Afyra meneruskan hidupnya sebagai student. Terkadang menangis juga dia bila stress. Tapi wajah mak dan ayahnya menjadi penguat. Sudah 3 minggu semenjak dia pulang dari Switzerland. Menjadi rutin selepas pulang, dia dan Tengku Aidan tidak akan menghubungi sesama sendiri. Seolah membiarkan masing-masing dalam kehidupan sendiri.Teringat hujung minggu lepas semasa dia pulang ke kampung. Sakan Along, Angah dan Kak Ami menyakat dia kerana ke Switzerland bersama Aidan.
Semasa dia termenung di gazebo rumahnya itu, Puan Riani datang duduk disebelahnya.
"Adik okay dengan Aidan?" tanya Puan Riani. Risau jika anaknya itu akan dikecewakan lagi oleh lelaki.
"Okay je mak. Dia baik. Baik sangat sampai adik rasa tak layak untuk dia" ucap Afyra sambil merenung bulan. Jawapannya itu memang apa yang dia rasakan sekarang. Tengku Aidan terlalu baik buat dirinya.
"Adik tak nak terima dia?" berhati-hati Puan Riani tanya. Dia tahu sangat susah untuk membuka pintu hati anaknya itu. Dia selalu berdoa agar Tengku Aidan dapat membuka pintu hati Afyra.
"Mak terima dia?" soalan yang ringkas itu dititip dengan senyuman ringkas.
"Mak ayah terima dia. Along Angah dan semua pun terima dia. Kami nampak betapa ikhlasnya dia"
Tersenyum Afyra mendengar jawapan ibunya itu. Dia mendapat kekuatan untuk menerima Tengku Aidan.
"Adik bagi jawapan lepas tempat ketiga ya mak." Itu sahaja jawapan Afyra buat masa ini. Tengku Aidan masih punya satu tempat seperti perjanjian mereka. Puan Riani tersenyum melihat wajah tenang Afyra. Seolah dapat menangkap hati anaknya itu sudah terbuka.
****
"Aidan, kau dah tahu belum? Mika dah balik Malaysia." ucap Megat Dhafir.
Terdiam Tengku Aidan. Sudah bertahun sejak Mika menghilangkan diri. Tidak tahu apa yang patut dirasakan. Bahagia dapat bertemu kawan lama? Atau takut dipersalahkan lagi.
"Aidan, kau dengar tak ni?" Megat Dhafir menegur Tengku Aidan yang sudah termenung.
"Ya aku dengar. Kau rasa dia dah terima kenyataan?" soal Tengku Aidan.
"Tak pastilah. Tapi dia juga yang salah tak nak terima hakikat" Penat dulu Megat Dhafir menerangkan perkara yang berlaku kepada Mika. Tapi Mika tetap dengan pendiriannya itu.
"Dah lah Aidan. Tak payah rasa serba salah. Bukan salah kau pun." seperti tahu apa yang berada di fikiran Tengku Aidan, Megat Dhafir cuba menenangkan diri kawannya itu.
Tengku Aidan hanya senyum segaris. Teringat kata-kata Afyra menyuruh dia untuk menjadi kuat.
****
*Phone Notification*
"Assalamualaikum Afyra, kali ni saya bagitahu sehari awal. Saya nak bawa awak ke tempat ketiga. Are you free?" soal Tengku Aidan.
Takut juga dia kerana ini merupakan peluang terakhirnya untuk membuka hati Afyra. Jika dia tidak berjaya, dia perlu mengundur diri. Walaupun dia tahu dia tak mampu untuk hidup tanpa Afyra, dia kuatkan sahaja semangatnya. Berhari-hari dia berdoa semoga Allah permudahkan urusan mereka berdua.
"Waalaikumsalam. Free je. Pukul berapa?" jawab Afyra. Seperti Tengku Aidan, dia juga takut. Tempat ketiga ini membuatkan mereka gentar dengan perasaan sendiri. Bahagiakah mereka nanti?
"Pukul 8 malam boleh? Nanti Qaid datang rumah awak hantar barang. Saya kena pergi dulu. See you tomorrow, princess" ucap Tengku Aidan sebelum mematikan panggilan.
Afyra sudah masak sangat dengan perangai Tengku Aidan yang suka mematikan panggilan begitu sahaja. Barang? Barang apa? Tak lama selepas itu, dengar loceng rumahnya berbunyi. Mungkin Qaid.
YOU ARE READING
Places to Your Heart
Romance"I hope we will meet again if destiny let us" Mampukah mereka mengekalkan kebahagiaan yang dibina?