"Abang. Fyra nak minta izin boleh tak esok Fyra nak attend dinner klien Fyra." ucap Afyra takut-takut di meja makan. Ikutkan hati dia tak mahu pun pergi dinner segala bagai ini, dia cukup tak gemar tapi ini merupakan klien besarnya. Jadi serba salah pula untuk menolak. Kalau dulu selalunya Tengku Afreen yang menemaninya, tapi sekarang mana boleh nak harapkan orang yang ada di Pulau Langkawi.
"Kat mana?"
"Hotel Newlon. Abang nak ikut tak? Teman Fyra." Afyra mengelip-gelip mata. Kalau ada suaminya tiadalah dia kekok sangat.
"Ala macam mana eh. Abang dah terjanji dengan Dhafir and Mika pula nak futsal esok malam" sejak mereka bertiga berbaik semula, futsal sudah menjadi aktiviti wajib mereka setiap minggu. Nak bersenam sambil mengeratkan silaturahim katanya. Afyra juga sudah hafal sangat jadual suaminya itu jadi dia tak pernah kisah. Kadang-kadang ada juga dia ikut untuk teman Tengku Aidan. Tapi kalau malas, dia duduk di rumah saja.
"Ohh kalau macam tu takpelah."
Tengku Aidan diamkan diri berfikir. Kesian pula ingin biarkan Afyra pergi seorang diri.
"Abang main satu game je. Then Abang pergi terus kat Sayang. Boleh?" Mana mungkin Tengku Aidan akan abaikan permintaan isterinya. Kalau boleh dibelah badannya jadi dua mungkin dia dah buat.
"Betul ni? Tak susahkan Abang ke?"
"Iya Sayang. Takde yang susah kalau untuk isteri Abang ni" Tengku Aidan mengusap lembut pipi Afyra.
"Hehe thanks suamiku"
***
Afyra masuk ke pejabat seperti biasa. Sejak FitIn semakin berkembang, dia juga semakin sibuk. Tiba-tiba dia mendapat panggilan dari kliennya iaitu Khalil. Khalil ini merupakan usahawan muda juga. Agak terkenal di kalangan wanita dan terkenal kerana perangai 'playboy' nya itu. Tapi Afyra kekalkan sikap professional. Dia ingin berurus niaga bukannya mahu berkawan dengan Khalil.
Selagi Khalil menghormatinya, Afyra pun akan membuat perkara yang sama.
"Assalamualaikum Encik Khalil. Ada apa-apa boleh saya bantu?" soal Afyra seusai mengangkat panggilan.
"Waalaikumsalam. Saya nak confirmkan awak dapat datang ke tak dinner esok tu. Kalau jadi, saya nak reserve seat untuk awak." suara gatal Khalil yang sangat Afyra tidak gemar dengar. Boleh dikatakan kadang-kadang Khalil ini sangat 'sweettalker' tapi tak pernah dilayan oleh Afyra. Jadi lama-lama dia pun malu untuk bermanis mulut.
"In sha Allah jadi Encik Khalil"
"Oh baguslah tu. Saya jumpa awak esok"
"Baik Encik Khalil"
Afyra merenung telefonnya lama dengan muka jengkel. Gigih betul Khalil kali ini siap telefon.
***
Sejak Tengku Aidan mula masuk kerja semula, Afyra minta suaminya untuk hantar dia ke tempat kerja. Tiba-tiba dia sangat malas untuk bawa kereta sendiri. Atau mungkin sengaja nak mengada dengan suami.
Amboi dengan suami tak rasa serba salah pula suruh hadap jammed dari pejabat FitIn ke pejabat Reliant. Tapi nak buat macam mana Tengku Aidan pun dengan suka rela ingin hantar Afyra. Lagi dia suka dari Afyra memandu sendiri. Risau katanya.
Selepas mengambil Afyra dari tempat kerja, mereka berdua pulang ke rumah Tengku Elias kerana Tengku Rozita mengajak mereka untuk makan malam bersama.
"Ally mana Ma?"
"Ally pergi Johor. Esok baru balik" jawab Tengku Rozita sambil memotong buah mangga.
Tengku Aidan pula disebelahnya asyik makan. Kang tak sempat dihidang dah habis semua masuk ke dalam perut Tengku Aidan.
YOU ARE READING
Places to Your Heart
Romantik"I hope we will meet again if destiny let us" Mampukah mereka mengekalkan kebahagiaan yang dibina?