Part 12

456 22 0
                                    

Selepas breakfast bersama, mereka berempat bergerak ke Mount Titlis. Kereta dipandu oleh Qaid memecut ke atas jalan raya.

Naik sahaja Cable Car, Afyra yang takut sudah memegang tangan Tengku Rozita. Nasib baik mereka naik berempat, kalau berdua sahaja dengan Tengku Aidan. Tidak tahu lah dia nak pegang tangan siapa. Tengku Aidan meyakinkan Afyra untuk melihat pemandangan yang indah yang tidak mungkin ada di Malaysia itu. Tengku Aidan tahu betapa Afyra suka melihat pemandangan.

"Buka la mata tu. The scenery is too beautiful to be waste Afyra"

Afyra membuka mata perlahan-lahan. Rasa takut dan gugup dikawal rapi. Terus matanya bersinar melihat keindahan alam. Namun tangan Tengku Rozita masih tidak dilepaskan. Apabila ada getaran sedikit, laju tangannya memeluk Tengku Rozita. Tengku Elias, Tengku Rozita dan Tengku Aidan sudah tergelak melihat reaksi Afyra. Baru kejap teruja dah jadi penakut semula.

Sampai di saja di puncak Mount Titlis, berkeping-keping gambar ditangkap untuk dijadikan kenangan. Tengku Rozita dan Tengku Elias pula membawa diri berdua, membiarkan Tengku Aidan dan Afyra mempunyai ruang bersama.

Pandai lah anak mereka itu menyakinkan hati Afyra.

"Awak pernah datang sini?" tanya Afyra untuk memecah kebisuan.

"Pernah. Sekali sahaja masa umur saya 24 tahun. Saya bawa diri sendiri" Tengku Aidan menjawab sambil merenung ke arah permandangan putih bersih di depan mereka.

"Kenapa awak bawa diri? Awak ada masalah ke?" tanya Afyra sambil merenung sisi lelaki yang seperti menyimpan seribu perasaan. Masa untuk dia pula mengorek masalah Tengku Aidan.

"Kalau saya jawab soalan awak, awak akan jawab soalan saya Afyra?" masih dengan nada lembut, dia memandang wajah Afyra yang polos itu. Afyra terus mengangguk dengan yakin. Selama ini hanya Tengku Aidan yang mengetahui tentang dirinya, dia pula tidak mengetahui apa-apa tentang lelaki itu.

"Dulu masa saya belajar di New York, saya ada 4 orang kawan baik. Kami rapat dari awal semester. Saya, Dhafir, Mika and Nabeel. Kemana-mana mesti together. Sampai lah suatu hari ada seorang wanita hadir dalam hidup kami. Dina."

Terdiam sekejap Tengku Aidan untuk bercerita. Namun bila melihat wajah Afyra yang setia menanti, dia cari kekuatan untuk menyambung.

"Dina suka kat saya. Dari awal pertemuan kami berlima di sebuah kafe pada semester 2. Dia pendam perasaan pada saya sampai lah masa semester akhir, dia luahkan perasaan dia. Tapi silapnya dia bila dia luah ketika kami berempat bersama. Mungkin dia tidak fikir panjang. Dalam diam rupanya Nabeel juga simpan perasaan pada Dina. Kami semua tau macam mana Nabeel suka pada Dina. Kami support perasaan dia."

"Nabeel tak boleh terima apa yang berlaku. Dia rasa saya khianati dia. Jadi dia buat keputusan untuk lari. Dia accident time bawa kereta,sebab terlalu laju jadi dia hilang kawalan. Dia meninggal di tempat kejadian. End up, dia tak sempat pun nak luah perasaan dia kat Dina" walaupun mata Tengku Aidan seolah kosong, tapi Afyra tahu hati lelaki bagai terobek untuk membuka cerita ini semula padanya.

"Then apa jadi?" soal Afyra bila Tengku Aidan hanya diam.

"Dina finally tahu perasaan Nabeel lepas dia baca surat yang Nabeel tulis untuk dia. Dia rasa serba salah sebab tak pernah sedar keikhlasan Nabeel kat dia. To be honest, Nabeel selalu ada dengan dia. Mungkin dia cuma rasa Nabeel act like a bestfriend sebab tu dia tak sedar perasaan Nabeel. Dia buat decision untuk bawa diri. Sampai sekarang saya tak pernah tau dia pergi mana. Even Dhafir pun" satu keluh besar keluar dari mulutnya.

"Mika?" Afyra menyadari Mika seperti tidak wujud dalam hidup Tengku Aidan semenjak mereka habis belajar.

"Mika benci saya. Dia rasa saya punca Nabeel mati. Kami lost contact selepas kematian Nabeel"

"Tapi bukan awak yang bunuh Nabeel. Dan bukan awak bercinta dengan Dina sampai Nabeel patut rasa awak khianati dia" jelas Afyra. Dia merasa tidak adil bagi pihak Tengku Aidan.

"Semua ikut perasaan Afyra. Dhafir pernah terangkan semula pada Mika tapi dia tak nak percaya. Dia masih rasa saya pembunuh Nabeel" berat saja ayat-ayat yang keluar dari mulut Tengku Aidan. Mesti terseksa hidupnya digelar pembunuh kawan sendiri.

"Aidan, I don't know if my words can comfort you. But listen, ignore what people say. You and Dhafir know the truth. And it's enough. Never blame yourself. Even awak ulang masa untuk perbaiki keadaan ni, kalau dah sampai ajal dia, Allah tetap akan tarik nyawa dia. Allah sayang dia Aidan. Dan Allah sayang awak sebab beri awak ujian ini. Allah yakin awak lah hamba yang mampu atasi dugaan ni. You're stronger than you think" panjang lebar pula ayat yang keluar dari mulut Afyra. Hilang sudah limit cakapnya bila berhadapan Tengku Aidan.

Tersenyum Tengku Aidan mendengar kata-kata dari Afyra itu. Seolah dia mendapat kekuatan baru. Betul lah kata hatinya yang Afyra merupakan harta berharga yang perlu dia jaga.

Belum sempat Afyra menanyakan soalan yang ingin ditanya Tengku Aidan, Tengku Elias dan Tengku Rozita telah menyampuk terlebih dahulu.

"Haih, dari tadi duduk sini je ke? Kenapa tak jalan-jalan?" tanya Tengku Rozita. Dari mereka pergi sampai lah mereka datang semula, anaknya itu dengan Afyra masih di posisi yang sama. Entah apa lah yang diborak mereka berdua.

"Tiada apa ma, bual kosong je" sengih Afyra. Biar lah dia dan Tengku Aidan sahaja yang tahu apa yang mereka bincangkan.

Places to Your HeartWhere stories live. Discover now