Part 51

461 23 0
                                    

Seperti yang dirancang, Afyra pergi ke majlis makan malam yang dianjurkan Khalil di hotel Newlon. Afyra pergi bersama Eliya kerana Tengku Aidan telah pergi ke gelanggang futsal terlebih dahulu. Katanya cepat pergi cepat dia dapat balik.

Hotel Newlon dekat saja dengan rumah mereka. Dalam 10 minit sudah sampai.

Afyra dan Eliya mengambil tempat yang telah disediakan. Sempat juga mereka dengar Khalil berucap sebelum makan malam bermula. Selepas habis makan, Afyra pergi bertegur sapa dengan klien-klien yang dia kenal. Ramai juga kliennya yang merupakan kawan perniagaan Khalil. Eliya pula terpaksa balik kerana sakit perut selepas makan tadi. Tinggallah Afyra sendiri. Tengku Aidan pula belum muncul. Lupa ke apa suaminya itu.

Penat berborak-borak Afyra ingin pergi mencari air. Seperti tahu-tahu, Khalil muncul dengan dua cawan air. Satu cawan berisi air oren diberikan pada Afyra. Afyra dengan laju terus menyambar air itu. Dia memang sangat haus sekarang.

"Thank you Encik Khalil" ucap Afyra. Encik Khalil pula hanya tersenyum.

Baru Encik Khalil ingin membuka topik, Afyra terus memotongnya.

"Encik Khalil kejap ye. Saya nak pergi restroom" tanpa menunggu jawapan, Afyra terus membuka langkah laju ke arah bilik air yang berdekatan dengan dewan hotel itu.

Badannya rasa panas tiba-tiba. Tak kan dia salah makan tadi seperti Eliya. Dia berdiri di depan sinki cuba untuk tenangkan diri. Orang kata kalau sakit kita kena bertenang untuk kurangkan kesakitan. Dia siram tangannya lama di bawah air sejuk. Mungkin dapat menghilangkan rasa panas badannya.

Afyra keluar dari bilik air ingin menuju ke lobi. Dia rasa dia kena pulang. Nanti pandai-pandailah dia minta maaf pada Khalil kerana pulang begitu saja. Setiba di lif Afyra rasa mukanya ditekup dari belakang membuatkan dirinya langsung tidak dapat menjerit. Dirinya ditarik masuk ke dalam lif.

Banyak kali Afyra cuba meleraikan pegangan lelaki itu tetapi gagal. Tenaganya sebagai wanita tak dapat melawan lelaki itu. Afyra semakin takut bila dirinya ditarik menuju ke bilik hotel. Entah kenapa hotel itu senyap sunyi seperti tiada orang. Jadi tiada siapa yang nampak Afyra diculik ketika itu. 

Masuk saja ke dalam bilik, lelaki itu terus menolak Afyra. Pintu dikunci siap-siap. Afyra sudah tersungkur di atas lantai. Dia angkat kepalanya perlahan-lahan untuk melihat wajah lelaki yang menculiknya ini.

"Encik..Khalil..Apa Encik Khalil buat ni" tergagap-gagap Afyra kerana terlalu terkejut yang berada di depan matanya kini ialah Khalil, kliennya sendiri. 

"In a room Afyra. Tak kan kita nak main congkak." jawab sinis Encik Khalil. Kakinya perlahan-lahan melangkah ke arah Afyra. Afyra pula makin mengundur ke belakang.

Badannya yang semakin lama semakin panas sedaya upaya diabaikan. Dia tengah berhadapan dengan raksasa bertopengkan manusia sekarang ini.

Afyra cuba memikirkan cara untuk keluar. Dia tak boleh lemah. Dia kena lawan. Telefonnya pula sudah lama tercicir dengan beg tangannya ketika ditarik tadi.

Khalil perlahan-lahan membuka butang baju kemejanya. Afyra seperti sudah boleh agak apa yang akan berlaku. Jangan buat main Khalil ini, suaminya sendiri belum dapat rasmikan dia, inikan pula orang lain.

"Encik..Encik dah kenapa" marah Afyra. Dia pula sudah makin menjarakkan diri dari Encik Khalil. Kakinya perlahan-lahan menuju ke arah pintu bilik.

"I want you Afyra. I.WANT.YOU. You and your body" senyuman sinis seperti kemenangan tak lekang di bibirnya.

"Encik dah gila ke apa" Afyra cuba sedaya upaya untuk mengalihkan perhatian Encik Khalil. Dia perlu ke pintu bilik tidak kira macam mana pun. Tak kan dia serahkan tubuhnya begitu saja.

Places to Your HeartWhere stories live. Discover now