Tengku Aidan yang baru turun terus memeluk Afyra dari belakang dan mencium pipi Afyra. Tindakannya membuat Afyra yang sedang memotong sayur terus kaku. Badannya mengeras.
"Morning sayang. Sayang buat apa ni?"
"Morning. Masaklah Abang tak kan tengah bercucuk tanam. Apa punya soalanlah" Perli Afyra lalu sambung memotong sayur.
"Ya tahu. Abang saja je tanya. Gurau pun tak boleh. Sayang masak apa tu?" sempat Tengku Aidan mencuit pinggang Afyra dahulu sebelum meninjau periuk di depannya.
"Gelilah. Fyra masak nasi goreng je. Boleh kan? Ke Abang ada nak makan lain?"
"It's more than enough Sayang"
"Okay Abang duduklah dulu, Fyra senduk nasi goreng ni kejap."
Selepas sarapan bersama-sama, Afyra menghantar suaminya sampai ke depan pintu. Beberapa hari ini Tengku Aidan akan sangat sibuk kerana perniagaannya di luar negara mengalami sedikit masalah jadi ia menjejaskan perniagaan di Malaysia juga.
"Abang, boleh tak Fyra nak keluar dengan Faziera kejap lagi?" tanya Afyra sambil memegang coat suaminya sementara Tengku Aidan sedang memakai kasut.
"Nak pergi mana?"
"Pergi mall je. Boleh kan?" Afyra mengelip-gelip mata untuk memujuk. Salah satu yang berubah selepas kahwin, kalau dulu minta izin mak ayah sekarang kena minta izin suami.
"Haih, how can I resist those cute faces? Pergilah. Tapi jangan balik lambat. Masa nak pergi and masa nak balik, text me. This is not a request, but an order. Did you get it?"
"Okay bos! Saya menurut perintah" senyuman manis dibekalkan buat suaminya pergi kerja.
****
"Kenapa tak pergi honeymoon?" soal Faziera.
"Company Aidan ada problem so dia kena masuk office settlekan sendiri" Afyra menjawab tapi mata fokus ke arah menu di atas meja itu.
"So macam mana?"
"Macam mana apa" soal Afyra balik
"Bila agak-agak aku dapat fruit baby?" Faziera mengangkat-angkat kening bertanya pada Afyra.
"Lambertt lagi." mudah saja jawapan Afyra malas ingin melayan.
Belum sempat Faziera ingin menyambung, Afyra terus menekan loceng memanggil pelayan restoran itu. Kang makin dibiar, terbongkar rahsiannya.
"Kau bila nak kahwin Fa? Aku rasa macam dah lama sangat tangguh wedding kau ni" tanya Afyra sambil menyuap makanan.
"Haih entahlah" keluh besar keluar dari mulut Faziera.
"Kau kenapa? Kau okay tak dengan Hariz?"
"To be honest, aku dah tak nampak arah tuju relationship ni"
"Why? What happened?"
Afyra terus meletakkan sudu untuk fokus pada Faziera.
"Actually masa kau koma, I caught him cheating. Tapi dia merayu minta peluang kedua. Sebabkan aku fikir pasal family, so aku maafkan."
"But lately ni dia jadi lain. Bila aku tanya pasal progress kahwin, dia akan marah-marah. Bila aku call, dia reject. Chat, tak reply. Aku rasa penat nak teruskan." sambung Faziera.
"Alaa jangan macam ni. Kau kan dah lama dengan dia, tak kan nak putus. Maybe dia busy dengan kerja tu yang dia serabut sikit." Afyra cuba untuk memujuk.
"Hm aku try. Tapi kalau dia buat hal lagi, aku angkat kaki dan kaki tu sampai kat muka dia" jawapan Faziera membuatkan Afyra tergelak. Ada-ada sajalah kawannya ini.
YOU ARE READING
Places to Your Heart
Romance"I hope we will meet again if destiny let us" Mampukah mereka mengekalkan kebahagiaan yang dibina?