Part 59

515 25 0
                                    


Sudah sebulan sejak pemergian Luth. Hari demi hari Afyra mulai redha dengan apa yang terjadi. Namun jauh di sudut hati dia masih rasa sedih memandangkan Luth berkorban nyawa menyelamatkannya. Besar sungguh pengorbanan Luth dalam hidup Afyra.

Dina pula sudah ditempatkan di rumah sakit jiwa selepas dia didapati mengalami masalah mental sudah bertahun-tahun. Secara teknikalnya selepas pemergian Nabeel. 

Hari ini Tengku Aidan mengajak Afyra untuk membeli barang bayi. Selalunya ibu-ibu yang teruja tapi kali ini terbalik.

"Banyaknya bang" Afyra membebel melihat Tengku Aidan yang sudah mengambil hampir 40 helai baju untuk anak mereka.

"Takpelah. Nak pakai pagi petang siang malam. Ni pun Abang rasa tak cukup" jawab Tengku Aidan yang masih ralit memilih baju.

"Abang baju tu boleh basuh tau. Banyak-banyak buat apa. Baby cepat besar. Nanti tak sempat dia nak pakai dah tak muat dah. Beli sikit je"

Afyra terus mengeluarkan beberapa helai baju yang dipilih Tengku Aidan dari bakul.

"Tapi.." belum sempat Tengku Aidan ingin membela diri, Afyra terus laju memotong.

"Takde tapi tapi. Kita beli sikit je. Mama dengan Mak pun dah beli banyak hari tu" tegas Afyra. Seperti Tengku Aidan, Tengku Rozita dan Puan Riani juga tersangat teruja membeli barang bayi. Pening kepala Afyra melihatnya. Sudah terlebih sangat baju untuk anaknya.

Tengku Aidan mencebik. Terpaksalah dia akur bila Afyra sudah bertegas. Beli baju pun tak boleh. Bilik tidur untuk anaknya sudah siap dihias. Semuanya diuruskan oleh Tengku Aidan. Afyra hanya membantu sedikit-sedikit saja. 

Usai membuat pembayaran, Tengku Aidan membuka pintu kereta untuk Afyra namun langsung tidak bercakap dengan Afyra.

"Abang merajuk ke?" soal Afyra selepas mereka memulakan perjalanan. Sejak Afyra menghalang dia dari membeli baju banyak-banyak, terus Tengku Aidan tidak bersuara. Mogok ke apa suaminya ini.

Jeda tidak terjawab.

"Abang..." Afyra meleretkan suara sambil memandang Tengku Aidan yang fokus memandu.

Masih tidak terjawab. Afyra sudah garu kening yang tidak gatal. Sah suaminya merajuk. Macam mana dia nak pujuk, selama ini dia saja yang selalu merajuk.

Afyra terus memandang ke luar tingkap usai Tengku Aidan tidak menjawab panggilannya.

"Arghh.. sakittt..Abang.." Afyra memegang perutnya yang sudah membesar itu. Muka kerut seperti menahan kesakitan.

Tengku Aidan sudah cuak melihat Afyra menjerit kesakitan. Cepat dia memarkir kereta di tepi jalan.

"Sayang kenapa? Sakit kat mana? Sayang nak beranak dah ke? Kita pergi hospital eh?" Tengku Aidan menembak dengan soalan. Muka jelas penuh kerisauan.

Afyra yang dari tadi menahan ketawa tidak mampu menahan diri. Akhirnya tawanya pecah kerana puas hati dapat membuat Tengku Aidan kembali bersuara. Tengku Aidan pula sudah pelik melihat Afyra yang gelak tiba-tiba. Tadi sakit ini tiba-tiba gelak pula. Gila ke isterinya ini.

"Sayang main-main eh?" suara Tengku Aidan sedikit tegas. Mata helangnya tepat memandang Afyra yang masih tergelak.

Afyra menarik nafas nafas dahulu sebelum menjawab. Penat sungguh gelak melihat suaminya cuak habis.

"Abanglah. Tak nak cakap dengan Fyra. Terpaksalah Fyra buat-buat sakit" jelas Afyra tanpa serba salah telah mengenakan suaminya.

