*Phone Notification*
Selepas lama Afyra mengurung diri, Afyra mencapai telefon bimbitnya yang sudah lama dia abaikan sejak balik dari bertemu Luth.
15 calls from Tengku Aidan
5 chats from Tengku Aidan
'Tengku Aidan tahu ke apa yang jadi?' soal Afyra. Afyra terus membuka chat dari Tengku Aidan.
'Afyra are you okay?' mesej pertama dari Tengku Aidan.
'Just call me if you want someone to talk to. Don't keep it to yourself. I'm here whenever you need me"
'Saya dah minta Mama postpone appointment esok. I know you need time'
'You're stronger than you believe Afyra. Like how much I believe you're strong. You should believe yourself too.'
'Take care Nurin Afyra. Don't forget to eat. I already asked Qaid to send you foods'
Bergenang air mata Afyra membaca mesej ringkas dari Tengku Aidan. Tengku Aidan tidak memaksa dia terus untuk bercerita. Seperti tahu yang dia perlukan sekarang adalah masa.
Afyra keluar dari bilik untuk ke dapur. Haus sungguh dia selepas menangis teresak-esak tadi. Mata sudah tentu sembab.
"Fyra, kau okay tak ni? Tengku Aidan ada hantar makanan tadi. Dia hantar favourite food kau, Kuey Teow Goreng." ucap Faziera yang dari tadi risau melihat keadaan Afyra.
Afyra terus meluru ke arah dapur. Terdapat Kuey Teow Goreng di atas meja makan. Lagi sekali Tengku Aidan take note benda kesukaannya. Mungkin sebab Kuey Teow Goreng itu dihantar dengan kasih sayang, ia terasa sangat sedap. Tersengih-sengih Afyra sambil makan. Tenang sedikit hatinya.
'Thank You Aidan. Take care too!' mesej ringkas dihantar kepada Tengku Aidan.
****
Seminggu selepas kejadian bertemu dengan Luth, Afyra mula rasa tenang. Luth hanyalah masa lalunya. Jadi tiada sebab untuk dia terus menyiksa diri. Dia cuba untuk melupakan apa yang jadi.
Selepas selesai berjumpa dengan supervisornya, Afyra membawa diri ke salah sebuah kafe kesukaannya. Kafe itu sentiasa senyap dan tenang, membuatkan dia suka suasana kafe itu. Nak membaca pun tenang kerana tidak kedengaran bunyi budak menjerit-jerit atau gelak besar dari kumpulan 'pick me girl' untuk menarik perhatian.
Kafe itu sangat dekat dengan kawasan universitinya. Hanya 3 minit berjalan kaki. Jadi Afyra hanya berjalan kaki ke sana sementara menunggu Faziera. Kunci kereta diberi pada Faziera kerana dia menyuruh Faziera menjemputnya nanti bila perbincangan Faziera selesai. Malas Afyra mahu membawa kereta kerana kawasan kafe itu susah mencari parkir.
Sedang dia khusyuk membaca, tiba kerusi di depannya ditarik membuatkan Afyra mendongak kepala untuk melihat siapa yang muncul. Tanpa tunggu lama, Afyra terus mengemas barang selepas melihat siapa di depannya.
Reza
Selain Luth, Reza juga manusia yang dibenci Afyra. Entah kenapa, dia rasa sangat tidak senang dengan kemunculan Reza dalam hidupnya. Seperti ada agenda yang sedang dirancang Reza walaupun mukanya selalu menunjuk riak muka baik.
"Hey, hey nak pergi mana?" tanya Reza melihat Afyra terus mengemas semua barang.
"Nak balik lah apa lagi!" tegas Afyra. Tak kuasa dia untuk duduk berdua-duaan dengan Reza.
"Fyra, please sekali ni je. Saya nak ajak awak makan" rayu Reza.
"Saya dah kenyang lah."
Terus Reza menarik satu buku yang dipegang Afyra.
YOU ARE READING
Places to Your Heart
Romance"I hope we will meet again if destiny let us" Mampukah mereka mengekalkan kebahagiaan yang dibina?