Part 28

501 23 0
                                    


PAP!

"Woi, jalan tu mata pandang depanlah!" marah Megat Dhafir bila aiskrim berperisa chocolate mint mendarat di baju kemejanya. Sudahlah dia dah terlambat, baju pula kotor. Nasib malang sungguh hari ini.

"Ya Allah sorry Encik. Saya tak perasan. Maaf sangat-sangat" ucap Faziera serba salah. Dia terlalu leka melihat video kelakar di Tiktok sampai terlanggar orang.

"Mata letak kat mana? Lutut? Maaf maaf, senang je dah buat salah minta maaf" bebel Megat Dhafir lagi. Period ke dia ni.

"Saya dah minta maaf kan. Nak emosi sangat kenapa. Baju tu boleh je basuhkan. Ke rumah takde mesin basuh, meh lah sini saya basuhkan. Itu pun nak kecoh orang tua ni" marah Faziera semula. Pantang sungguh dia berhadapan orang yang biadab ini. Nak emosi tidak tentu pasal.

"Amboi mulut kau kan. Menjawab. Ingat baju aku murah-murah ke? Tak hingin aku basuh kat mesin basuh rumah kau, kang rosak baju mahal aku ni" Megat Dhafir membalas semula.

"Ha kalau tak nak baguslah. Selamat mesin basuh rumah saya dari basuh baju orang yang sombong bongkak macam Encik ni" Faziera masih tidak mengalah.

"Dahlah malas aku layan orang macam kau ni. Buang masa" Megat Dhafir terus angkat kaki meninggalkan Faziera dengan muka yang masam. 

Faziera yang sudah berseorangan itu tiba-tiba terfikir.

'Kenapa muka dia macam familiar eh? Hm mungkin salah seorang buaya darat yang pernah viral kat twitter kod' tebak Faziera.

****

"Congratulations Sayang, I'm so proud of you" ucap Tengku Aidan lalu dahi licin Afyra dikucup lembut. Seperti yang dijanjikan dia menemani isterinya ke hari graduasi Afyra. Tengku Aidan segak memakai kemeja berwarna biru cair sama seperti dress yang dipakai Afyra. Sejambak bunga Rose dihadiahkan pada isteri kesayangannya itu.

"Thank you Abang" Afyra tersenyum lalu mencium bunga Rose itu.

Sedang mereka leka berborak rupanya banyak mata yang memerhati mereka. Eh salah, bukan mereka tapi Tengku Aidan. Mata-mata gatal. Terus Afyra menarik leher Tengku Aidan untuk menutup muka suaminya. Yelah dia kan pendek terpaksalah tarik leher dahulu untuk menyamakan ketinggian.

"Kenapa Sayang?" soal Tengku Aidan pelik dengan tindakan isterinya.

"Ramai sangat perhatikan suami Fyra. So, I need to protect you at all cost" jawab Afyra dengan mata ralit menjeling semua orang yang memerhati suaminya. Konon macam secret agent. 

Terus tergelak Tengku Aidan mendengarnya. Cemburu rupanya isterinya. Tengku Aidan terus melepaskan dirinya dari pelukan ganas isterinya.

"Biarlah orang nak perhati." Tengku Aidan saja ingin mengusik isterinya.

Afyra terus membuat mata helang lalu tangan laju mengusutkan rambut Tengku Aidan.

"Lain kali jangan handsome sangat Encik Husband. Kang tak pasal-pasal saya dapat honey" Afyra memberi amaran.

"Honey manis what" Tengku Aidan menjawab sambil meraup kembali rambutnya yang dikusutkan oleh Afyra.

"Abangg!!" Afyra sudah marah. Madu-madu jangan bawa main ya.

"Gurau je. Tak kan lah Abang nak duakan isteri Abang yang cantik comel ni. Susah payah Abang usaha nak dapatkan dia dulu tau" Pipi Afyra dicubit manja.

"Haa tahu pun! Nasib sedar" mata Afyra menjeling suaminya.

Tiba-tiba Faziera muncul selepas selesai menangkap gambar dengan keluarganya.

Places to Your HeartWhere stories live. Discover now