Part 10

514 24 0
                                    




Afyra yang hanya mengikut langkah Tengku Aidan tiba di First Class Lounge untuk menunggu penerbangan mereka. Kali ini tidak pula mereka menaiki private jet Tengku Aidan. Malas pula dia ingin bertanya. Dia masih merajuk!

Tengku Aidan melihat muka muncung Afyra yang hanya duduk memandang kapal terbang yang berlepas. Dia menghulurkan teh panas sebab dia tahu Afyra tidak minum coffee. Dia juga menghulur kek coklat kesukaan Afyra. Mana Tengku Aidan tahu? Sudah tentu Faziera.

Afyra hanya diam dan menyuapkan kek coklat ke dalam mulut. Kang buka mulut mau bergaduh. Tapi baru dia terfikir yang dia belum tau destinasi mereka. Nampak kan marah betul, flight ticket kat tangan pun dia tak jengah.

"SWITZERLAND?!!?!" jerit Afyra. Nasib kawasan itu tiada orang. Cuma ada dia, Tengku Aidan dan Qaid.

"Yelah. Kenapa? Baru sekarang awak tengok kita pergi mana? Percaya betul awak dengan saya ya!" saja Tengku Aidan ingin mengusik Afyra yang memang tengah merajuk sambil menghadiahkan senyum sinis.

Afyra yang geram terus menjeling tajam Tengku Aidan. Lempang kang tahu lah!

Selalunya, penumpang First Class akan diberi masuk ke dalam kapal terbang dahulu. Boleh sahaja Tengku Aidan memilih seat yang berada di tengah yang boleh menempatkan dia dan Afyra. Tapi sengaja dia letakkan Afyra di seat seorang di tepi tangkap. Dia tahu Afyra suka melihat kapal terbang berlepas dan awan di udara. Namun, dia masih berada di sisi Afyra. Risau budak kecil itu hilang.

Afyra sedikit teruja kerana inilah pertama kali dia menaiki First Class. Selama ini kalau dia bercuti bersama keluarga ke luar negara pun setakat naik Economy. Rasa seperti tiada keperluan untuk menghabiskan duit untuk dapat seat besar. Hampir terlupa dengan merajuknya itu tadi, dia menegur Tengku Aidan.

"Aidan, kita pergi bertiga je ke?" Risau juga dia. Dah lah 2 lelaki dan dia seorang perempuan.

"Mama dengan Papa dah kat sana. Mereka yang ajak kita join" jawab Tengku Aidan.

"Ohhh. Saya tak ganggu ke? Yelah inikan percutian keluarga awak" Risau lain pula yang muncul. Dia sedar sangat tidak manis untuk ikut keluarga lelaki bercuti bila tiada ikatan. Ni kalau geng makcik bawang kampung tahu, sampai satu kampung mereka jaja. Cerita yang tidak betul pun sanggup direka-reka.

"Awak kan bakal masuk keluarga saya. So no worries" Tengku Aidan menjawab sambil mengeyit mata.

Afyra dah membuat muka nak muntah. Ingat orang cair agaknya. Ni ice glacier la dalam hati. Terus dia memandang tingkap semula selepas menghadiahkan jelingan maut. Tengku Aidan hanya menggeleng kepala melihat kerenah comel Afyra itu.

Perjalanan selama 13 jam membuatkan Afyra mengulang rutin dalam flightnya itu. Makan, Tidur, Tengok movie. Itu sahaja lah. Kadang ada juga dia menjengah Tengku Aidan yang sedang membuat kerja. Workaholic sungguh Tengku Aidan ini.

Ya Afyra tiada luggage pun. Lagi sekali dia sehelai sepinggang. Susah hidup asyik diculik ini. Namun dia tahu Tengku Aidan akan menyiapkan semuanya untuk dia dan itu yang membuatkan dia bertambah serba salah. Hutang beli souvenir di Paris pun belum berbayar sebab Tengku Aidan tidak mahu memberi nombor akaun bank nya. Qaid juga bersubahat untuk menutup mulut. Nak bawa cash, risau kena rompak pula. Lain kali sahaja lah dia bayar.

