Pagi lagi Afyra sudah mengejutkan Tengku Aidan untuk pergi melawat Faziera di hospital. Dari malam tadi dia teruja untuk melihat anak kawan baiknya itu.
"Abang.. Cepatlah bangun!" Afyra menarik lengan suaminya yang masih melelapkan mata.
"Hmm.." bunyi saja yang keluar dari mulut Tengku Aidan. Mata langsung tak dibuka.
"Abang cepatlah mandi! Lepas subuh kata nak pergi melawat baby Faziera dengan Dhafir" Afyra menggoyang-goyangkan badan tangan suaminya selepas gagal menarik. Mereka terpaksa gerak awal kerana sebelum melawat Faziera, mereka perlu ke rumah Tengku Elias dahulu untuk sarapan bersama.
"Abang penatlah."
Tengku Aidan duduk di birai katil dengan muka mamai. Beberapa kali dia menguap menandakan dia masih mengantuk. Afyra pun mengambil tempat duduk di depan suaminya.
"Penat apanya" marah Afyra. Penat dia mengejutkan Tengku Aidan. Selalunya elok saja bangun awal.
"Penat bekerja keras malam tadi" terlepas gelak kecil dihujungnya. Jelas muka nakal di wajah Tengku Aidan.
Laju tangan Afyra mencubit perut suaminya. Makin Tengku Aidan tergelak.
"Dah pergi mandi. Nanti nak pergi rumah Papa lagi. Kang lambat" Afyra terus bangun malas ingin melayan nakal suaminya.
"Baiklah puan besar" Tengku Aidan akur lalu membawa diri ke bilik air.
****
"Comelnyaaa!!!!!!! Comel kan Daris ni"
"Iya sayang." Tengku Aidan mengusap embun-embun anak kawan baiknya itu.
Afyra yang dari tadi mendukung Megat Daris tidak habis memuji-muji bayi comel hasil perkahwinan Faziera dan Megat Dhafir. Sesekali dia mencubit lembut pipi putih mulus bayi itu.
Faziera dan Megat Dhafir pula dari tadi menjadi pemerhati pasangan suami isteri itu memuji anak mereka.
"Congrats again Fa! Mesti best kan dah jadi mommy" ucap Afyra yang berdiri di sisi katil Faziera.
"Haha thank you. Tau pun best so tunggu apa lagi" Faziera dan Megat Dhafir dua-dua sudah buat muka nakal memandang pasangan itu.
Afyra pula membuat muka blur seperti tidak faham. Tengku Aidan disebelahnya yang lebih bijak sudah dapat tangkap apa yang dimaksudkan.
"Tunggu apa?" soal Afyra.
Serentak ketiga-tiganya gelak. Blur sungguh Afyra.
"Akan diusahakan" jawab Tengku Aidan bagi pihak isterinya yang blur itu. Lantas Faziera dan Megat Dhafir mengangguk-angguk dengan senyuman.
"Usaha apa bang?" bisik Afyra pada Tengku Aidan.
Tengku Aidan menundukkan kepalanya untuk berbisik tepat ke telinga Afyra.
"We need to work harder sayang supaya awak pun boleh rasa bestnya jadi mommy"
Terus merah muka Afyra, badannya pun mengeras dengar jawapan dari Tengku Aidan. Lagi sekali Faziera dan Tengku Aidan memecah gelak melihat telatah pasangan suami isteri itu.
****
Seperti yang dirancang, semua ahli keluarga Tengku Elias pergi ke Pulau Langkawi untuk melawat Tengku Afreen. Setiba di lapangan terbang, Tengku Afreen yang menjemput mereka dengan Toyota Alphard yang merupakan kepunyaan keluarga mereka di Pulau Langkawi. Mereka memilih penerbangan malam kerana Tengku Aidan dan Tengku Aleena kedua-duanya mempunyai kerja pada siang hari maka terpaksalah yang lain turutkan.
YOU ARE READING
Places to Your Heart
Romance"I hope we will meet again if destiny let us" Mampukah mereka mengekalkan kebahagiaan yang dibina?