan parkir Bukit Antarabangsa. Saja dia pergi ke situ kerana dari situ dapat lihat keindahan bandar Kuala Lumpur.
"Saja. Nak car date dengan Abang" jawab Afyra dengan mulut yang penuh dengan makanan.
"Abang nak rasa sikit?" Tengku Aidan cuba nasib untuk minta burger di tangan Afyra. Dia cuma makan aiskrim saja tadi. Tak rasa untuk makan berat.
"Tak oleh. Tadi Fyra suruh Abang beli Abang jual mahal. Sekarang jemputlah tengok Fyra makan ye" dah lah orang tengah lapar, nak kongsi pula. Dalam mimpi sajalah.
"Alaa sikitlah sayang.." Tengku Aidan cuba nasib lagi.
"Tak oleh"
Tengku Aidan cuba mengigit burger di tangan Afyra tapi cepat Afyra menjauhkan tangannya.
Selama beberapa saat mereka berdua seperti anjing dan kucing. Seorang tak putus asa nak minta burger seorang lagi tak putus asa menyelamatkan burgernya. Sampailah..
TOKTOK!
Cermin tingkap mereka diketuk. Tengku Aidan menurunkan sedikit tingkap untuk melihat siapa yang mengetuk.
"Encik dan Cik berdua ni bersekedudukan ke?" ucap seorang lelaki yang berusia setengah abad dengan di belakangnya ada 2 orang lelaki yang mungkin sebaya dengannya.
Tengku Aidan dan Afyra dua dua terus memandang satu sama lain.
****
Tengku Aidan keluar dari kereta meninggalkan Afyra berseorang dalam kereta. Afyra masih kekal makan. Tak salah buat apa nak takut.
"Saya minta maaf sangat-sangat Encik. Silap saya dah malukan Encik dan isteri. Tempat ini memang selalu jadi tempat anak muda membuat maksiat. Sebab itu kami selalu perhatikan tempat ini" lelaki yang mengetuk tingkap kereta mereka itu bersuara. Muka dah sangat serba salah kerana salah serang.
"Eh takpe takpe. Saya faham. Saya pun minta maaf. Saya minta diri dulu lah ya. Dah lewat ni" sempat Tengku Aidan berjabat tangan dengan 3 orang lelaki itu sebelum masuk ke dalam kereta.
YOU ARE READING
Places to Your Heart
Storie d'amore"I hope we will meet again if destiny let us" Mampukah mereka mengekalkan kebahagiaan yang dibina?