Keluar sahaja dari pekarangan airport untuk menunggu kereta, angin Switzerland meniup badan kecil itu. Hampir melayang juga Afyra. Nasib sempat dia berpaut pada lengan Tengku Aidan yang sasa itu. Berlapik okay berlapik. Lagipun emergency, dari dia jatuh tergolek. Tak pasal-pasal dia viral di Switzerland.

"Tu lah, kecil sangat. Kena tiup angin pun boleh terbang" Perli Tengku Aidan.

"Diam eh diam. Saya still merajuk" Afyra menjeling maut ke Tengku Aidan.

Tiba-tiba badannya terasa sangat sejuk. Bibirnya mula menggeletar. Musim sejuk sudah berakhir, tapi tahu sajalah negara 4 musim ini. Musim bunga pun masih sejuk.

Tengku Aidan yang menyadari tubuh kecil Afyra menggigil-gigil. Terus meminta Qaid jaket tebal lalu dipasang ke belakang badan perempuan itu. Keretanya masih belum tiba kerana agak sesak di airport Switzerland akibat kereta-kereta yang berhenti untuk mengambil penumpang.

"Tu lah, orang suruh tukar baju tadi tak nak!" Tengku Aidan menegur dengan nada lembut. Paperbag yang dihulur Tengku Aidan tadi memiliki baju yang tebal dan heattech untuk memanaskan badan. Tapi ditolak oleh Afyra, dia biarkan sahaja budak kecil itu menyesal.

"Manalah saya tau. Saya ingat awak bawa saya pergi padang pasir urgh" jelingan maut kali keberapa tah dihadiahkan lagi. Sakan Tengku Aidan mengenakannya hari ini.

'Cari pasal betul mamat ni harini. Kecik besar kecik besar je aku tengok' jeling Afyra sambil melihat Tengku Aidan atas bawah.

Kereta mereka sampai, terus Afyra masuk ke dalam tanpa fikir panjang kerana sudah kesejukan.

******

Afyra hanya merenung ke luar tingkap melihat ciptaan Allah yang sangat indah itu. Dia sedia maklum Switzerland memang terkenal dengan pemandangannya yang sangat indah. Bersyukur dapat menjejakkan kaki di sini. Berkat Tengku Aidan membawanya.

Walaupun bersyukur, merajuk tetap merajuk. Sepanjang perjalanan, muka Tengku Aidan pun dia tak pandang. Tiba-tiba dia tersentak. Baru  dia teringat ini merupakan perjumpaan pertama dia dengan keluarga Tengku Aidan. Dia melihat bajunya atas bawah. Tengku Aidan yang pelik terus bertanya.

"Baju saya selekeh tak Aidan? Baru saya teringat ini first time saya jumpa parents awak"

Tengku Aidan hanya tersenyum kerana dia tahu bagaimana keluarganya amat menyukai Afyra walaupun belum berjumpa. Mungkin mereka dapat merasakan figura gadis kecil ini yang sangat sopan dan akan menyenangkan orang di sekelilingnya.

"Cantik sangat" Itu sahaja jawapan Tengku Aidan sambil memberi senyuman manis yang tentu hanya untuk keluarganya dan Afyra sahaja.

'Yelahtu' bisik Afyra dalam hati.

Tidak puas hati dengan jawapan itu. Afyra terus memandang luar tingkap.

Sampai sahaja, Afyra memandang rumah cottage 3 tingkat yang berlatar belakang kan gunung itu dengan penuh teliti.

'Subhanallah, cantiknya' bisik hatinya. Tapi lamunannya terhenti apabila terasa semula angin sejuk melintasi badannya.

"Pakai ni princess kalau awak tak nak demam" Sambil menguak jaket untuk Afyra memasukkan tangannya.

Afyra yang sudah tidak tahan sejuk terus berlari ke pintu utama. Pintu masih belum terbuka. Takut pula dia ingin mengetuk. Muncul Tengku Aidan yang menekan loceng.

"Dah beku ke sampai tak tekan loceng" perli Tengku Aidan sambil senyum sinis.

Argh hari ini sahaja sudah banyak kali Tengku Aidan mencabar kesabarannya. Belum sempat Afyra membalas, pintu rumah itu telah terbuka, terus Afyra mengawal ekspresi mukanya.

Places to Your HeartWhere stories live. Discover now