"Tengku, saya dah dapat information pasal Reza" itu perkara pertama yang Qaid laporkan selepas 3 hari mencari maklumat tentang lelaki yang menyerang Afyra itu.
"Go ahead"
"Reza Bin Zuhair. Berumur 25 tahun. Anak tunggal dan anak yatim piatu. Dia senior Cik Afyra dan Cik Faziera semasa degree. Lepas habis degree, dia dapat offer kerja di Perlis. Tapi baru-baru ni dia minta tukar cawangan. Sekarang dia kerja kat KL"
"Dia dah lama suka Cik Afyra dari zaman degree. Tapi Cik Afyra tak hiraukan dia. Boleh dikatakan dia macam obses dengan Cik Afyra. Dia selalu hubungi Cik Afyra dan kacau Cik Afyra kat semua platform social media" sambung Qaid.
"Cari cara supaya dia dipindahkan ke Perlis semula. Luar negara lagi bagus." arah Tengku Aidan. Risau dia apabila tahu Reza berada dekat dengan Afyra. Mungkin dia akan mengganggu Afyra lagi.
"Baik Tengku" Qaid berlalu pergi.
****
Selepas menangguh lama appointment dengan Auntie Tina, akhirnya Tengku Rozita, Tengku Aidan dan Afyra muncul di butik milik Auntie Tina. Tengku Rozita sudah memberitahu Afyra awal-awal untuk mencari contoh-contoh wedding dress yang dia mahu. Senang dijadikan reference oleh Auntie Tina nanti.
"Fyra dah jumpa contoh wedding dress yang Fyra nak?" tanya Tengku Rozita.
Serba salah Afyra ingin memberitahu apa yang diinginkan. Takut terlalu mahal. Ikutkan dia ada simpanan sendiri yang dia kumpul dari zaman belajar, jadi kalau terlalu mahal dia sanggup untuk keluarkan duit simpanannya sendiri. Macam yang Tengku Aidan katakan, kahwin hanya sekali. Dari zaman sekolah Afyra memang teringin untuk memakai wedding dress yang lawa-lawa.
"Ada ma, jap eh" jawab Afyra takut-takut sambil mengambil buku sketch dalam hand bagnya.
Afyra membuka helaian bukunya itu dan menunjukkan lukisan wedding dress yang dia lukis beberapa hari lepas. Tergamam Tengku Aidan, Tengku Rozita dan Auntie Tina melihat lukisan Afyra yang sangat cantik dan detail.
"Afyra memang pernah belajar pasal fashion ke?" tanya Auntie Tina yang sedang membelek lukisan Afyra.
"Eh tak la Auntie. Fyra belajar business je. Kenapa?"
"Details betul lukisan Fyra macam student fashion designer. Fyra nak kerja dengan Auntie tak? Pelawa Auntie Tina dengan penuh teruja.
"Eh kau ni Tina, aku suruh buatkan wedding dress untuk bakal menantu aku. Bukannya offer dia kerja tau" Tengku Rozita mencelah.
"Haha yelah mana tahu bakal menantu kau ni nak tukar passion. Masuk dunia fashion pula. Aku dengan tangan terbuka terima dia bekerja. Tapi Aidan dah tentu mampu nak tanggung Fyra kan buat apa Fyra nak kerja" balas Auntie Tina sambil mengusap bahu Afyra.
Afyra hanya tersenyum. Tengku Aidan pula memberi sepenuh kepercayaan pada Afyra untuk memilih pakaian untuknya.
****
Pejam celik pejam celik tinggal sebulan sahaja sebelum Afyra bakal disatukan dengan Tengku Aidan. Berdebar rasanya untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Mampukah dia menjadi isteri yang baik buat Tengku Aidan?
Kad undangan sudah diedarkan oleh kedua-dua belah keluarga. Keluarga Tengku Aidan dan Tengku Afyra sepakat untuk bergabung buat satu majlis sahaja di Kuala Lumpur. Keluarga Afyra hanya bersetuju kerana saudara-mara mereka juga ramai di Selangor dan Kuala Lumpur. Tak perlulah mereka pulang ke Melaka untuk perkahwinan Afyra nanti.
Afyra sudah berjaya menyelesaikan zaman masternya dengan cemerlang. Hanya perlu tunggu untuk graduation day nya sahaja. Mungkin dia akan pergi dengan ditemani suami tercinta kerana perkahwinan mereka 3 bulan sebelum Afyra graduate.
YOU ARE READING
Places to Your Heart
Romance"I hope we will meet again if destiny let us" Mampukah mereka mengekalkan kebahagiaan yang dibina?