Tengku Rozita membuka pintu sambil memberi senyuman manis buat anak dan bakal menantunya itu. Afyra hanya memberi senyuman kelat dengan bibir yang menggigil-gigil."Ya Allah Fyra sayang, kenapa ni? Aidan buat apa kat Fyra ni" Risau Tengku Rozita melihat bibir Afyra yang hampir pucat itu. Terus dia menarik Afyra masuk ke dalam rumah lalu dipeluk untuk menghangatkan badan Afyra.
"Mana ada Aidan buat apa-apa. Menantu mama ni degil sangat. Aidan dah suruh tukar baju kat airport, dia jual mahal" Tengku Aidan membela diri tapi yang dapat hanyalah cubitan dari mamanya itu.
Afyra terkedu mendengar perkataan 'menantu', adakah semua keluarga Tengku Aidan dah berharap mereka berkahwin. Muncul rasa takut kerana dia masih tak yakin.
Tengku Rozita melepaskan pelukan hangat lalu menyuruh orang gaji di rumah itu menunjukkan bilik untuk Afyra.
"Fyra mandi dulu eh. Mama dah suruh mereka sediakan air panas. Lepas solat nanti turun makan." lembut sahaja arahan Tengku Rozita. Afyra merasa seperti Tengku Rozita seperti ibunya sendiri.
"Fyra minta maaf auntie, fyra datang tak beradab. Fyra tak sempat bawa apa-apa untuk auntie dengan uncle" perlahan sahaja suara Afyra kerana serba salah.
"Apa pula panggil auntie. Panggil saja mama dengan papa. Fyra dah macam anak kami juga. Mama tak kisah pun Fyra, kehadiran Fyra saja dah cukup" cantik saja senyuman yang terukir di muka Tengku Rozita.
Malu-malu Afyra mendengarnya.
Tengku Aidan terus menyuruh Afyra naik ke bilik. Badannya masih menggigil, risau pula Afyra demam nanti.
****
Betul jangkaannya, semua telah tersedia. Baju,kasut, toiletries, skincare, dan make up tersusun rapi. Afyra rasa dia dah boleh jual kerana make up yang diberi Tengku Aidan di Paris juga masih ada. Itupun separuh sudah dia beri pada Faziera.
Afyra masuk ke dalam bilik air. Betapa teruja dia melihat bathtub yang besar itu sudah dipenuhi air panas dan bunga. Mandi bunga ke ni? Risau betul tengok orang gaji di Switzerland ini.
Selesai solat, Afyra mengenakan baju knitwear dengan seluar palazzo tebal. Sangat selesa dan terasa badannya hangat. Tudung bawal dikenakan dan stokin pun dipakai. Afyra memang tidak pernah tidak memakai stokin. Selain rambut, kaki juga merupakan mahkotanya.
Berhati-hati Afyra turun ke dapur. Terlihat Tengku Rozita dan orang gajinya sedang sibuk menyediakan makanan.
"Mama.." Lembut sahaja suara Afyra. Malu memanggil ibu Tengku Aidan dengan panggilan 'mama'.
"Eh Fyra, kenapa tak rehat dulu kat atas. Nanti dah siap mama panggil" Baik sungguh Tengku Rozita. Lain sungguh dengan karakter mak mertua di televisyen yang akan mengumpat 7 keturunan kalau menantu tidak tolong membantu.
"Eh takpe lah mama. Fyra dah penat tidur dalam flight tadi. Ni mama nak buat apa?" soal Afyra untuk membantu. Dia masih tahu adab menumpang di rumah orang. Itu yang diajar mak ayahnya.
"Nak potong sayur je ni tinggal. Lauk yang lain semua dah siap"
Afyra terus mengambil alih kerja Tengku Rozita. Sedang sibuk menghias makanan supaya kelihatan cantik. Afyra memecah kebisuan.
"Papa Aidan mana ma?"
"Oh masa kamu sampai tadi, Papa keluar jumpa kawannya. Dia ada kat atas sedang bersiap. Nanti turun la tu" haih cair Afyra mendengar jawapan lembut Tengku Rozita. Afyra berharap dia dapat menjadi selembut mama jika dia bergelar isteri nanti.
"Mama, Fyra nak tanya sikit boleh ke?" takut-takut Afyra bertanya.
"Tanya aja lah Fyra. Mama jawab" jawab Tengku Rozita sambil menyusun timun di atas ayam panggang yang dibuatnya tadi.
YOU ARE READING
Places to Your Heart
عاطفية"I hope we will meet again if destiny let us" Mampukah mereka mengekalkan kebahagiaan yang dibina?