Part 35

538 28 2
                                    


Hari ini Afyra dan Tengku Aidan mengambil keputusan untuk ke Jaya Grocer untuk beli barang dapur.

"Kenapa Sayang tak suruh bibik je beli barang dapur?" soal Tengku Aidan sambil menolak troli. Pelik juga tiba-tiba Afyra mengajaknya beli barang dapur, tapi dia layankan saja.

"Saja. Fyra nak ajak Abang beli. Nak eratkan silaturahim" lengan sasa Tengku Aidan dipeluk. Afyra ini bila manja, manja betul.

"Kenapa? Sayang rasa Abang makin jauh dari Sayang ke?" risau pula Tengku Aidan kalau Afyra terasa dengan dirinya yang makin sibuk kebelakangan ini. Biasalah, ada projek baru. Terpaksalah dia pulang lambat.

"Tak lah. Fyra saja je nak spend time dengan Abang" pujuk Afyra. Sejujurnya dia sangat memahami kerja suaminya. Dia yakin Tengku Aidan bukan seorang yang akan curang di belakangnya.

Macam-macam Afyra masukkan ke dalam troli sampai Tengku Aidan menggeleng kepala. Benda yang tak perlu pun dia beli. Layankan saja lah.

"Dah? Ada nak beli apa-apa lagi tak?" soal Tengku Aidan selepas selesai membuat bayaran.

"Hm. Fyra nak beli waffle tu" tangan menunjuk ke arah Daily Fresh di depan Jaya Grocer itu.

"Okay jom" Tengku Aidan terus memegang tangan lembut Afyra sambil sebelah tangan menolak troli menuju ke arah kedai Daily Fresh itu.

Dalam perjalanan pulang, Afyra sibuk makan waffle kesukaannya sambil sambil menyuap suami di sebelahnya. Nasib beli banyak jadi boleh lah kongsi.

"Abang, Fyra nak tanya sikit boleh tak?" Afyra membuka topik.

"Yes, what is it, love?"

"Abang memang takde ex girlfriend ke?" sudah lama Afyra ingin tanya tapi dia asyik lupa. Tak mungkin lelaki sekacak Tengku Aidan yang lengkap semuanya ini tak pernah bercinta.

Tengku Aidan menggeleng.

"Serious?" Afyra tak percaya.

"Yup deadly serious. You're the first" muka Tengku Aidan nampak meyakinkan.

"I'm so lucky to have you as your first. Tapi kesian Abang, Fyra dah pernah bercinta" Afyra membuat muka sedih. Kalau boleh diulang masa mungkin dia tidak mahu bercinta dengan Luth kalau dia tahu Tengku Aidan lah jodohnya.

"Kenapa cakap macam tu. I'm still lucky to have you as my wife. Cause I know your love for your ex and your love for me is different. I also know that you showered me with the love that no one else get"

Afyra terdiam seketika.

"Abangg...." tiba-tiba Afyra mencebik.

"Why? Why?" Tengku Aidan sudah risau. Kenapa pula isterinya ini.

"Cair"

"Apa yang cair?" Tengku Aidan yang sedang memandu itu menoleh pada Afyra. Mana ada dia beli aiskrim tadi.

"My heart.. My heart is melting"

Tengku Aidan terus tergelak. Pandai isterinya ini melawak. Ada-ada sajalah. Lalu kepala Afyra diusap manja.

****

"Tengku, branch kita di London ada problem. Kali ini Tengku terpaksa pergi sebab investors kita kat sana nak Tengku handle problem ini sendiri" Qaid melapor. Biasalah dunia perniagaan ini, selalu saja ada masalah walaupun sestabil mana syarikat itu.

"Prepare my private jet. Esok kita gerak" Tengku Aidan terpaksa akur untuk pergi. Sudah menjadi tanggung jawabnya sebagai CEO syarikat.

"Tengku, boleh ke kalau saya tak pergi?" takut-takut Qaid bertanya.

Places to Your HeartWhere stories live. Discover now