Seusai balik ke rumah sewa, Afyra terus mencari balik totebag yang dipakai ketika keluar makan dengan Tengku Aidan sebulan yang lepas. Dia ingin mencari kad perniagaan yang diberi lelaki itu. Ya, Tengku Aidan memberi lagi kad perniagaannya sebelum Afyra pulang. Seolah-olah tahu akan tiba masa Afyra akan mencarinya semula.
Selesai membelek-belek kad itu, timbul pelbagai persoalan.
'Tengku? Keturunan Tengku atau mak ayah dia saja-saja je letak Tengku? Tapi haritu mak kata family dia kaya. Takkan la orang kaya nak kat orang macam aku'
'Reliant Sdn Bhd? Kenapa macam pernah dengar'
Afyra terus menaip Reliant Sdn Bhd di safari untuk mencari tahu tentang syarikat itu. Tercengang dia apabila tahu yang Reliant Sdn Bhd merupakan syarikat yang sangat megah dan terkenal di Malaysia, dan bukan setakat di Malaysia, tapi di luar negara juga. Apabila diingat-ingat semula, patut la macam familiar nama syarikat Tengku Aidan ni bekerja, rupanya syarikat ini merupakan salah satu syarikat yang berada di conference yang dia pergi dahulu. Ya, Nurin Afyra yang sangat blur ini menganggap mungkin Tengku Aidan hanya pekerja di Reliant Sdn Bhd. Untuk menyedapkan hati, dia rasa mana mungkin CEO syarikat besar seperti itu mahu berkahwin dengan perempuan biasa-biasa sepertinya.
****
Afyra bersiap-siap. Mengenakan kemeja hitam baggy dengan tudung bawal satin bercorak dengan style menutup dada sudah cukup menyerlahkan kecantikan Nurin Afyra. Afyra bukanlah orang yang alim, namun dia tetap menjaga batas dalam pemakaian dan pergaulan. Mungkin itu yang membuatkan ramai lelaki meminati dirinya.
"Nak pergi mana? Harini takde class kan?" soal Farieza melihat kawannya itu bersiap-siap.
"Ada hal jap. Nak lancarkan perang dunia ketiga!" jawab Afyra sambil mengambil flat shoe berwarna hitam di rak kasut. Dia tidak memberitahu Farieza dia ingin berjumpa Tengku Aidan kerana dia rasa belum masanya kawannya itu berjumpa Tengku Aidan. Niatnya berjumpa Tengku Aidan pun untuk mematikan hasrat Tengku Aidan meminangnya.
****
Setiba di syarikat Reliant Sdn Bhd, Afyra sangat teruja melihat bangunan gah 30 tingkat itu. Hiasan dalaman syarikat itu juga sangat menarik.
'Mesti best kerja sini' terlintas di otak Afyra
'Haish Nurin Afyra, ingat tujuan utama kau kat sini. PERANG DUNIA KETIGA! INGAT TU!' tegas Afyra pada dirinya yang hampir lupa tujuan utama datang kesitu.
Afyra meneruskan perjalanan ke kaunter yang berdekatan dengan tempat keluar masuk pekerja. Terdapat juga beberapa orang pengawal yang berjaga di depan tempat scan keluar masuk pekerja itu. Mungkin pernah ada kejadian orang merempuh masuk bangunan itu. Afyra menyatakan hasratnya untuk berjumpa Tengku Aidan kepada salah seorang staff di situ namun dia perlu membuat appointment terlebih dahulu kerana Tengku Aidan bukan orang yang sentiasa free.
'Aik, jumpa pekerja pun kena buat appointment ke'
Geram pula Afyra bila dah sampai, tidak dapat jumpa. Ingat dekat ke nak pergi syarikat Reliant Sdn Bhd itu. Dah la jauh, habis minyak keretanya. Tapi salah dirinya juga tidak call terlebih dahulu.
Afyra mengeluarkan telefon dan terus whatsapp Tengku Aidan. Kenapa tak call? Malas, dia ingin menyimpan tenaga untuk bertekak sekejap lagi.
"Assalamualaikum Encik Aidan. Saya ni Afyra a.k.a miss coffee. Saya bukan nak minta ganti rugi, tapi saya kat lobi company encik. Boleh ke saya nak jumpa sekejap. Ada benda nak bincang!"
*Notification telefon Tengku Aidan*
Usai membaca, Tengku Aidan tersenyum. Tak sangka Afyra akan datang ke pejabatnya.
YOU ARE READING
Places to Your Heart
Romance"I hope we will meet again if destiny let us" Mampukah mereka mengekalkan kebahagiaan yang dibina?