Setelah selesai solat subuh, Afyra melelapkan mata sekejap manakala Faziera masih belum bangun kerana dia 'cuti'.
Lepas rasa puas berehat, Afyra bergerak ke almari untuk memilih baju apa yang ingin dipakainya. Bila dibelek-belek, baru dia perasan baju yang tergantung mempunyai tag. Bertulis tarikh bila patut baju itu dipakai. Tersenyum Afyra melihat. Begitu teliti Tengku Aidan menyediakan semua ini. Afyra terus menarik keluar dress hitam yang patut dipakai hari itu. Selepas mandi, Afyra mengejutkan Faziera supaya bersiap.
Afyra merasa puas hati dengan pakaiannya. Dress labuh hitam dikenakan dengan bawal hitam bercorak. Dia memilih untuk pakai low heels. Dia bukannya suka memakai heels, tapi untuk dikenakan dengan outfitnya hari itu, maka terpaksa la.
Keluar saja bilik, Tengku Aidan dan Qaid sudah menunggu mereka di lobi.
"Faziera, can I borrow your pretty inside and out friend for today?" Tengku Aidan bertanya kepada Faziera mungkin dia inginkan privacy berdua untuk membuatkan Afyra jatuh cinta dan percaya padanya.
"Sure, she's yours today!" Laju saja Faziera menjawab sambil tersengih. Kemudian dia dan Qaid berlalu pergi. Entah kemana la mereka berdua pergi.
"Shall we, princess?" ajak Tengku Aidan sambil tangan menunjukkan jalan dengan penuh gentleman.
'Argh hati, kau dah kenapa ni' pelik Afyra hatinya tiba-tiba berdebar.
Usai masuk ke dalam perut kereta Lamborghini yang disewa Tengku Aidan, mereka terus ke the Louvre.
Masuk sahaja ke dalam the Louvre, mata Afyra seolah bersinar-sinar melihat karya seni yang memenuhi bangunan itu. Penuh teliti dia membaca semua informasi berkaitan karya seni disitu. Beberapa kali Tengku Aidan menerangkan padanya lebih terperinci. Tengku Aidan juga meminati seni tapi dia tidaklah pandai melukis.
Sedang khusyuk Afyra meneliti semua karya, Tengku Aidan senyap senyap menangkap gambar candid Afyra. Sungguh dia suka melihat wajah teruja Afyra yang dia kenal awalnya dingin. Terlihat sisi lain Nurin Afyra.
"Awak suka sangat ke Afyra?" soal Tengku Aidan. Bukan dia tak nampak memang Afyra suka, saja ingin bertanya. Rindu ingin mendengar suara Afyra.
"Suka. Suka sangat. Tak pernah sangka saya dapat pergi sini" Jawab Afyra dengan mata masih penuh keterujaan.
"Terima kasih Aidan." sambung Afyra
Tengku Aidan cuma senyum. Ini baru permulaan usahanya.
"Aidan, kejap" Terjongket-jongket Afyra duduk di kerusi.
"Why? Are you okay?" risau Tengku Aidan melihat Afyra yang sudah terduduk.
"Okay je. Saya nak rehat kejap. Kaki saya sakit pakai heels" jawab Afyra sambil tersengih.
"Then kenapa seksa diri pakai heels Afyra?" serius saja muka Tengku Aidan kerana risau.
Afyra cuma tersenyum. Nak cantik kena la seksa diri. Hehe
"Afyra awak tunggu sini kejap. Jangan pergi mana-mana. I'll come back. Remember, don't go anywhere!" Amaran diberikan oleh Tengku Aidan sebelum melangkah pergi.
Belum sempat Afyra tanya dia ingin kemana, Tengku Aidan sudah berlalu pergi. Afyra pun duduk saja la menunggu.
Selepas 5 minit, Tengku Aidan muncul dengan sepasang flat shoe. Dia terus melutut ingin memasangkan pakai Afyra. Tapi langkahnya terhenti, dia tau Afyra jenis yang menjaga batas. Dia tidak mahu membuat wanita itu tidak selesa.
"Awak beli ke?" soal Afyra sambil menyarungkan flat shoe yang dibawa Tengku Aidan.
Tengku Aidan mengangguk dan terus memasukkan heels yang dipakai Afyra ke dalam kotak kasut.
YOU ARE READING
Places to Your Heart
Romance"I hope we will meet again if destiny let us" Mampukah mereka mengekalkan kebahagiaan yang dibina?