"Apa buat main dengan sakit ni Sayang. Abang risau tau tak."

"Alaa sorrylah. Fyra nak dengar suara suami Fyra je." Afyra membuat muka comel pada suaminya meminta belas kasihan dimaafkan. Mata dikebil-kebilkan harap dapat membuat Tengku Aidan cair.

Afyra berjaya. Tengku Aidan cair melihat wajah comel Afyra.

"Haih I can't resist those cute faces." Tengku Aidan mengangkat bendera putih tanda mengalah. Tak dapat dia ingin merajuk lama bila dengan Afyra. Afyra pula sudah tersenyum puas hati. Nasib baik berjaya.

Tengku Aidan terus menggenggam erat sebelah tangan Afyra manakala sebelah tangannya pula di atas stereng kereta. Habis saja sesi pujuk-memujuk, mereka meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

****

Tengku Aidan membawa Afyra ke hospital selepas melihat Afyra masih tiada tanda-tanda ingin bersalin walaupun sudah melepasi due date nya.

Prince Court Medical Centre menjadi pilihan Tengku Aidan untuk memberikan servis terbaik pada isterinya sepanjang tempoh melahirkan. Itupun lama dia membuat carian tentang hospital yang terbaik hasil bantuan Qaid.

Selepas berbincang dengan doktor, mereka bersetuju untuk melakukan induce memandangkan bukaan Afyra masih kecil. Selepas beberapa jam, Afyra mula rasa sakit kontraksi. Seperti patah-patah tulang di badannya. Mulutnya kumut-kamit membaca segala doa dan selawat.

Tengku Aidan pula di sisi memberikan sokongan moral kepada Afyra. Jujur dia sendiri tidak tahu ingin buat apa. Sudah tentu dia tidak dapat memahami kesakitan yang Afyra rasakan. Kalau boleh bertukar tempat, dia sanggup asalkan Afyra tidak sakit.

Afyra menggenggam kuat tangan suaminya. Terlalu sakit. Tengku Aidan pula hanya mampu manahan. Lain macam kekuatan wanita nak bersalin di sebelahnya ini. Selama ini lembut saja. Ini mahu tulang dia pun patah.

Peluh di dahi Afyra dilap dengan tisu. Seperti selalu, Tengku Aidan melayan Afyra seperti seorang puteri.

Selepas menahan sakit beberapa jam, akhirnya Afyra berjaya melahirkan anak perempuannya. Tengku Airis Nailah nama diberi. Gadis yang putih gebu dan kemerah-merahan.

"Terima kasih Sayang" Tengku Aidan mengucup dahi isterinya. Afyra hanya mampu tersenyum selepas penat bertarung nyawa melahirkan anak mereka. 

Bergenang air mata Tengku Aidan saat melaungkan azan di telinga anak perempuannya. Tidak sangka dia kini bergelar bapa kepada malaikat kecil yang didukungnya. Embun anaknya dikucup banyak kali menunjukkan rasa sayang yang tidak terhingga. Afyra pula sudah tersenyum. Hilang segala sakit untuk melahirkan Tengku Airis Nailah sebelum ini.

"Ya Allah comelnya cucu Tok Ma" Tengku Rozita mula memuji cucunya.

Tengku Elias, Tengku Rozita, Encik Zahid dan Puan Riani baru sampai untuk melawat Afyra dan Tengku Airis Nailah. Semua teruja mendengar pekabaran yang Afyra sudah selamat melahirkan.

Mereka berempat bergilir-gilir mendukung Tengku Airis Nailah. Mulut tidak berhenti memuji bayi kecil itu.

"Muka Aidan ke Fyra ni" Encik Zahid meneliti wajah cucunya.

"Muka adik lah ayah" Afyra menjawab laju dengan yakin.

"Bukan muka Abang ke Sayang?" Tengku Aidan saja ingin menyakat isterinya. Terus Afyra membuat muka menyampah.

"Mak rasa ikut muka Aidan lah" Puan Riani menyambung. Makin Afyra membuat muka. Lantas semua tergelak melihat reaksi Afyra.

Penat dia mengandungkan budak kecil itu tuptup ikut muka suaminya. Tak adil sungguh. 

Places to Your HeartWhere stories live. Discover now